Str Sara 2026 Belanjawan 2026


Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion bagi tahun 2026, sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100, manakala penerima e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan; isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak boleh menerima sehingga RM4,600 setahun.
Secara keseluruhannya, ia menyaksikan peningkatan bantuan kepada penerima sedia ada dengan sasaran manfaat yang lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan ini adalah hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.
“Kita akui kos sara hidup meningkatkan dan membebankan. Mengakui kenyataan tersebut, bantuan tunai rakyat akan ditambah.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.
Jumlah Bantuan SARA & STR 2026 Menurut laporan Belanjawan 2026 sebentar tadi, kesemua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
“Manakala bagi seramai 1 juta penerima STR di bawah program eKasih, bantuan SARA yang diberikan sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun,”
Bagi kategori bujang pula, bantuan SARA sebanyak RM600 iaitu RM50 sebulan disediakan.
“Kadar maksimum diterima isi rumah ialah 4,600 ringgit, iaitu pendapatan bawah 2,500 ringgit sebulan dengan lima anak menerima STR 2,200 ringgit dan SARA 2,400 ringgit.”
31 Ogos lalu, semua rakyat berumur 18 tahun ke atas telah menerima Penghargaan SARA sebanyak RM100.
Perdana Menteri berkata kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk tahun depan.
“Bantuan ini akan disalur pada pertengahan Februari dan boleh dimanfaatkan untuk persiapan Ramadan serta sambutan Tahun Baru Cina,” kata beliau.
Sumber: Buletin TV3, Astro Awani
RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 : Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan) Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan) Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan) Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA) RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR 2026 Pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan 5 anak menerima STR RM2,200 setahun. (Jumlah kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600 – iaitu termasuk SARA RM2,400) Maklumat Lanjut & FAQ STR / SARA 2026 Berikut teks ucapan berkenaan STR dan SARA 2026 dalam Belanjawan 2026:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ucapan teks penuh Belanjawan 2026 (https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ucapan) atau laman web STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Adakah SARA diteruskan lagi pada tahun 2026? Ya bantuan ini masih diteruskan pada tahun 2026.
Adakah bantuan STR masih ada lagi pada tahun 2026? Ya, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) masih diteruskan bagi tahun 2026 mengikut Belanjawan 2026.
Berapa bantuan STR 2026? Pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan 5 anak menerima STR RM2,200 setahun. (Jumlah kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600 – iaitu termasuk SARA RM2,400)
Berapa jumlah bantuan SARA 2026? Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
Bila permohonan STR 2026 dibuka? Sila rujuk laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk makluman terkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/str-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=str-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budget 2026 Cash Aid Restructured Lower Str Higher Sara

Budget 2026 Cash Aid Restructured Lower Str Higher Sara

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 178 hits
The government s cash aid programme Rahmah Cash Aid has been recalibrated under Budget 2026 Families will receive the same total value of aid but there will be less cash aid and more credits to purchase groceries and household goods Specifi...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Str Sara 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas

Str Sara 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 269 hits
STR SARA 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas Pada 10 Oktober semalam Kerajaan MADANI mengumumkan peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 Ia sebagai salah satu inisiatif k...
Str Bujang 2026 Digantikan Dengan Sara Rm600

Str Bujang 2026 Digantikan Dengan Sara Rm600

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 164 hits
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025 Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut Untuk pengetahuan anda mulai tahun 2026 bagi STR kategori bujang berumur bawah 60 tahun kerajaan tidak lagi memberikan bay...
Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 176 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Biarpun hari ini merupakan cuti hu...
Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil

Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 188 hits
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan berani dengan hala tuju yang jelas serta berpaksikan kesejahteraan rakyat Katanya Belanj...
Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 206 hits
Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Belanjawan 2026 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM470 bilion untuk belanjawan pa...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As