Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd


Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi, bagaimana seorang demonstran yang berlari, tersungkur dan ditahan oleh polis di hadapan mata saya.

Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam mereka yang ditahan polis semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi, menunggu di hadapan Pulapol untuk dibenarkan masuk berjumpa tahanan.

Saya juga ada sedikit pengalaman bawa kes di Mahkamah untuk menegakkan hak berhimpun dengan aman.

Dan saya sendiri juga pernah menjadi seorang demonstran dalam perhimpunan aman.

Jadi, apabila saya lihat 70,000 hingga 80,000 demonstran membanjiri Kuala Lumpur pada hari ini, tanpa apa halangan, dan dibantu oleh pihak berkuasa sebagai pemudahcara, saya rasa amat puas hati.

Bukan sebab saya sokong himpunan anti-ICERD ini. Langsung tidak! Tetapi saya sokong HAK untuk berhimpun. HAK yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya ingat lagi, himpunan-himpunan besar sebelum ini. Bagaimana rakyat dihalang masuk ke Dataran Merdeka. Bagaimana individu-individu ditahan sebelum perhimpunan. Bagaimana amaran-amaran dikeluarkan. Bagaimana gas pemedih mata dan meriam air jadi sajian. Bagaimana para demonstran ditahan dan diangkut ke Pulapol. Bagaimana demonstran direman. Bagaimana mereka kemudian di dakwa.

Ingat lagi roadblock untuk masuk KL? Ingat lagi lagi bagaimana baju kuning jadi haram? Ingat lagi 6 pemimpin PSM yang ditahan sebelum Bersih 2.0? Ingat lagi Maria Chin yang ditahan bawah SOSMA semasa Bersih 5? Ingat lagi mahasiswa-mahasiwa yang dikenakan tindakan sebab berhimpun?
Semua peristiwa-peristiwa ini, pengorbanan-pengorbanan ini, menyumbang kepada apa yang berlaku pada hari ini. Di mana Kerajaan Malaysia, bukan setakat membenarkan demonstrasi, membantu perjalanannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada demonstran.

Malaysia Baharu bukan bermakna, yang menang boleh demonstrasi tanpa halangan.

Erti sebenar pembentukan sebuah Malaysia Baharu adalah supaya yang tidak menang, yang menentang, boleh juga demonstrasi tanpa halangan.

Tulisan Syahredzan Johan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/peguam-ulas-cara-kerajaan-ph-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Icerd Aman Kerajaan Ucap Terima Kasih

Himpunan Icerd Aman Kerajaan Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 382 hits
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meluahkan rasa marah dan terkilan ketika diminta mengulas isu kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Vientiane hari ini Foto BernamaSHAH ALAM K...
Himpunan Icerd Isyarat Rakyat Buat Kerajaan Ph

Himpunan Icerd Isyarat Rakyat Buat Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 380 hits
Nurulfatiha MuahPaparan Facebook Najib SHAH ALAM Himpunan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam menghantar isyarat kepada kerajaan PH bahawa kuasa tetap di tangan rakyat Bekas Perdana Menteri Da...
Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 820 hits
Hebat kerajaan Kelantan beri cuti peristiwa untuk hadir himpunan bantah ICERD Himpunan yang Kerajaan pun tak terima ICERD
Check Point Rasmi Himpunan Icerd Sabtu Ini

Check Point Rasmi Himpunan Icerd Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 858 hits
1 Masjid Negara2 Masjid Jamek3 Sogo Peserta digalakkan datang awal untuk solat Zohor hajat di Checkpoint masing masing Bagi yang berhimpun di Sogo boleh ke Masjid IPD Dang Wangi untuk bersolat Bawalah sejadah serta air mineral untuk mengamb...
Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 620 hits
PROVOKASI Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pula lancar himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya Selangor Himpunan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dengan tema Stand Up 4 Hum...
Dr M Lancar Himpunan Hak Asasi Lawan Himpunan Bantah Icerd 8 12

Dr M Lancar Himpunan Hak Asasi Lawan Himpunan Bantah Icerd 8 12

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 743 hits
PETALING JAYA 6 Dis Di tengah tengah kehangatan perhimpunan DaulatHimpunan 812 yang akan disertai Pas dan UMNO Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya Sela...
Hadir Himpunan Anti Icerd Adalah Cool

Hadir Himpunan Anti Icerd Adalah Cool

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 563 hits
APA YANG RAKYAT BOLEH BELAJAR DARIPADA PEMILIHAN MAJLIS PEGUAM yang berlaku semalam menunjukkan secara jelas kebangkitan golongan konservatif Tetapi ramai yang dan berfikir bahawa ia berlaku kerana pengundi2 yang memilih golongan libtards s...
10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 625 hits
SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi...
Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Top Business Growth Strategies

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

My Moving Journal A Fresh Start


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Molten Lava Cake Guna Air Fryer

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Beli Kenangan Coffee Latte Rm6 90 Je

Tiada Tuhan Selain Allah

4u2c Kami Rappers Chord

Rangka Manusia Ditemui Di Felda Bukit Mendi Dikenal Pasti Milik Seroang Lelaki Dilaporkan Hilang 14 Bulan Lalu