Str Bujang 2026 Digantikan Dengan Sara Rm600
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk pengetahuan anda, mulai tahun 2026, bagi STR kategori bujang berumur bawah 60 tahun, kerajaan tidak lagi memberikan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai seperti sebelum ini.
Sebagai gantinya, mereka akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.
Warga emas bujang dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan masih akan menerima STR sebanyak RM600 setahun, dan bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
Selain itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan RM100 secara one-off melalui SARA pada Februari 2026 sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2026.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah inisiatif kerajaan Malaysia bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), meningkat daripada RM13 bilion sebelum ini.

Sumbangan Tunai Rahmah 2026
Maklumat penting STR 2026 termasuk:
Penstrukturan semula bantuan supaya lebih tepat sasaran dan berkesan bagi golongan memerlukan.
Bantuan STR untuk isi rumah dikurangkan sebanyak RM300, tetapi bantuan SARA dinaikkan sebanyak RM300, menjadikan jumlah bantuan keseluruhan masih sama, tetapi bentuk bantuan diubah untuk lebih fokus kepada pembelian keperluan asas.
Golongan bujang di bawah umur 60 tahun tidak menerima STR, tetapi akan menerima SARA RM600 setahun (RM50 sebulan) yang boleh digunakan untuk pembelian barang asas.
Golongan bujang warga emas yang berpendapatan rendah masih menerima STR sebanyak RM600 setahun.
Penerima yang berdaftar dalam sistem e-Kasih menerima bantuan SARA lebih tinggi sehingga RM200 sebulan.
Isi rumah berpendapatan ≤ RM2,500 dengan lima anak boleh menerima bantuan gabungan STR dan SARA sehingga RM4,600 setahun.
Bayaran STR Fasa 4 untuk 2025 akan dibayar lebih awal pada bulan Oktober 2025 sempena Deepavali.
Bayaran STR dan SARA bagi tahun 2026 dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank atau pembayaran tunai di BSN untuk yang tiada akaun bank.
Semua penerima diingatkan supaya mengemas kini permohonan dan maklumat STR 2026 secara online untuk memastikan kelayakan bantuan tidak terputus.
STR 2026 adalah usaha berterusan kerajaan MADANI memastikan bantuan kebajikan disalurkan secara adil dan fokus membantu meringankan beban rakyat menghadapi cabaran ekonomi global.

Sumbangan Tunai Rahmah 2026
>> STR FASA 4 (KATEGORI BUJANG)
Bayaran Bantuan Tunai Rahmah FASA 4 untuk tahun 2025 pula akan dibuat bermula 18 Oktober 2025. Kategori Bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150 untuk fasa 4 ini. Semakan status juga boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut (Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan):
a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)
Kelayakan Maksimum: RM600
Jadual Bayaran:
Fasa 1: RM150
Fasa 2: RM150
Fasa 3: RM150
Fasa 4: RM150
b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000
(Berumur ≥ 60 tahun)
Kelayakan Maksimum: RM600
Jadual Bayaran:
Fasa 1: RM150
Fasa 2: RM150
Fasa 3: RM150
Fasa 4 : RM150

STR FASA 4 (KATEGORI BUJANG)
Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.
Ringkasan Penting STR Fasa 4
STR Fasa 4 2025 akan dibayar mengikut kategori dan jumlah kelayakan yang telah diluluskan dalam permohonan.
Penerima perlu memastikan maklumat akaun bank adalah tepat untuk memudahkan proses bayaran.
Jadual ini merangkumi semua kategori utama termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah.

Bayaran STR Fasa 4

Sumber: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Syarat Kelayakan STR Bujang 2026
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan;-
Had umur adalah 21-59 tahun; dan
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Kadar Bayaran STR & SARA 2026 – Kategori Bujang
Kadar Bayaran STR 2026 Untuk Kategori Bujang adalah seperti berikut:
Mulai 2026, individu bujang berumur bawah 60 tahun tidak lagi menerima bayaran STR seperti sebelum ini.
Sebaliknya, mereka akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
Kecuali warga emas bujang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, kadar STR mereka dikekalkan sebanyak RM600, dan SARA dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600.
Untuk kategori bujang biasa, bantuan diteruskan dalam bentuk SARA sahaja tanpa bayaran STR langsung mulai 2026.
SARA ini bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Ringkasnya, STR bagi kategori bujang dikurangkan ke sifar, digantikan dengan SARA RM50 sebulan (RM600 setahun) bagi memperluas sokongan bantuan secara kredit ke barangan keperluan.
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan.
Pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa.
Rujuk jadual di bawah:
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2026
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Semakan Kelayakan STR 2025

Semakan Kelayakan STR 2025

Semakan Kelayakan STR 2025
Cara Permohonan STR Bujang 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu;
Melalui Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my atau;
Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026.
Permohonan STR 2026 Online – Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
Layari Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Klik butang “Permohonan Baharu”.
Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA:
Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
PanduanPenggunaSTR2026_PermohonanBaharuMUAT TURUN
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
IndividuJenis DokumenPemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026Pasangan Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas SempadanAnak Anak Kandung:
i. Salinan Sijil Lahir; dan
ii. Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat:
i. Salinan MyKad / MyKid; dan
ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
BACA JUGA: Permohonan STR 2026 – Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Lupa Kata Laluan STR
Kata laluan STR yang terlupa boleh direset secara online melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:
Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my dan klik “Log Masuk”.
Pilih pautan “Terlupa Kata Laluan”.
Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan klik “Semak”.
Masukkan alamat emel yang didaftarkan semasa permohonan STR, lalu klik “Seterusnya”.
Kata laluan sementara akan dihantar ke emel berdaftar. Semak emel dan salin kata laluan sementara.
Log masuk semula portal MySTR menggunakan kata laluan sementara.
Cipta kata laluan baharu dan sahkan kata laluan tersebut, kemudian klik “Tukar Kata Laluan”.
Pilihan Jika Tiada Emel Berdaftar
Pemohon perlu jawab tiga soalan keselamatan yang didaftarkan sebelum ini.
Jika gagal selepas tiga percubaan, ID STR disekat dan hanya boleh cuba lagi selepas 24 jam.
Untuk bantuan lanjut, hubungi hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 atau hadir ke pejabat HASiL.
Jadual Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori
Fasa Bayaran STR & SARA 2026
FasaKaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran Fasa 1Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasaFasa 2Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasaFasa 3Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasaFasa 4Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa
NOTA: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Maklumat Lanjut STR Bujang 2026
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.Kerajaan LHDNM
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.
Soalan Lazim STR Bujang 2026
Apakah STR Bujang? STR Bujang adalah bantuan tunai kerajaan untuk individu berstatus bujang yang layak dan berpendapatan rendah atau sederhana.
Siapakah yang layak memohon STR Bujang? Pemohon berstatus bujang berumur 21 hingga 59 tahun atau OKU berumur 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan ≤ RM2,500 layak membuat permohonan.
Adakah warga emas bujang tiada pasangan layak? Ya, warga emas bujang (≥ 60 tahun) tiada pasangan dengan pendapatan ≤ RM5,000 turut layak menerima bantuan.
Bagaimana permohonan STR Bujang dilakukan? Permohonan STR Bujang 2026 perlu dibuat atau dikemas kini secara dalam talian di portal STR 2026 mulai 13 Oktober 2025 dengan akaun MySTR.
Apakah kadar bayaran STR Bujang 2026? Untuk bujang berumur 21-59 tahun, bayaran STR telah dihentikan dan digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 setahun (RM50 sebulan). Warga emas bujang masih menerima STR RM600 setahun.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan status bujang? Dokumen sokongan seperti kad nikah, sijil lahir anak, atau dokumen rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri digunakan.
Apa yang berlaku jika tidak mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut? Permohonan akan dibatalkan dan perlu memohon semula untuk layak meneruskan penerimaan bantuan.
Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4? Bayaran STR Fasa 4 akan dibuat mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat, dan tarikh ini diumumkan rasmi sempena sambutan Deepavali.
Berapakah jumlah bayaran bagi kategori bujang? Golongan bujang layak menerima bayaran sebanyak RM150 untuk Fasa 4, sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan permohonan diluluskan.
Siapa yang layak terima STR Fasa 4? Penerima lulus STR 2025 mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Adakah bayaran STR dibuat secara automatik? Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.
Bila masuk STR? Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4 seperti berikut :
Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : 12 Ogos 2025.
Fasa 4 : 18 Oktober 2025.
STR tidak lulus, perlu buat apa? Sila rujuk sebab tidak lulus. Sediakan dokumen yang relevan mengikut sebab tidak lulus dan buat rayuan sama ada secara dalam talian atau manual di kaunter LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan
Apakah syarat kelayakan bagi kategori bujang? Warganegara Malaysia
Berumur antara 21 hingga 59 tahun; bujang OKU layak dari umur 19 tahun ke atas
Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS (melainkan bujang OKU yang layak dimasukkan sebagai tanggungan keluarga)
Bagaimana cara menerima bayaran STR Fasa 4? Bayaran dikreditkan ke akaun bank aktif yang didaftarkan semasa permohonan STR.
Jika tiada akaun bank atau gagal kredit, boleh dituntut tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Cara semak status kelulusan dan pembayaran STR Fasa 4? Status permohonan dan bayaran STR boleh disemak secara online melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Bolehkah permohonan STR dibuat atau dikemaskini selepas Fasa 4? Permohonan dan kemaskini maklumat STR selepas Fasa 4 tidak dibuka. Penerima STR boleh mengemaskini STR untuk sesi 2026, dan mereka yang ingin membuat permohonan baru boleh melakukannya selepas pengumuman rasmi dibuat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/str-bujang-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=str-bujang-2026