Perhimpunan Icerd Agenda Jatuhkan Kerajaan


KUALA LUMPUR: Perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung semalam disifatkan sebagai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata kerjasama UMNO dan PAS yang berhimpun atas nama ICERD hanya propaganda semata-mata.
“Itu bukan perhimpunan kesyukuran seperti dinyatakan UMNO dan PAS. Ia perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat secara sah.
“Saya rasa aneh dengan pendirian PAS apabila pemimpinnya mendoakan Pakatan Harapan (PH) pendek umur semalam.
“Malah, doa itu pula diaminkan puluhan ribu penyokong PAS termasuk presiden parti itu iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, pada penutup himpunan ICERD, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh, membacakan doa memohon supaya kerajaan PH dipendekkan umurnya.
Sementara itu, Raja Bahrin juga berkata sebelum ini Abdul Hadi pernah meminta PH supaya memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyelesaikan masalah kerajaan ketika beliau masih memegang jawatan.
Katanya, gesaan Abdul Hadi itu dibuat ketika sebahagian pemimpin UMNO mempersoalkan Najib dan beliau juga berdepan dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
“Kalau dulu, Najib diminta supaya dibenarkan menghabiskan penggalnya, kenapa kerajaan PH yang baru beberapa bulan memerintah hendak dijatuhkan?
“Saya dapati berlaku gandingan unit beberapa pihak yang berpakat mahu menentang kerajaan semasa Malaysia.
“PAS dan UMNO berganding bahu mengasak dari dalam, manakala Singapura yang didakwa menjadi ejen Israel dan Yahudi di rantau ini memberi tekanan dari luar. Inikah politik matang dan sejahtera PAS yang boleh bekerjasama dengan UMNO selepas mereka terbabit dalam isu kafir mengkafir dulu,” katanya.
Raja Bahrin, yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu turut mendakwa gesaan dibuat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya menteri kabinet bangkit menghadapi Singapura mungkin mempunyai niat tertentu.
“Sikap sebegitu sepatutnya ditunjukkan Khairy semasa dia menjadi menteri dalam kabinet Barisan Nasional (BN) dulu.
“Gesaan beliau (Khairy) supaya menteri bertelagah dengan Singapura, memberi gambaran jelas UMNO dan PAS memainkan peranan menggugat kerajaan PH dari dalam sambil mengharapkan Singapura melengkapkan strategi dengan asakan dari luar,” katanya.
The post Perhimpunan ICERD Agenda Jatuhkan Kerajaan appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/perhimpunan-icerd-agenda-jatuhkan-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyraf Wajdi Perhimpunan Bantah Icerd Juga Tuntut Janji Ph

Asyraf Wajdi Perhimpunan Bantah Icerd Juga Tuntut Janji Ph

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 815 hits
KULIM Perhimpunan di ibu negara pada 8 Disember ini bukan sahaja untuk membantah Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum tetapi juga menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki...
Icerd Tidak Sesuai Anjur Perhimpunan Buat Masa Ini Guan Eng

Icerd Tidak Sesuai Anjur Perhimpunan Buat Masa Ini Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 490 hits
Pembangkang tidak dihalang untuk mengadakan perhimpunan aman bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Namun demikian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng...
Dbkl Benarkan Perhimpunan Kesyukuran Icerd

Dbkl Benarkan Perhimpunan Kesyukuran Icerd

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 359 hits
DBKL benarkan perhimpunan lsquo kesyukuran rsquo ICERD Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3 Dec 2018 4
Polis Pantau Perhimpunan Icerd Di Jalan Raja Sabtu Ini Rileksmedia

Polis Pantau Perhimpunan Icerd Di Jalan Raja Sabtu Ini Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memantau perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Jalan Raja di sini pada Sabtu ini Ketua Polis Nega...
Bantah Icerd Terima Kasih Kerana Menyokong Keputusan Kerajaan

Bantah Icerd Terima Kasih Kerana Menyokong Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 740 hits
ICERD Bantah ICERD perhimpunanaman812 Icerd BantahIcerd TolakIcerd AntiICERD ICERDrallyi recieved hate comment and thumb up comment For me i dont care what ever ur comment to me if u praise me i take it as a compliment and if ur hate commen...
Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 396 hits
Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman Saya ingat lagi bagaimana seorang demonstran yang berlari tersungkur dan ditahan oleh polis di hadapan mata saya Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam me...
Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR 12 Dis UMNO mendesak agar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan membuat pendirian tegas berkaitan kenyataan Menteri Perpaduan Senator P Waytha Moorthy iaitu Malaysia akan memberi komitmen untuk tanda tangan enam triti hak asasi man...
Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR 6 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membawa usul untuk membahaskan kewajaran kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum di Dewan Rakyat Walau bagaimanapun usul...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik