Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia


PROVOKASI… Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula lancar himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya, Selangor. Himpunan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan tema “Stand Up 4 Human Rights itu yang kononnya diadakan sempena dengan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa kebetulan jatuh pada Isnin depan.
Perhimpunan julung kali diadakan oleh pihak Suhakam yang diwujudkan Mahathir pada tahun 2000 ketika era pentadbiran beliau itu, namun hanya berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang di Padang Timur, Petaling Jaya.
Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dijadual berucap pada hari sama himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) diadakan.
Apa yang jelas, perhimpunan kelolaan Suhakam itu cuba sabotaj acara ‘lawannya’ di Dataran Merdeka di ibu negara itu dan terletak cuma 10 kilometer dari Petaling Jaya tetapi berlangsung lewat dari pukul 2 petang hingga 6 petang.
Justeru, tindakan Suhakam menganjurkan himpunan pada hari sama dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812 menolak ratifikasi ICERD, bukan sahaja mahu mewujudkan provokasi, malahan ternyata ada niat jahat tertentu.
Penasihat Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad dipetik sebuah akhbar tempatan berkata, langkah dramatik sengaja diambil pihak Suhakam itu juga boleh disifatkan sebagai perkara yang paradoks.
“Jika Suhakam tetap meneruskan himpunan pada hari sama, pada saya mungkin mereka mempunyai niat jahat tertentu yang mahu pecah belah rakyat. Memang negara ini amalkan demokrasi dan semua pihak bebas berhimpun.
“Bagaimanapun jika perhimpunan yang dianjurkan Suhakam adalah bercanggah dengan tujuan sebenar, dibimbangi ia boleh menimbulkan suasana huru hara pula,” tegas Ismail dalam nada cukup kesal kepada Utusan Malaysia.
Ismail Mina Ahmad Perkara aneh sebegini boleh diibaratkan sebagai tiada angin, tiada ribut tetapi tiba-tiba sahaja pokok besar bergegar setelah ramai dilapor terkejut sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suhakam serentak pada 8 Disember ini.
Bukanlah ia tidak pernah disambut sebelum ini, namun tidaklah sebegini riuh dan kelazimannya dibuat di tempat tertutup. Cuma kali ini, entah apa semangat Suhakam sehingga sambutan dibuat secara terbuka di padang awam.
Motif Suhakam perlu dipersoalkan kerana pada hari sama, perhimpunan besar-besaran #DaulatHimpunan812 juga ada. Kenapa sambutan Hari Hak Asasi Manusia sepatutnya 10 Disember diawalkan dan formatnya turut berubah.
Biasanya ia diraikan dalam kawasan tertutup namun kini dibuat perhimpunan secara terbuka? Lebih dirisaukan, keadaan dua himpunan awam tersebut dilaksanakan secara serentak ini akan tentu bakal burukkan imej negara.
Dua pihak yang tidak sependapat mengadakan dua perhimpunan berbeza berdekatan antara satu sama lain, pada hari yang sama. Umum juga pasti maklum mengenai pendirian Suhakam tegas berhubung isu ratifikasi ICERD.
Suhakam secara jelas menzahirkan rasa kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan menerusi satu kenyataan media kononnya tidak akan perakui ICERD buat masa ini kerana keadaan belum lagi sesuai.
Adakah ini satu bentuk protes oleh Suhakam terhadap keputusan kerajaan atau satu bentuk provokasi terhadap penganjuran #DaulatHimpunan812? Dalam suasana Malaysia Baharu, rakyat perlu bebas menyuarakan pendapat.
Itu yang ingin dilakukan oleh penganjur dan para peserta perhimpunan #DaulatHimpunan812. Negara ini tidak perlukan satu lagi perhimpunan dilakukan serentak yang hanya memaparkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Sebaiknya Suhakam beralah beri laluan kepada #DaulatHimpunan812 yang skalanya lebih besar. Tiada salahnya kerana ia juga mahu tegak hak asasi manusia, malah lebih baik kerana ikut acuan Malaysia. – Agensi/Mynewshub.TV

sumber : mynewshub
The post PM Hadiri Himpunan Suhakam Sokong ICERD? – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/pm-hadiri-himpunan-suhakam-sokong-icerd-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysiakini Lapor Pm Tun Mahathir Doa Dan Sokong Himpunan Icerd 2018 Hari Ini

Malaysiakini Lapor Pm Tun Mahathir Doa Dan Sokong Himpunan Icerd 2018 Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 494 hits
Patutlah Polis bagi permit Patutlah DBKL bagi lesen Dengan situasi sangat genting sekarang adalah sangat bijak memberi sokongan kepada pihak UMNO PAS dan NGO ISLAM yang lain untuk mengadakan himpunan ICERD Jika tidak ia hanya akan menambah ...
Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 348 hits
KOTA BHARU Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada Ahad sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari sebelumnya Menteri Besar Datuk A...
Saya Berdebar Hadiri Himpunan Icerd Azwan Ali

Saya Berdebar Hadiri Himpunan Icerd Azwan Ali

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 280 hits
Selebriti kontroversi Azwan Ali menyifatkan kehadirannya dalam Himpunan 812 bersifat peribadi dan tidak membabitkan mana mana parti politik Inilah bentuk kesyukuran rakyat Malaysia dan kita buat perhimpunan aman Ini satu bentuk perjuangan y...
Kerah 1 6 Juta Staf Awam Ke Himpunan Pro Icerd Rileksmedia

Kerah 1 6 Juta Staf Awam Ke Himpunan Pro Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 544 hits
KANTOI Usaha Pakatan Harapan yang buntu tarik rakyat sertai himpunan pro Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum terus lagi dirundung malang bertimpa Terkini Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam terpaksa nafi terda...
Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Peserta perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum mula memenuhi kawasan sekitar Jalan Raja lokasi acara itu berlangsung di sini tengah hari ini Tinjauan Bernama mendapati m...
Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 309 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada 8 Disember ini Presiden persatuan v...
Icerd Kuil Himpunan Rakyat

Icerd Kuil Himpunan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 502 hits
Pada pengamatan saya Himpunan Rakyat 8 Disember yang bermula dengan penganjuran Kongres Tolak ICERD 25 November anjuran Ummah lebih mirip kepada satu Himpunan Rakyat Malaysia menentang usaha songsang dan pembohongan oleh Senator P Waytha Mo...
Polis Pantau Perhimpunan Icerd Di Jalan Raja Sabtu Ini Rileksmedia

Polis Pantau Perhimpunan Icerd Di Jalan Raja Sabtu Ini Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memantau perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Jalan Raja di sini pada Sabtu ini Ketua Polis Nega...
Himpunan Icerd Singapura Ingatkan Warganya Jauhi Kl

Himpunan Icerd Singapura Ingatkan Warganya Jauhi Kl

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 380 hits
Singapura hari ini mengeluarkan Nasihat Perjalanan dengan menasihati rakyatnya menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Kuala Lumpur pada masa ini kerana satu perhimpunan besar besaran dijangka diadakan esok Kementerian Luar republik itu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities