Kata Mp Perdana Menteri Kesembilan Yang Luar Biasa


malaysiakini.com
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Sep 4, 2024Ismail Sabri Yaakob perdana menteri kesembilan bukan perdana menteri yang biasa-biasa

Anggota parlimen Bera kelahiran Temerloh di Kampung Lubuk Kawah, Pahang dibesarkan dalam suasana sejarah perjuangan bangsa dan tanah air.

Penglibatan Sabri, nama panggilan saya kepadanya dalam politik bermula sebagai ahli dan Pemuda Umno di Pahang bawah kepimpinan Sabarudin Chik, ketua Umno Temerloh, mantan menteri persekutuan dan setiausaha agung Umno.

Saya cuba mengajak Sabri menjadi anggota Parti Rakyat (PRM). Tetapi dengan hormat Sabri menolak. Hatinya telah terpikat kepada Umno.

Inilah perjalanan hidup. Jika beliau menjadi anggota Parti Rakyat mungkin Sabri tidak menjadi perdana menteri kesembilan.

Semasa Sabri menjadi perdana menteri dalam beberapa belas bulan bermula berakhir zaman pandemik Covid-19 hingga Pilihan Raya Umum 2022, banyak pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan pimpinannya.

Di zaman kepimpinan Sabri, suasana politik Malaysia tenteram. Seperti Sabri yang tenang maka begitulah cuaca politik Malaysia ketika itu.

Dua pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sebulat suara berjaya dilakukan oleh parlimen di bawah teraju Sabri.

Pertama adalah pindaan kepada Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak.

Kedua ialah mengenai Perkara 49(A) berkaitan apa yang dipanggil Akta Antilompat Parti.

Bawah kepimpinan Sabri dengan dibantu oleh de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (sekarang gabenor Sarawak) maka pindaan-pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dapat dilakukan dalam suasana aman damai tanpa kecoh-kecoh dan hiruk pikuk.

Semasa Sabri menjadi perdana menteri, sistem kehakiman berjalan bebas dan penuh berwibawa.

Tiada tokoh-tokoh besar politik yang diberi hadiah pelepasan secara DNAA.

PM kesembilan ini dilihat lemah dan longlai.

Namun kita dapat saksikan, jika mahkamah memutuskan orang yang dituduh itu bersalah dan dihukum penjara, maka keputusan mahkamah itu dilaksanakan.

Ini berlaku walaupun tertuduh itu seorang bekas perdana menteri dan mantan presiden parti yang ada anggota lebih tiga juta orang.

Di sinilah kekuatan anak bungsu Pak Yaacob yang saya kenali.

Inilah juga kekuatan adik lelaki Kamarazaman Yaacob yang masih bersekolah ketika abangnya Kamarazaman, mantan presiden Mahasiswa Universiti Malaya ditangkap dan disumbat ke Kamunting, Perak bawah ISA bersama-sama Anwar dalam kes kebangkitan mahasiswa dalam Peristiwa Baling 1974.

Sekarang ketika karangan ini ditulis, kita sibuk di media sosial dan media perdana tentang isu peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Timbul soal draf MOU dan sebagainya. Tetapi ketika Ismail Sabri Yaakob memimpin kerajaan tidak jadi isu besar soal itu.

Sabri dengan mudah memberikan peruntukan yang adil kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Wataknya sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam yang sentiasa ingin menegakkan keadilan tercermin dalam pelaksanaan peruntukan kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat tanpa mengira mereka di pihak kerajaan ataupun pembangkang.

Di parlimen ketika Sabri sebagai berdiri berucap di blok kerajaan, manakala saya sebagai ahli parlimen pembangkang duduk memandang perdana menteri kesembilan itu dengan rasa penuh bangga dan syukur.

Walaupun kami berbeza parti politik tetapi saya berbangga kerana Ismail Sabri itu adalah bekas pelajar saya ketika saya menjadi guru dan pengetua di sebuah Kolej di Kuala Lumpur.

Malah isterinya Muhaini yang saya panggil Nani juga murid saya.

Semoga Sabri terus memimpin.

Saya bukan berkempen tetapi saya rasa Umno dan BN memerlukan pemimpin baik sepertinya.

HASSAN ABDUL KARIM ialah anggota parlimen Pasir Gudang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/kata-mp-perdana-menteri-kesembilan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Kuchalana Gara Gara Pengerusi Tak Jadi Perdana Menteri

Pn Kuchalana Gara Gara Pengerusi Tak Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 66 hits
Saya juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022 Satu lagi Surat Akuan Penerimaan Akuan Berk...
Umno Memang Lahirkan Ramai Pemimpin Luar Biasa Antaranya Bossku

Umno Memang Lahirkan Ramai Pemimpin Luar Biasa Antaranya Bossku

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 5 2024 1 32 PMUmno tidak seperti parti lain mempunyai rekod prestasi melahirkan ramai pemimpin cemerlang kata ahli majlis kerja tertingginya Mohd Puad Zarkashi Antaranya kata beliau adalah Bossku istilah yang...
Sindiket Perdagang Manusia Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Buat Laporan Polis Nafi Terlibat

Sindiket Perdagang Manusia Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Buat Laporan Polis Nafi Terlibat

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 70 hits
FMT ReportersBekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau tidak teragak agak ambil tindakan mahkamah terhadap pihak cuba mengaitkannya dengan fitnah itu Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim ...
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Luar Biasa Semarak Semangat Rakyat

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Luar Biasa Semarak Semangat Rakyat

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 109 hits
cosmo comOleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAnwar ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya kelmarin Foto FACEBOOK ANWAR PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang be...
Agak Luar Biasa Media Dalam Industri Syak Jung Somin Jung Haein Sedang Bercinta

Agak Luar Biasa Media Dalam Industri Syak Jung Somin Jung Haein Sedang Bercinta

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 115 hits
Jung Hae in dan Jung So min akan pergi bersama ke Bali Artikel Berkaitan Menurut laporan mereka akan berangkat ke Bali pada 24 September ini untuk sesi penggambaran foto untuk sebuah majalah fesyen untuk mempromosikan drama lakonan mereka k...
Pahang Menuju Ke Arah Negeri Berpendapatan Tinggi Catat Prestasi Ekonomi Kdnk Luar Biasa

Pahang Menuju Ke Arah Negeri Berpendapatan Tinggi Catat Prestasi Ekonomi Kdnk Luar Biasa

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 126 hits
PETALING JAYA Pahang kini menuju ke arah negeri berpendapatan tinggi dengan mencatatkan prestasi ekonomi luar biasa menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar Penganalisi Ekonomi Universiti Inceif Prof Dr Baharom Abdul Hamid berkata d...
Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 105 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar memohon maaf kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerana mempertikai pelantikan Perdana Menteri yang menjadi kuasa mutlak bagind...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque