Himpunan Icerd Isyarat Rakyat Buat Kerajaan Ph


Nurulfatiha Muah
Paparan Facebook Najib.  SHAH ALAM - Himpunan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam menghantar isyarat kepada kerajaan PH bahawa kuasa tetap di tangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ramai yang hadir himpunan itu bukan sahaja untuk ICERD, tetapi menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan untuk pelbagai isu.

"Antaranya isu seperti harga sawit yang rendah, ekonomi yang semakin menurun, Perbadanan Tabung Pendiditan Tinggi Nasional (PTPTN), subsidi dan bantuan yang telah dimansuhkan atau dikurangkan dan tabiat kerajaan PH yang sering membuat pusingan U," katanya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Biarpun penat, beliau amat berbangga dengan kejayaan dan semangat kesatuan serta kesepakatan dalam Himpunan Ummah 812 tanpa mencetus sebarang unsur provokasi.

"Tidak ada sebarang insiden sehingga pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan.

"Kerana kami bukan ‘supremacist’ ataupun "extremist" sebagaimana fitnah fitnah yang dilemparkan kepada kita," katanya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 55,000 turun Himpunan ICERD]

Walaupun himpunan sudah bersurai, Najib berkata, keadaan di Dataran Merdeka kelihatan bersih seperti sebelum ia diadakan berdasarkan foto di sekitar kawasan berkenaan.

"Inilah sifat kita. Kita sayangkan negara kita ini. Sifat bersih memang sebati dengan kita. 
Perhimpunan 812 semalam mungkin perhimpunan yang terbesar, teraman dan terbersih di dalam sejarah Malaysia.

"Kerajaan PH beri anggaran jumlah peserta di perhimpunan hanya 55,000 orang tetapi kita semua boleh menilai dari gambar-gambar dan video yang tersebar luas. Sudah tentu jumlah peserta berganda lebih banyak dari angka ini," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan BN di bawah pimpinannya sebelum ini pernah dua kali membuat kajian tentang kesesuaian ICERD di Malaysia iaitu pada 2011 dan 2015.

Namun, katanya, hasil dari kajian-kajian itu, kerajaan BN berpendirian untuk tidak meneruskannya kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan kontrak sosial yang dicapai semasa pertubuhan negara.

"Kedua-duanya ini adalah tiang asas kepada negara kita ini.  Selain dari hak-hak Bumiputera dan kedudukan Islam di Negara, ICERD juga memberi kesan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak yang dipersetujui untuk mereka di Sabah dan Sarawak.

"Ia juga ada impak yang menghalang program-program bersasar seperti Pelan Induk Masyarakat India dan Kojadi (Koperasi Jayadiri Malaysia) iaitu program pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina," katanya.

Meskipun tanpa ICERD, katanya, Malaysia tetap pesat membangun, kepentingan setiap kaum tetap dijaga dan keharmonian negara tetap terjaga.

"Oleh itu, kerajaan BN tidak pernah mengumum akan meraktifikasi ICERD. Sebaliknya, memberi keutamaan kepada ekonomi, pembangunan negara dan untuk mengurangkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin dan antara pantai barat dengan pantai timur dan antara semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Tanpa ICERD, kerajaan BN masih dapat menjaga kepentingan dan hak-hak semua kaum di negara kita ini. Kita masih boleh memastikan keadilan dan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan memastikan usaha itu bersifat inklusif untuk semua, kerana ia adalah satu amanah," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/himpunan-icerd-isyarat-rakyat-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Kerajaan Cuba Kelirukan Rakyat

Icerd Kerajaan Cuba Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 324 hits
Kerajaan Pakatan Harapan didakwa cuba menipu dan mengelirukan rakyat berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rumusan ...
Icerd Kuil Himpunan Rakyat

Icerd Kuil Himpunan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 527 hits
Pada pengamatan saya Himpunan Rakyat 8 Disember yang bermula dengan penganjuran Kongres Tolak ICERD 25 November anjuran Ummah lebih mirip kepada satu Himpunan Rakyat Malaysia menentang usaha songsang dan pembohongan oleh Senator P Waytha Mo...
Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 523 hits
Alhamdulillah sebentar tadi Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD telah dipanggil oleh Ipd Dang Wangi utk serahan notis kebenaran mengadakan himpunan 8 Disember nanti 2 Notis kebenaran telah diserahkan sendiri oleh Ketua Polis D...
Panduan Pergerakan Dan Keselamatan Peserta Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd

Panduan Pergerakan Dan Keselamatan Peserta Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 726 hits
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD akan diadakan pada 8 Disember 2018 hari Sabtu jam 2 petang hingga 6 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Warna tema himpunan adalah PUTIH Peserta yang akan berhimpun dinasihatkan supaya mengikuti panduan ...
Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 793 hits
Hebat kerajaan Kelantan beri cuti peristiwa untuk hadir himpunan bantah ICERD Himpunan yang Kerajaan pun tak terima ICERD
Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 396 hits
KENYATAAN Media Pejabat Perdana Menteri mengenai keputusan Kerajaan yang tidak akan meratifikasi masih lagi tidak meyakinkan rakyat Ini kerana sikap Kerajaan yang sentiasa mengambil sikap U Turn menyebabkan rakyat masih ragu ragu dengan pen...
Himpunan Aman Icerd Biar Rakyat Bersuara

Himpunan Aman Icerd Biar Rakyat Bersuara

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 334 hits
Dr Asyraf Wajdi DusukiKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum agama dan ideologi politik turun beramai ramai berhimpun secara aman di ibu kota Sabtu ini Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki b...
Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR 12 Dis UMNO mendesak agar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan membuat pendirian tegas berkaitan kenyataan Menteri Perpaduan Senator P Waytha Moorthy iaitu Malaysia akan memberi komitmen untuk tanda tangan enam triti hak asasi man...
Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 364 hits
Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman Saya ingat lagi bagaimana seorang demonstran yang berlari tersungkur dan ditahan oleh polis di hadapan mata saya Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam me...
Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication