Kaum Lain Patut Kenang Budi Bangsa Melayu Kata Hadi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 6, 2024 12:50 PM
Abdul Hadi Awang berkata, bangsa bukan Melayu sepatutnya mengenang budi kepada orang Melayu negara ini di sebalik sejarah panjang yang dikaitkannya dengan zaman Rasulullah SAW

Kata Presiden PAS itu juga di Malaysia ini ada hubungan yang erat di antara Melayu dan Islam dan ia "tidak boleh dipisahkan" dan wajar dihargai oleh bangsa lain "yang dibawa masuk oleh penjajah".

Dakwa Abdul Hadi, di negara ini sesiapa saja yang menganut Islam akan dinamakan Melayu tanpa mengambil kira suku kaumnya, termasuk jika individu terbabit berasal dari Arab, India, Cina dan sebagainya.

"Apabila seseorang Melayu keluar dari Islam, maka dia dikira bukan Melayu lagi," katanya dalam catatan di media sosial.

Tambah Abdul Hadi lagi Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan Islam ialah agama bagi persekutuan, hak istimewa Melayu dan bumiputera (dijamin), serta bahasa kebangsaannya ialah bahasa Melayu.

Selain itu Ahli Parlimen Marang berkenaan mendakwa bahasa Melayu dan tulisannya yang berhuruf Arab dan Parsi menjadi bahasa kebangsaan, serta menjadi perantaraan masyarakat majmuk.

Seterusnya, kata Abdul Hadi, bahasa Melayu menjadi bahasa agama di samping bahasa Arab sehingga dijadikan bahasa ilmu di Nusantara.

"Maka Melayu Islam boleh dijadikan syarat kepimpinan kerajaan di rantau ini seperti kedudukan raja-raja Melayu yang dikekalkan," katanya lagi.

Dianggap lemah dan hina

Dalam konteks itu Abdul Hadi menegaskan amalan tersebut dibuat sebagai mencontohi langkah Rasulullah SAW serta kerajaan Islam selepas baginda.

"Penerimaan bangsa Melayu Islam terhadap masyarakat majmuk ialah pengaruh ajaran Islam yang pernah berdaulat, dan ia sepatutnya dihargai dan dikenang budinya oleh kaum dan bangsa lain yang dibawa masuk oleh penjajah selepas mereka merampas kuasa Islam di rantau ini," katanya lagi.

Penegasan berasaskan kaum itu bukanlah yang pertama dibuat Abdul Hadi.

Sebelum ini dia yang pernah dilantik sebagai duta khas bertaraf menteri mendakwa amalan rasuah di negara ini banyak melibatkan orang bukan Islam atau bukan bumiputera.

Menurut Abdul Hadi lagi pemikiran orang ramai khususnya Melayu dirosakkan oleh penjajah walaupun bangsa itu telah "dimuliakan oleh Islam" sehingga menjadi kaum yang memimpin sejak Islam tiba.

Kini dakwa ahli politik berusia 76 tahun itu orang Melayu menjadi bangsa yang lemah di tanah air sendiri.

Keadaan bangsa yang lemah dan hina, menurut pandangan Abdul Hadi, ada diperingatkan oleh Allah dalam al-Quran.

Memetik ayat ke-38 dan ke-39 surah at-Taubah, Abdul Hadi mendakwa kelemahan tersebut berlaku apabila ada bangsa yang tidak berjuang mendapatkan kuasa politik Islam.

Bahkan dia turut mengaitkan keadaan itu dengan orang Melayu di Singapura dan mencadangkan agar ia dijadikan pengajaran di Malaysia.

"Hilangnya kuasa politik Arab sehingga kekayaannya tidak berfaedah dan tidak mampu membebaskan Palestin yang dikuasai Zionis yang kecil jumlahnya, malah menjadi hina.

"Begitu juga hilangnya kuasa politik Melayu di Singapura menjadi teladan terdekat, apabila hilangnya kesedaran akan kepentingan peranan politik," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/kaum-lain-patut-kenang-budi-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lain Kali Guna Bahasa Melayu Saja Katanya

Lain Kali Guna Bahasa Melayu Saja Katanya

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 140 hits
Che IbrahimLainkali bila ada majlis guna bahasa melayu Kelantan atau Kedah sahaja baru ori
Abdul Hadi Menyanggah Kata Kata Sendiri

Abdul Hadi Menyanggah Kata Kata Sendiri

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 403 hits
Ali MudaDalam program Bicara Merdeka yang diadakan di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada pada 24 Ogos lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengeluarkan satu pandangan yang boleh dianggap mencabar Perlembagaan Persekutuan ...
Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 294 hits
Meski sedang diuji dengan tuntutan cerai daripada isterinya Alif Teega menunjukkan dirinya tenang dan sempat memuat naik kata kata positif di media sosial suami Aisyah Hijanah itu perasaan kecewa dirasai oleh manusia itu adalah satu fitrah ...
Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 207 hits
RMS Sokong kerajaan bukan bermaksud kena masuk kerajaan ler Amin cuma tak boleh buat tebuk atap atau langkah sumbing tu jah nko nak duit ke tanak
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean