Penjelasan Doktor Air Kencing Berbuih Petanda Masalah Buah Pinggang



DoctorOnCall | Salam doktor, saya seorang wanita berumur 35 tahun. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun. Saya ada 3 orang anak beranak berumur 10 tahun, 7 tahun dan 2 tahun. Saya mengalami masalah air kencing berbuih sejak 1 minggu dan sakit perut di bahagian bawah perut. Saya juga ada sakit belakang sejak 1 minggu. Saya tidak dapat membonggok untuk mengambil barang dari lantai ataupun mengangkat anak saya.  Sakit tersebut bertambah teruk setiap pagi bila saya bangun dari tidur.

Saya selalu tidak dapat minum air sepanjang hari kerana kerja saya selalu sibuk sejak 2 bulan ini.

Kencing saya juga berbau busuk sejak 3 hari lepas. Saya pernah mengalami masalah yang sama bila saya mengandung dengan anak yang ketiga tetapi masa itu mereka berkata bahawa air kencing saya kotor dan saya diberi ubat antibiotik selama satu minggu. Selepas masa itu sekarang sahaja saya mengalaminya sekali lagi.Ada sesetengah artikel yang mengatakan bahawa air kening berbuih adalah tanda hamil. Adakah saya mengandung?

Ayah saya pernah mengalami masalah air kencing berbuih  dan dia didiagnosi dengan masalah buah pinggang dan terpaksa mengalami dialisis. Apakah punca air kencing berbuih dan apakah cara mengatasi air kencing berbuih?

Jawapan Doktor Dr M Ramzdhan 

Salam puan, saya akan menjawab soalan puan. Pada masa ini puan tidak perlu panik. Saya akan jelaskan sedikit sebahagian mengenai air kencing berbuih (Foamy Urine). Air kencing berbuih adalah satu keadaan yang dianggapi bermasalah tetapi selalunya adalah normal.

Mengeluarkan air kencing berbuih sesetengah masa adalah normal, kerana kelajuan kencing dan faktor lain boleh mempengaruhi ini. Tetapi anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai air kencing berbuih yang berterusan yang menjadi lebih ketara dari semasa ke semasa. Padahal untuk rawatan, ia adalah berdasarkan punca air kencing berbuih yang berbeza - beza mengikuti punca air kencing berbuih.

Tahap air kencing normal adalah apabila anda tiada masalah kesihatan lain dan tiada tanda - tanda masalah kesihatan lain. Pada masa ini anda tidak perlu risau.


Punca Air Kencing Berbuih

Punca air kencing berbuih adalah banyak. Sesetengah masa punca air kencing berbuih bukanlah masalah kesihatan, dan buih dalam air kencing adalah normal. Misalnya :

Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.Dihydrasi Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :Jangkitan kuman pundi kencing Masalah buah pinggangKehamilanMasalah darah tinggi masa mengandungEklampsiaDiet tinggi dengan protein

Cara Memastikan Air Kencing Berbuih

Punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan boleh dipastikan dengan ujian air kencing. Untuk jangkitan kuman pundi kencing, ujian akan menunjukkan tahap sel putih yang tinggi.

Masalah buah pinggang boleh dipastikan ujian ultrasound dan juga ujian air kencing. Kehamilan boleh dipastikan dengan ujian hamil. Masalah darah tinggi semasa mengandung dan juga eklampsia boleh didiagnosi dengan ujian air kencing dan ujian darah. Diet tinggi dengan protein boleh dipastikan dengan tabiat makanan.

Selain daripada ini, anda juga boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan cara mengdiagnosi masalah air kencing berbuih.


Petanda Lain Penyebab Air Kencing Berbuih

Tanda - tanda yang selalu mengiring air kencing berbuih adalah:

Sakit perutRasa mualSakit belakangSakit pinggangMuntahAir kencing pedihAir kencing berdarahKesakitan kencingAir kencing berwarna gelapAir kencing mendungPerubahan dalam jumlah air kencing yang dihasilkanMasalah tidurKehilangan selera makanKeletihanBengkak di bahagian kaki, tangan dan muka
Tanda air kencing berbuih adalah tanda sakit buah pinggang bila ia diikuti dengan tanda - tanda seperti :
DemamMual MuntahSakit belakangSakit pinggangBengkak di bahagian kaki, tangan atau muka
Tanda - tanda ini selalunya adalah disebabkan punca air kencing yang dinyatakan diatas. Anda perlu pastikan tanda - tanda lain yang anda mangalami selain daripada air kencing berbuih untuk mendapatkan diagnosi yang tepat dengan bercakap dengan doktor.


Rawatan Air Kencing Berbuih

Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih.

Untuk air kencing berbuih yang tidak disebabkan oleh masalah kesihatan anda tidak perlu membuat apa- apa. Anda hanya perlu minum lebih banyak air dan juga air yang berkhasiat dan kaya dengan minerals dan vitamins. Anda juga perlu minum sekurang - kurang 8 gelas air setiap hari.Untuk punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan anda perlu merawat masalah yang menyebabkan air kencing berbuih dan masalah tersebut akan hilang dengan sendiri.

Jangkitan kuman pundi kencing

Untuk jangkitan kuman pundi kencing anda boleh mengambil ubat antibiotik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil untuk merawat jangkitan kuman pundi kencing adalah seperti ampicillin, ceftriaxone, cephalexin, ciprofloxacin dan sebagainya. [Dapatkan Nasihat Doktor]

Dos untuk ubat ubat tersebut adalah berdasarkan pada berat badan anda dan jikalau anda mengandung ke tidak. Ubat - ubat antibiotik ini hanya boleh diambil selepas konsultasi dengan doktor kerana anda tidak boleh mengambil ubat - ubat ini tanpa prescripsi dan perlu diambil mengikut keterukan jangkitan tersebut.

Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil masa mengandung selepas konsultasi dengan doktor dan selepas memastikan air kencing berbuih masa mengandung adalah seperti erythomycin, nitrofurantoin, amoxicillin dan ubat - ubat lain yang selamat untuk digunakan semasa mengandung.
Untuk mendapatkan ubat - ubat yang sesuai dengan individu anda, anda boleh bercakap dengan doktor.

Masalah buah pinggang 

Padahal untuk masalah buah pinggang anda perlu memastikan punca masalah buah pinggang tersebut. Punca - punca masalah buah pinggang adalah :

Kencing manisSakit darah tinggiJangkitan kuman StreptococcusMasalah autoimun
Rawatan untuk air kencing berbuih jikalau puncanya ialah masalah buah pinggang adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut sebabnya dengan ubat yang sesuai. Sesetengah masalah buah pinggang memerlukan dialisis sebagai rawatan.

Kehamilan

Ada sesetengah masanya punca kencing berbuih adalah disebabkan oleh kehamilan. Anda boleh memastikannya dengan ujian hamil. Jikalau anda memang mengandung dan tiada tanda - tanda lain anda tidak perlu risau dan ia akan hilang dengan sendiri.

Sakit Darah Tinggi & Eklampsia masa mengandung

20% peratus daripada wanita yang mengandung akan mengalami sakit darah tinggi dan eklampsia, dan satu daripada tandanya adalah air kencing berbuih. Ia boleh diubati dengan ubat - ubat yang tersebut.

LabetalolHydralazineNifedipineMethyl dopaMagnesium sulphate
Semua ubat ubat tersebut hanya perlu dimakan selepas dikonsultasi dengan doktor dan juga selepas didiagnosi dengan penyakit tersebut kerana ia mengandungi risiko - risiko tersendiri. Anda boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan ubat yang terbaik untuk anda.

Diet tinggi dengan protein

Ada sesetengah orang yang berdiet dan hanya makan protein sahaja sebagai sumber makanan, dalam kes - kes ini mereka juga akan mengalami air kencing berbuih. Untuk menyelesaikannya mereka hanya perlu mengubah diet mereka dan masalah kencing berbuih akan selesai dengan sendiri.

Rawatan di rumah untuk air kencing berbuih?

Anda boleh merawati air kencing berbuih di rumah juga pada sesetengah masa. Misalnya jika anda mengalami jangkitan kuman anda juga mencuba rawatan tradisional tersebut :

Minum air kelapa ataupun jus kranberi, ia akan membersihkan saluran kencingMakan ubat vitamin C, vitamin C dikatakan akan melawan jangkitan kuman tersebutKurangkan air yang berkarbonat dan juga kopi kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman pundi kencing untuk bertambah terukMakan lebih lobak putih dan juga labu botol, dikatakan akan mengurang kepedihan semasa kencing dan juga jangkitan kuman pundi kencing.Anda juga boleh mengelak daripada mendapatkan masalah air kencing berbuih dengan tidak menahan air kencing. Jika anda menahan air kencing anda, ia akan mengalakkan kuman untuk membiak dalam pundi kencing anda. 

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda ada sebarang tanda - tanda selain daripada air kencing berbuih, sebagai demam, sakit pinggang, sakit perut, air kencing berdarah dan sebagainya. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anda mengalami masalah ini semasa mengandung kerana jangkitan kuman ataupun masalah buah pinggang boleh menyebabkan masalah untuk kandungan anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anak anda mengalami masalah tersebut, kerana masalah air kencing berbuih di kalangan kanak - kanak adalah bahaya dan boleh menunjuk kepada masalah yang lebih serius.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/10/penjelasan-doktor-air-kencing-berbuih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Punca Utama Penyakit Kencing Manis Wajib Tahu Kalau Sayangkan Buah Pinggang

6 Punca Utama Penyakit Kencing Manis Wajib Tahu Kalau Sayangkan Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 747 hits
Penyakit Kencing Manis atau Diabetis boleh menyebabkan masalah buah pinggang tau Nak tau apa punca penyakit kencing manis Jom baca kat sini
Video Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen Ini Penjelasan Doktor Macam Tu Ke

Video Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen Ini Penjelasan Doktor Macam Tu Ke

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 703 hits
Video Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen Ini Penjelasan Doktor Macam Tu Ke Video Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen Ini Penjelasan Doktor Macam Tu Ke
Ini Kain Alas Kucing Kotor Dengan Air Kencing Dan Najis

Ini Kain Alas Kucing Kotor Dengan Air Kencing Dan Najis

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 720 hits
Ini kain alas kucing kotor dengan air kencing dan najis Suatu masa dulu perkhidmatan dobi layan diri ini pernah menjadi bualan hangat di kalangan netizen berikutan ada pelanggan yang menyalahgunakan mesin basuh dobi untuk membasuh benda ben...
Saya Nak Pesan Kena Kencing Manis Takde Masalah Yang Paling Takut Kena Kencing Ustaz Kazim

Saya Nak Pesan Kena Kencing Manis Takde Masalah Yang Paling Takut Kena Kencing Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 584 hits
Saya Nak Pesan Kena Kencing Manis Takde Masalah Yang Paling Takut Kena Kencing Ustaz Kazim Elias 2018 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Rahsia Jana Rm7k Sebulan Jual Jus Buah Buahan Dengan Bisnes Air Balang

Rahsia Jana Rm7k Sebulan Jual Jus Buah Buahan Dengan Bisnes Air Balang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 976 hits
Rahsia Jana RM7K Sebulan Jual Jus Buah Buahan Dengan Bisnes Air Balang Perniagaan mudah tapi untung sangat besar Ya jual air lah yang paling rendah modal dan kos penyediaannya tetapi hari hari orang nak minum Sedap air boleh menghilangkan d...
9 Tanda Tanda Masalah Penyakit Kencing Manis

9 Tanda Tanda Masalah Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 727 hits
Mungkin ada yang tertanya tanya macam mana nak tahu saya ada penyakit kencing manis ye Memang la yang paling mudah jumpa doktor tapi sebelum jumpa doktor pun korang dah boleh perhatikan sendiri samada korang dah ada tanda tandanya atau tak
Saintis Berjaya Cipta Batu Batu Dari Air Kencing Manusia

Saintis Berjaya Cipta Batu Batu Dari Air Kencing Manusia

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 624 hits
Sepasukan penyelidik di Afrika Selatan mendakwa berjaya mencipta batu bata dengan menggunakan air kencing manusia menerusi proses yang melibatkan koloni bakteria Reuters melaporkan penyelidik itu percaya penemuan itu suatu hari nanti mampu ...
Tawa Terakhir Sang Buah Hati Sebelum Hilang Bersama Lion Air Jt610

Tawa Terakhir Sang Buah Hati Sebelum Hilang Bersama Lion Air Jt610

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 308 hits
Hastuti tidak ada firasat buruk saat putrinya terbang ke Bangka Belitung Tapi tiba tiba dia merasa lemas dan pikirannya kosong saat seperti merasakan musibah gempa di Palu
Tak Pasti Air Kencing Atau Bukan

Tak Pasti Air Kencing Atau Bukan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 322 hits
22 10 4 14 p m Aku adalah Saya assalam ust pagi ni di koridor tempat kerja saya ada tompokan air berwarna mcm teh mungkin air kencing tapi tak pasti air kencing kucing atau anjing nak basuh mcm biasa ke 22 10 5 21 p m Ust Fauzi Haji Wlkm sl...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut