Sukan Komanwel Penolakan Keputusan Terbaik


 

Keputusan Kabinet yang bermesyuarat semalam menolak pelawaan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 yang enggan diteruskan tuan rumah asalnya, Victoria, ternyata satu keputusan terbaik berdasarkan hakikat kerajaan mempunyai keutamaan lain yang lebih besar ketika keadaan ekonomi yang lebih mendesak pada waktu ini.
Digula-gulakan dengan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) sekalipun asalkan sanggup jadi tuan rumah, Malaysia tidak tergoda dengan tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu atas pertimbangan bahawa Kuala Lumpur akan memerlukan biaya jauh lebih besar daripada itu jika ia memilih untuk menjadi bandaraya pengganti.
Hakikatnya tidak berubah bahawa CGF sebenarnya yang berada dalam keadaan terdesak untuk temasya 2026 itu dapat diselamatkan daripada berkubur sambil Malaysia – sama seperti 55 negara anggota Komanwel lain yang turut menerima pelawaan “SOS” daripada organisasi itu selepas penarikan diri Victoria pada Julai tahun lalu atas pertimbangan anggaran kos penganjuran yang sudah melambung – tidak pun berasa bertanggungjawab untuk jadi “penyelamat”.
Victoria, ketika memenangi bidaan menjadi tuan rumah, asalnya menganggarkan AS$2.6 bilion (RM8.09 bilion) untuk menganjurkan temasya 2026 itu. Namun, congakan semula mendapati sejumlah AS$7 bilion (RM21.78 bilion) sebenarnya diperlukan sebagai biaya keseluruhan – satu peningkatan 269%.
Andai Malaysia dapat mengurangi kos jika ia memilih menjadi tuan rumah kerana tidak perlu membina banyak fasiliti baharu selepas lengkapnya prasarana Bandaraya Sukan Kuala Lumpur (KLSC) Bukit Jalil ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-29 dari 19-30 Ogos 2017, dianggarkan RM1 bilion hingga RM2 bilion tambahan tetap diperlukan dalam anggaran keseluruhan.
Berbanding ketika Kuala Lumpur memenangi bidaan menganjurkan edisi 1998 untuk dibina daripada kejayaannya menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-15 pada 1989, kali ini kita tidak mempunyai dorongan tambahan seumpamanya. Di sebalik Kuala Lumpur adalah satu daripada enam bandaraya yang membida bersama Victoria untuk menganjurkan edisi 2026 itu tapi tewas dalam pemilihan akhir, tiada apa-apa yang boleh mengikatnya untuk menjadi pengganti.
Biarlah CGF yang diketuai presidennya Chris Jenkins dari Wales selepas menang dalam perhimpunan agungnya di Singapura pada Nov tahun lalu memerah otak mencari pak sanggup sebagai tuan rumah tanpa Malaysia perlu pening-pening memikirkan kelangsungan sebuah temasya lebih kecil daripada Sukan Olimpik dan Sukan Asia yang semakin teruk terhakis daripada segi kepentingan, relevan, dan tarikan kuasa bintang-bintangnya.
Juga demi berlaku adil kepada CGF yang menaruh harapan teramat besar, Malaysia seperti diberi jaminan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, beri pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai pro dan kontra terhadap kemungkinan menjadi tuan rumah hinggalah kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam setelah meneliti semua aspek dan implikasi.
Tidak silap juga untuk Malaysia menyatakan bahawa ia tidak dapat mengenal pasti impak ekonomi sebagai tuan rumah ‘bidan terjun’ untuk temasya yang dijadualkan dari 17 hingga 29 Mac 2026 itu sambil fokus kerajaan kini ialah kepada pembangunan sukan selain kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai alasan penolakannya.
Andai Malaysia mahu mengejar glamor sebagai tuan rumah sebuah temasya sukan besar dalam tahun-tahun mendatang sekalipun, keutamaan harus kepada Sukan Asia yang belum pernah kita anjurkan. Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah menyatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhalusi idea untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2030 selepas mengiringi lawatan Putera Edward ke Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil pada 10 Sept 2019.
Di samping itu, Malaysia juga sudah dipilih Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dalam mesyuaratnya di Hanoi pada 2022 sebagai tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada 2027 selepas Brunei menarik diri. “Ini berita gembira buat warga sukan Malaysia. Ia memberi peluang kepada negara kita untuk bersiap sedia dari segi kemudahan dan sudah tentu menggembirakan atlet kerana dapat bertanding di negara sendiri,” kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria ketika itu.
“Jika memiliki masa lebih panjang, kita pasti akan menganjurkannya (pada 2026). Tapi disebabkan masa sudah semakin suntuk, kita tidak mampu melakukannya,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kabinet. “Apabila kita menilai kesesuaian menjadi tuan rumah, jangka masa yang diperlukan dan juga kosnya dilihat sebagai faktor penghalang,” tambahnya.
Penolakan Kabinet semalam belum mendapat reaksi serta-merta CGF tapi ia menjurus kepada kemungkinan Sukan Komanwel mungkin tidak dapat dilangsungkan buat kali pertama sejak ia pernah dibatalkan selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Temasya itu lazimnya disertai kira-kira 70 negara dan wilayah bekas empayar British, dengan Australia, England, Kanada, India, New Zealand dan Afrika Selatan mendominasi beberapa edisi terakhir.
Penarikan diri Victoria tahun lalu meletakkan masa depan temasya itu dalam keraguan serta menimbulkan persoalan sama ada ia masih relevan dalam era moden ini. CGF juga mendapati semakin sukar mencari tuan rumah, dengan lima daripada enam edisi terakhirnya dianjurkan sama ada oleh Australia atau Britain.
Bandaraya Birmingham, yang awalnya dijadualkan menganjurkan edisi 2026, terpaksa mengawalkan tanggungjawabnya sebagai “penyelamat” pada 2022 selepas bandaraya Durban, Afrika Selatan dibatalkan haknya selaku tuan rumah kerana melanggar beberapa obligasi penting selain menunjukkan kemajuan yang perlahan daripada segi persiapan.
Daripada pengalaman buruk itu, CGF berhempas-pulas mendapatkan tuan rumah lain bagi edisi 2026. Victoria tampil sebagai satu-satunya calon berkeupayaan selepas sederet bandar lain menarik diri daripada proses bidaan lantaran kos penganjuran yang melambung.
Di Malaysia sendiri, lebih ramai yang menentang daripada menyokong berdasarkan pertimbangan kos yang tinggi selain masa yang semakin suntuk untuk membuat persediaan daripada segi tugas penganjuran dan persiapan atlet, yang kejayaan mereka sama pentingnya dengan menjadi tuan rumah yang berjaya – di sebalik pandangan Norza bahawa ia “peluang sekali seumur hidup” yang tidak harus dilepaskan Malaysia untuk Kembali meletakkan diri di peta sukan dunia.
Maka, keputusan Kabinet semalam dengan berlatarbelakangkan senario Sukan Komanwel itu sendiri sejak beberapa edisi terakhir adalah keputusan terbaik yang boleh dibuat pada waktu ini. Tiada silapnya mengambil pendekatan “bijak dahulu, bijak sekarang”. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/sukan-komanwel-penolakan-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anjur Sukan Komanwel Sia Sia

Anjur Sukan Komanwel Sia Sia

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 899 hits
Andai digabungkan pandangan tiga daripada empat bekas menteri belia dan sukan terakhir maka Kabinet yang bermesyuarat pada Jumaat mungkin tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa menimbangkan pelawaan untuk Malaysia menjadi pak sanggup ...
Tolak Sukan Komanwel Too Many Buayas Around

Tolak Sukan Komanwel Too Many Buayas Around

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 199 hits
Malaysia no to 2026 C wealth Games The cabinet meeting today has turned down an offer to host the 2026 Commonwealth Games in Malaysia citing financial and economic reasons The Youth and Sports Ministry which announced the decision in a pres...
Tolak Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Tolak Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 192 hits
Kuala Lumpur Keputusan Malaysia menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 merupakan keputusan bijak menurut penganalisis sukan Mohd Sadek Mustafa Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sa...
Sejarah Sukan Komanwel

Sejarah Sukan Komanwel

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 230 hits
Sukan Komanwel adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara negara Komanwel Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930 dan telah dilangsungkan setiap empat tahun olak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026...
Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 206 hits
Ubat ulser mulut sangat berguna digunakan untuk merawat masalah mata ikan pada bahagian mulut khususnya Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ulser mulut yang boleh anda guna untuk merawat masal...
Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 181 hits
Apakah ubat demam kanak kanak yang sesui dan boleh anda gunakan untuk merawat masalah anak yang demam Demam pada kanak kanak adalah masalah biasa yang berlaku Hal ini kerana sistem imun anak masih berkembang kanak kanak mungkin mencipta pyr...
Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 116 hits
Adakah ubat gegat betul betul berkesan untuk menghapuskan dan menghalau lipas di dalam rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan fungsi dan kelebihan yang terdapat dalam ubat gegat Baca juga Apa itu ubat g...
Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 209 hits
Susu ibu mengandung memainkan peranan penting dalam pengambilan nutrisi semasa hamil Mereka perlu mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan janin yang optimum Salah satu komponen penting dalam pengambilan di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri