Stress Dengan Kerja Yang Menimbun Apa Kata Cuba Tip Ini Untuk Menghindarinya
Kerja memang kadang-kadang boleh bikin kepala serabut, tapi jangan risau! Tekanan kerja boleh diatasi dengan gaya hidup yang lebih santai dan chill. Jom kita tengok beberapa tips santai untuk menghindari tekanan kerja
Tarik nafas panjang. - Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai lupa nak bernafas dengan betul. Bila rasa tertekan, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Senang je kan? Tapi ia mampu kurangkan stress, macam magic
Jangan anggap kerja itu segalanya. - Ingat, hidup ini bukan pasal kerja semata-mata. Kadang-kadang, lepas kerja tu cuba buat aktiviti yang fun. Contohnya, tengok drama Korea, layan game atau sekadar jalan-jalan ambil angin. Bila otak dah rehat, esok confirm semangat nak kerja balik
Rancang kerja dengan bijak. - Elak buat kerja last minute. Kalau kerja bertimbun, cuba buat senarai tugas harian. Prioriti dulu yang penting, yang lain tu boleh tunggu. Kalau tak siap semua pun, at least dah usaha kan
Stress dengan kerja yang menimbun? Apa kata cuba tip ini untuk menghindarinya. Kredit image to Google.
Ambil masa untuk diri sendiri. - Penting untuk ada ‘me time’. Luangkan masa untuk hobi atau buat perkara yang boleh buat kita happy. Bila diri sendiri happy, tekanan pun kurang, mood kerja pun jadi lebih baik
Jangan takut minta tolong. - Kalau rasa dah tak boleh handle, jangan malu minta tolong. Kadang-kadang, kita cuma perlu orang lain dengar masalah kita atau bantu sikit-sikit. Kerja dalam team, jadi tak salah pun nak minta bantuan
Suka hati nak ketawa. - Jangan lupa ketawa! Orang kata, ketawa itu ubat terbaik. Cari lawak-lawak simple, tengok video kelakar atau gurau senda dengan rakan sekerja. Ketawa boleh hilangkan tekanan sekelip mata
Jadi, jangan biarkan tekanan kerja ganggu kehidupan seharian. Ambil langkah untuk rileks dan enjoy hidup. Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/09/stress-dengan-kerja-yang-menimbun-apa.html