Suhakam Akan Terus Nasihat Kerajaan Ratifikasi Icerd


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menegaskan akan terus menasihat kerajaan untuk meratifikasi baki enam konvensyen antarabangsa yang belum ditandatangani Malaysia.
Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, berkata ia termasuklah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Ya, sudah tentu. Walaupun kami kecewa (kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD), namun kami belum menyerah kalah.
“Ada ramai individu dalam kerajaan yang mahu kami terus bekerja keras dalam isu ini, jadi kami akan terus menasihati kerajaan (meratifikasi ICERD dan baki instrumen hak asasi manusia lain),” katanya pada sidang media sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kimitmen SUHAKAM untuk terus bekerjasama dan menasihat kerajaan, turut membabitkan ratifikasi ICERD.
Setakat ini, Malaysia hanya meratifikasi tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berhubung hak asasi manusia iaitu Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifikasi baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.
Bagaimanapun, kerajaan pada 23 November lalu, menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Jumaat lalu, Razali mengumumkan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dijadualkan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya, semalam ditunda ke hari ini atas faktor risiko keselamatan.
Ia berikutan himpunan kesyukuran meraikan keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD yang diadakan di Dataran Merdeka, semalam.
Sementara itu, dalam ucapannya, Razali berkata, SUHAKAM komited memastikan hak asasi manusia di Malaysia dipraktikkan dan dijamin dengan sistematik dalam semua aspek berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun ada puak nak mengaitkan SUHAKAM dan hak asasi manusia sebagai satu konsep barat yang melanggar agama, ini adalah pandangan yg cetek atau ada motif lain di sebalik hujahnya.
“Kita hendak mempertahankan konsep maruah diri yang diajar Islam dan agama lain, kita juga mesti belajar apa berlaku di luar negara,” katanya.
The post SUHAKAM Akan Terus Nasihat Kerajaan Ratifikasi ICERD appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/suhakam-akan-terus-nasihat-kerajaan-ratifikasi-icerd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 464 hits
KUALA LUMPUR 6 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membawa usul untuk membahaskan kewajaran kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum di Dewan Rakyat Walau bagaimanapun usul...
Himpunan Icerd Isyarat Rakyat Buat Kerajaan Ph

Himpunan Icerd Isyarat Rakyat Buat Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 428 hits
Nurulfatiha MuahPaparan Facebook Najib SHAH ALAM Himpunan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam menghantar isyarat kepada kerajaan PH bahawa kuasa tetap di tangan rakyat Bekas Perdana Menteri Da...
Perhimpunan Icerd Agenda Jatuhkan Kerajaan

Perhimpunan Icerd Agenda Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang berlangsung semalam disifatkan sebagai agenda untuk menjatuhkan kerajaan Timbalan Men...
Bantah Icerd Terima Kasih Kerana Menyokong Keputusan Kerajaan

Bantah Icerd Terima Kasih Kerana Menyokong Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 752 hits
ICERD Bantah ICERD perhimpunanaman812 Icerd BantahIcerd TolakIcerd AntiICERD ICERDrallyi recieved hate comment and thumb up comment For me i dont care what ever ur comment to me if u praise me i take it as a compliment and if ur hate commen...
Tiada Hak Bersuara Untuk Pemimpin Hasut Keganasan Berhubung Icerd Kata Suhakam

Tiada Hak Bersuara Untuk Pemimpin Hasut Keganasan Berhubung Icerd Kata Suhakam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 311 hits
Tiada hak bersuara untuk pemimpin hasut keganasan berhubung ICERD kata Suhakam Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterb
Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 697 hits
PROVOKASI Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pula lancar himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya Selangor Himpunan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dengan tema Stand Up 4 Hum...
Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 414 hits
Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman Saya ingat lagi bagaimana seorang demonstran yang berlari tersungkur dan ditahan oleh polis di hadapan mata saya Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam me...
Isu Th Najib Terus Bidas Kerajaan Ph Dalam Media Sosial

Isu Th Najib Terus Bidas Kerajaan Ph Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 424 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Kerajaan PH yang mempolitikkan Tabung Haji Menurutnya TH ialah Tabung Haji dan bukan Tabung Harapan untuk kamu dijadikan bahan politik Langkah Kerajaan PH semalam ...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahad Lepas Asar Bawa Cucu Ziarah Ke Rumah Adik Di Mana 6 Biji Telur Itu

Easy Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe American

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Gadjet Trending Masa Kini 2025

Selamat Dah Bertunang

Wajar Dikenakan Denda Jika Enggan Bayar Pampasan Sinar Harian 15 11 2025