Anjur Sukan Komanwel Sia Sia


 

Andai digabungkan pandangan tiga daripada empat bekas menteri belia dan sukan terakhir, maka Kabinet yang bermesyuarat pada Jumaat mungkin tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa menimbangkan pelawaan untuk Malaysia menjadi “pak sanggup” menganjurkan Sukan Komanwel pada 2026 berikutan keputusan bandaraya Victoria, Australia membatalkan niat sebagai tuan rumah.
Berhujah bahawa tuan rumah memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk melakukan persiapan seperti menaik taraf venue pertandingan, mendapatkan penajaan dan menyediakan infrastruktur menganjurkan Sukan Komanwel, Khairy Jamaluddin pada 14 Mac lalu menyifatkan unjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar Malaysia mempertimbangkan pelawaan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menjadi pengganti sebagai cadangan melulu.
“Sukan Komanwel bukan lagi temasya sukan yang penting dan utama. Sebagai satu temasya sukan pelbagai acara, ia jauh ketinggalan dibandingkan dengan Sukan Olimpik, malah Sukan Asia pun daripada segi penyertaan, pendedahan dan pulangan. Lantas, potensi untuk memperoleh keuntungan daripadanya dan mendapat manfaat sampingan bagi negara penganjur akan menjadi minimum,” katanya.
Keesokannya, Reezal Merican Naina Merican pula tampil dengan pandangan bahawa tempoh dua tahun yang berbaki daripada jadual asal temasya itu dari 17 hingga 29 Mac 2026 terlalu singkat untuk Malaysia membuat persiapan menganjurkannya. Itu belum lagi mengira tempoh persiapan atlet kita yang memerlukan program lebih panjang.
“CGF melihat Malaysia layak untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah sebab negara pernah menganjurkannya pada 1998. Namun, ia bukan satu perancangan teliti tetapi secara ad hoc apabila Victoria menarik diri (daripada menganjurkannya pada Julai tahun lalu). Saya lihat masa tidak sesuai (jadi tuan rumah Sukan Komanwel).
“Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk buat venue, penyediaan sukarelawan, aspek keselamatan dan penglibatan agensi-agensi yang lain. Lazimnya pengumuman hak tuan rumah dibuat awal, iaitu dua kitaran Olimpik atau lapan tahun. Ia bagi memberi peluang kepada tuan rumah membuat persiapan fasiliti dan program pembangunan atlet,” katanya.
Ahmad Faizal Azumu pada 18 Mac lalu pula melahirkan kebimbangan Malaysia akan berdepan situasi sukar jika menerima pelawaan itu yang digula-gulakan dengan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) – satu jumlah terlalu kecil jika dibandingkan dengan anggaran Victoria sebanyak USD7 bilion (RM21.78 bilion) berbanding jangkaan awal USD2.6 bilion (RM8.09 bilion) yang menjadi alasan mengapa ia membatalkan niatnya selaku penganjur.
“Dalam jangka masa dua tahun, saya amat bimbang jika ia akan menjadi beban yang terlalu berat sehingga boleh meletakkan negara dalam keadaan sukar. Kajian menyeluruh amat perlu sebelum membuat keputusan besar ini, terutama sekali daripada segi kewangan,” katanya.
Disimpulkan pandangan ketiga-tiganya, bolehlah dikatakan mereka menolak cadangan berkenaan pada ketika negara menanggung hutang termasuk liabiliti sebesar RM1.5 trilion sehingga Januari lalu serta menuntut tumpuan kepada keutamaan lebih besar pada waktu ini, apatah lagi pelawaan CGF kali ini tidak pun menimbulkan keterujaan seperti kali pertama Malaysia menganjurkannya pada 1998.
Daripada empat bekas menteri belia dan sukan terakhir, cuma Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak diperoleh pendapatnya atas kebarangkalian tiada yang bertanya, sambil menteri ketika ini Hannah Yeoh dilihat mengambil pendirian berkecuali – kalau menyokong pun secara senyap – dengan membiarkan kepada Kabinet membuat pertimbangan. Yeoh juga memberi jaminan semua aspek akan dipertimbangkan secara terperinci sebelum Kabinet memuktamadkan keputusannya.
Apa bezanya kejayaan Kuala Lumpur menang bidaan – yang prosesnya bermula lapan tahun lebih awal pada 1990 – menjadi tuan rumah temasya ke-16 pada 1998 dengan pelawaan terbaru CGF ini?
Ketika itu, ia menonjolkan Kuala Lumpur sebagai penganjur pertama temasya itu di Asia, di samping tuan rumah sulung menyenaraikan sukan berpasukan seperti kriket, hoki, bola jaring dan ragbi 7 sebelah. Pada penghujungnya, temasya Kuala Lumpur ’98 menjulang Malaysia yang mengaut hasil daripada program Jaya ’98 yang diperkenalkan pada 1993 untuk meraih pencapaian terbaiknya apabila menduduki tangga keempat keseluruhan dengan perolehan 10 pingat emas. Lebih daripada itu, penyertaan acara berpasukan pada edisi 1998 itu tertulis sebagai sumbangan terpenting Malaysia kepada CGF dan temasya berkenaan.
Aspirasi nasional yang berjaya dibangkitkan ketika itu untuk Malaysia bukan saja berjaya sebagai tuan rumah, malah atlet-atletnya turut gemilang, boleh dirasakan di seluruh negara berbanding ketika ini apabila cadangan menjadi penganjur sekali lagi mendapat reaksi endah tak endah daripada rakyat terbanyak. Itu di sebalik Presiden MOM Norza Zakaria menyatakan peluang “sekali seumur hidup” ini tidak harus dilepaskan untuk mengembalikan kemegahan negara di peta sukan dunia.
Pakar-pakar pula berpendapat imej global Sukan Komanwel dan sejauh mana ia masih relevan, sudah semakin teruk terhakis. Pensyarah pengajian sukan di Universiti Sydney Steve Georgakis mengandaikan penarikan diri Victoria sebagai petanda Sukan Komanwel kian menghampiri liang lahadnya. Menyokong pandangannya, sejarawan sukan Australia Matthew Klugman berkata loceng maut sudah berbunyi menandakan pengakhiran temasya sukan ini.
Seperkara lagi, pendapat berkenaan disokong oleh hakikat bahawa Sukan Komanwel gagal menyerlahkan “kuasa bintang” sebagaimana ia miliki pada masa lalu. Untuk temasya Birmingham 2022, beberapa jaguh Komanwel memilih untuk menjauhinya, antaranya juara terjun Britain Tom Daley, ratu renang Australia Cate Campbell serta bintang olahraga, Andre de Grasse (Kanada), Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Shericka Jackson (kedua-duanya dari Jamaica).
Kuala Lumpur beruntung dengan penyertaan jaguh-jaguh pecut, Ato Boldon (Trinidad & Tobago), Frankie Fredericks (Namibia) dan Obadele Thompson (Barbados) yang menduduki tempat 1-2-3 dalam acara 100m, selain Tony Jarrett (England), Steve Brown (Trinidad & Tobago) dan pemenang emas 100m wanita, Chandra Sturrup (Bahamas) di sebalik timbul cakap-cakap 26 tahun lalu konon sebilangan mereka dibayar fi kemunculan agar penyertaan mereka dapat dipastikan. Legenda pecut Usain Bolt didakwa pernah mempersendakan taraf Sukan Komanwel sekalipun komennya itu dikatakan disalah petik.
Bekas presiden CGF Dame Louise Martin mengakui pada 2018 bahawa organisasi itu sedang berjuang untuk kelangsungan Sukan Komanwel di samping menghadapi “krisis kewujudan”.
“Terdapat minat yang jauh lebih rendah berbanding dahulu. Ia bukan lagi menjadi satu fenomena seperti yang berlaku pada tahun 1990-an. Ia mencerminkan dunia yang berubah,” kata Klugman lagi.
Apakah Malaysia mahu ikut berganjak seiring dengan perubahan itu atau menggembirakan CGF kerana dapat menemui penganjur “pak sanggup” satu temasya sukan kelas ketiga pada ketika majoriti daripada 56 negara gabungan Komanwel tidak lagi berminat? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/anjur-sukan-komanwel-sia-sia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Sukan Komanwel Too Many Buayas Around

Tolak Sukan Komanwel Too Many Buayas Around

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 211 hits
Malaysia no to 2026 C wealth Games The cabinet meeting today has turned down an offer to host the 2026 Commonwealth Games in Malaysia citing financial and economic reasons The Youth and Sports Ministry which announced the decision in a pres...
Sejarah Sukan Komanwel

Sejarah Sukan Komanwel

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 235 hits
Sukan Komanwel adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara negara Komanwel Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930 dan telah dilangsungkan setiap empat tahun olak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026...
Sukan Komanwel Penolakan Keputusan Terbaik

Sukan Komanwel Penolakan Keputusan Terbaik

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 204 hits
Keputusan Kabinet yang bermesyuarat semalam menolak pelawaan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 yang enggan diteruskan tuan rumah asalnya Victoria ternyata satu keputusan terbaik berdasarkan hakikat kerajaan mempunyai keutamaan lain yang lebi...
Tolak Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Tolak Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 207 hits
Kuala Lumpur Keputusan Malaysia menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 merupakan keputusan bijak menurut penganalisis sukan Mohd Sadek Mustafa Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sa...
Majoriti Manusia Cenderung Mengabaikan Kebebasan Yang Ada Dan Sia Siakan Kreativiti

Majoriti Manusia Cenderung Mengabaikan Kebebasan Yang Ada Dan Sia Siakan Kreativiti

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 245 hits
Saya yakin semenjak dari zaman kanak kanak anda sudah pernah dengar kisah tentang Nabi Musa sampaikan perintah Tuhan kepada kaumnya untuk mencari seekor lembu betina untuk disembelih Urusan itu perlu dilakukan oleh penduduk bagi menguruskan...
Ini Berlaku Di Negara Umat Islam M Sia Komen Fadhil Shaari Ketpm

Ini Berlaku Di Negara Umat Islam M Sia Komen Fadhil Shaari Ketpm

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 198 hits
Tular wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan masjid buat laporan polisOleh Mac 17 2024 6 15pmGEORGETOWN Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri Laporan pol...
Malaysia Tolak Host Komanwel 2026

Malaysia Tolak Host Komanwel 2026

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 159 hits
Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026 Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah me...
Saya Berjanji Peminat Hantar Trak Protes Minho Shinee Minta Maaf Kerana Masuk Pertandingan Sukan

Saya Berjanji Peminat Hantar Trak Protes Minho Shinee Minta Maaf Kerana Masuk Pertandingan Sukan

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 215 hits
Peminat SHINee telah menghantar trak protes ke SM Entertainment bagi meluahkan kekecewaan mereka terhadap penglibatan Min ho dalam The Ultimate Sports Men s Competition 2024 yang dijadualkan tayang pada Mei ini ARTIKEL BERKAITAN Malah merek...
Ajinomoto Anjur Kempen Bersahur Bersama Seri Aji 2024

Ajinomoto Anjur Kempen Bersahur Bersama Seri Aji 2024

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Ajinomoto Malaysia Berhad menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri Aji 2024 bagi merevolusikan penyediaan sahur menjadi pengalaman berharga cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan di 20 lokasi Program Perumahan Rakyat se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt