Suntikan Vitamin K Bukannya Vaksin Ini Penjelasan Doktor Amirul Amzar


Oleh : Amirul Amzar

SUNTIKAN VITAMIN K BUKAN VAKSIN

Ada salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.


#Apa fungsi vitamin K?

Vitamin K diperlukan oleh badan untuk fungsi pembekuan darah. Tanpa vitamin K, kecederaan yang kecil pada salur darah tidak dapat dihentikan seterusnya akan menyebabkan pendarahan serius. Walaupun seorang bayi itu dijaga dengan baik, risiko pendarahan di perut dan otak adalah tinggi jika vitamin K nya tidak mencukupi.

#Dari mana kita dapat vitamin K?

Vitamin K diperolehi dari diet terutamanya dari sayuran hijau dan juga dihasilkan oleh bakteria baik dalam usus. Susu ibu juga tidak mengandungi vitamin K yang mencukupi untuk keperluan bayi terutamanya bagi ibu yang sedia ada kurang vitamin K.

#Kenapa bayi memerlukan memerlukan suntikan vitamin K?

Bagi bayi yang baru lahir, kandungan vitamin K mereka rendah kerana:

1. Vitamin K tidak dipindahkan melalui placenta dengan baik

2. Kandungan vitamin K dalam susu ibu tidak mencukupi

3. Kurangnya kehadiran bakteria baik dalam perut bayi bagi penghasilan vitamin K
 
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memberi bayi makan lebih awal dari usia 4-6 bulan kerana kesan sampingan memulakan pemakanan selain susu ibu terlalu awal adalah lebih serius.

#Apa akan terjadi kalau bayi tak dapat suntikan vitamin K?

Seperti dijelaskan, vitamin K penting untuk pembekuan darah. Pendarahan yang serius boleh berlaku pada usus dan otak. Malangnya kedua-dua pendarahan ini biasanya lambat dikesan kerana ianya tersembunyi. Kebiasaannya bayi sudah kritikal atau mempunyai kerosakan otak baru pendarahan itu disedari. Dan risiko ini berterusan hingga usia 4-6 bulan sehinggalah bayi boleh menghasilkan vitamin K mereka sendiri.

#Kenapa dos suntikan vitamin K bayi terlalu tinggi?

Tidak dinafikan suntikan vitamin K pada bayi adalah lebih tinggi dari keperluan harian orang dewasa. Namun perlu difahami, suntikan ini dilakukan ke dalam otot yang mana vitamin K tersebut akan membentuk depot dan diuraikan ke dalam salur darah secara perlahan-lahan. Dos yang tinggi diberi ke dalam otot tidak sama seperti dos yang diberi terus ke dalam salur darah. Malahan, dos yang tinggi ini diperlukan bagi mengawal pendarahan sampai usia bayi 4-6 bulan.

#Tak bahaya ke suntikan vitamin K ini?

Ramai ibu bapa khuatir suntikan ini menyebabkan kuning pada bayi. Namun, kajian menunjukkan pada dos 0.5-1.0mg diberi secara intramuscular (ke dalam otot), ia tidak meningkatkan risiko kuning sedia ada. Setakat ini, tiada kajian yang membuktikan risiko kesan sampingan serius berpunca dari suntikan vitamin K. Suka saya ingatkan, ini bukan suntikan baru, dah lebih 50 tahun diperkenalkan dari 1961.

#Dalam suntikan vitamin K ini ada sumber haram ke?
 
Tidak, berikut adalah kandungan suntikan vitamin K:

1. Vitamin K1 - didapati dari unsur tumbuhan

2. Polysorbate 80 - bagi melarutkan vitamin K itu, juga dari unsur tumbuhan

3. Propylene glycol - sebatian sintetik yang digunakan bagi mengawal kelembapan ubat, sudah lama diluluskan FDA sebagai sebatian selamat

4. Sodium acetate anhydrous - garam dan soda bikarbonat bagi mengawal pH ubat

5. Glacial acetic acid - cuka, juga untuk mengawal pH

Tiada unsur binatang khususnya khinzir dalam vitamin K. Bahan di dalamnya adalah bahan yang sama dalam kebanyakan ubat mahupun makanan/minuman diproses

#Boleh tak saya nak lewatkan suntikan ini, tengok kalau ada pendarahan baru suntik?

Tidak boleh. Suntikan vitamin K perlu diberi dalam 6 jam selepas kelahiran bagi mengurangkan risiko pendarahan pada bayi. Kalau ditunggu hingga pendarahan berlaku, suntikan vitamin K tidak lagi berkesan untuk memberhentikan pendarahan yang serius itu.

#Jadi, kalau saya tolak suntikan vitamin K, apa risikonya?

Risiko menolak suntikan yang selamat ini adalah pendarahan yang serius pada bayi anda hingga menyebabkan kematian.

Dan risiko ini adalah 81 kali ganda lebih tinggi berbanding bayi yang menerima suntikan!

Kesimpulan saya, jika anda antivaksin sekalipun, tolonglah benarkan suntikan vitamin K ini. Suntikan ini selamat, dan melindungi anak anda dari berdarah hingga mati. Jangan jadikan diri anda punca kematian kejam anak anda.

P/s - dengar cerita ada kes kematian bayi akibat ibu bapa menolak vitamin K baru-baru ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/11/suntikan-vitamin-k-bukannya-vaksin-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 614 hits
Banyak salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru Tanggapan ini salah sama sekali Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengela...
Betul Ke Telur Cepat Rosak Kalau Dicuci Sebelum Simpan Doktor Beri Penjelasan

Betul Ke Telur Cepat Rosak Kalau Dicuci Sebelum Simpan Doktor Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 486 hits
Telur adalah makanan paling mudah nak disediakan buat anak kita Selain kaya khasiat telur juga tinggi protein untuk membantu tumbesaran anak Tapi kalau telur yang kita simpan rosak macam mana pula Ada pendepat mengatakan cara penyimpanan te...
Penjelasan Doktor Air Kencing Berbuih Petanda Masalah Buah Pinggang

Penjelasan Doktor Air Kencing Berbuih Petanda Masalah Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 414 hits
Salam doktor saya seorang wanita berumur 35 tahun Saya sudah berkahwin selama 15 tahun Saya ada 3 orang anak beranak berumur 10 tahun 7 tahun dan 2 tahun Saya mengalami masalah air kencing berbuih sejak 1 minggu dan sakit perut di bahagian ...
Kesan Menolak Suntikan Vitamin K Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak

Kesan Menolak Suntikan Vitamin K Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 400 hits
Oleh SUNTIKAN VITAMIN K PERKONGSIAN KES SEBENARTerdapat sebuah kompilasi kajian kes berkaitan pendarahan akibat kekurangan vitamin K pada bayi Kes kes ini dikumpul dalam tempoh 8 bulan di sebuah hospital di Nashville Amerika Syarikat Kajian...
7 Tips Agar Sunat Cepat Sembuh Untuk Kanak Kanak Lelaki Perkongsian Doktor

7 Tips Agar Sunat Cepat Sembuh Untuk Kanak Kanak Lelaki Perkongsian Doktor

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 957 hits
Musim cuti sekolah sememangnya jadi pilihan ibu ayah menghantar anak mereka ke klinik atau program bersunat Jika anda salah seorang daripada ibu bapa berkenaan dan ingin mengetahui tips sunat cepat sembuh untuk kanak kanak lelaki jom ikuti ...
Sepahkan Rumah Memang Tugas Si Kecil Mama Jangan Marah Baca Penjelasan Pakar Tentang Habit Ini

Sepahkan Rumah Memang Tugas Si Kecil Mama Jangan Marah Baca Penjelasan Pakar Tentang Habit Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 281 hits
Bila anak main bersepah kita bising dan marah Tapi itu memang fitrah kanak kanak Kadang kadang yang bergelar ibu bapa kurang ilmu tentang perkembangan awal kanak kanak Apa yang diketahui anak mesti jangan buat sepah di rumah Kalau dah naman...
Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 421 hits
Masalah bayi batuk berkahak membuatkan ibu ayah susah hati dan bimbang Apatah lagi kalau terkena pada bayi yang baru 20 hari lahir Agaknya macam mana cara nak hilangkan kahak yang membuatkan si kecil batuk batuk Kasihan melihat dia tercunga...
Lagi Doktor Kena Tipu Macau Scam

Lagi Doktor Kena Tipu Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 265 hits
SHAHRULANOOR ISHAK 07 November 2018 11 30 AM KUANTAN Seorang doktor wanita berusia 25 tahun di hospital kerajaan di sini kerugian RM4 900 selepas terpedaya dengan t
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut