Staycation Di Mega View Hotel Semasa Pkpkb


Sudah lebih sebulan penulis tidak dapat balik ke Kuala Lumpur kerana PKPB yang dilanjutkan sejak 9 November lalu. Maka bermusafirlah penulis di negeri Pahang sementara menunggu kawasan kediaman kembali menjadi zon hijau semula.
Disebabkan beberapa minggu lepas penulis sudah menginap di resort di Balok berdekatan kedai Arab milik rakan, serta hotel di Teluk Sisek di mana ada sepupu jadi pengurus hotel situ... kali ini penulis cuba menginap di hotel lain sekitar pusat bandar Kuantan melalui aplikasi Agoda pula.
Buat kali pertama penulis guna aplikasi Agoda sebab selama ini penulis cuma datang ke kaunter, tanyakan harga bilik dan terus bayar di kaunter. Tak sangka bila pakai Agoda boleh dapat bilik hotel yang jauh lagi murah daripada di kaunter. 
Macam untuk eksperimen yang pertama dengan Agoda ni, penulis dapat booking bilik studio Hotel Mega View selama dua malam pada harga RM158 sahaja! Gila murah daripada hotel-hotel yang penulis pernah duduk selama ni. Semasa di Kuala Lumpur penulis pernah duduk di hotel yang berharga antara RM400-RM800 lebih satu malam. Macam tak percaya boleh dapat bilik hotel kurang daripada RM300 untuk dua malam. Rupa-rupanya Hotel Mega View ni bertaraf 3 bintang.
Tengok review oleh para pengunjung sebelum ni nampak macam meyakinkan, siap ada foto-foto menarik pemandangan dalam hotel. Setelah berpuas hati dengan review dan terma-terma dalam tempahan, penulis pun buat pembayaran melalui perbankan online dan terus dapat email pengesahan tempahan dari Agoda dan Hotel Mega View. Senang dan cepat.
Hotel Mega View terletak berhampiran Esplanade Kuantan dengan pemandangan tepi Sungai Kuantan yang menarikLokasi hotel dia tak jauh daripada pejabat penulis, lebih kurang satu jam perjalanan. Cuma agak mengelirukan bila nak cari jalan masuk ke tempat parking sebab dia tersembunyi di belakang beberapa lot kedai tepi Jalan Besar. Bangunan hotel tersebut pula betul-betul di tepi Sungai Kuantan, sebelah kawasan persiaran Esplanade Kuantan. Penulis pernah berjalan kaki di sini dalam pengembaraan mencari kek viral Mango Cheesecake Kula Cakes suatu masa dulu (Klik link: Mango Cheesecake Kula Cakes Memang Terbaik)
Masa sampai tu dah hampir tengahari, jadi penulis singgah dulu di kafe Mi Casa by the River di tingkat lobi hotel untuk alas perut dulu sambil menunggu masa untuk check-in. Ambil tempoh satu jam juga nak check-in daripada masa yang dijanji sebab ramai penginap sedia ada sedang buat event masa tu. Sempat lagi penulis singgah kedai Kula Cakes dan membeli kek untuk dibawa balik ke hotel.
Mango cheesecake di Kula CakesPenulis tempah bilik studio room dengan katil queen. Dah mengembara seorang diri, satu katil besar cukuplah. Minta bilik di aras yang tinggi sebab nak jauhkan diri daripada penginap-penginap lain yang bawa keluarga, terutamanya yang bawa anak-anak kecil yang suka memekak dan main-main pintu. Malangnya, ada juga keluarga yang menginap di tingkat sama dengan penulis, malah bilik penulis tak cukup kebal bunyi bising yang datang daripada penghuni bilik sebelah yang anaknya suka main buka tutup almari dan tumbuk-tumbuk dinding. Penulis tendang balik dinding di sebelah dan terdengar mak dia "shhh shhh" dia barulah budak tu senyap sampai ke hari penulis check out hotel.
Tema hotel ni memang hijau daun ke? Sejuk mata memandang
Macam nilah rupa bilik penulis tinggal selama dua malam tu. Sedih sikitlah sebab tak dapat bilik yang ada tingkap (padanlah dapat harga murah). Kalau dapat bilik yang ada tingkap dengan pemandangan Sungai Kuantan atau Masjid Negeri Sultan Ahmad bagus juga. Jadi penulis pun turun semula ke kaunter pengurusan lalu minta tukar bilik atas alasan penulis menghidap claustrophobia. Pengurusan kata boleh tapi kena bayar dulu caj lebih RM40 untuk satu malam. Penulis pun simpan balik claustrophobia dan kembali ke bilik asal dengan minda yang lebih positif

Bilik dia bersih, cantik dan selesa. Malah tahap kebersihannya amat dipuji. Masa buat sharing di FB tentang bilik hotel ada kawan tertarik dengan wallpaper pada dinding hotel. Sekarang berlambak iklan wallpaper masuk timeline dia. Penulis sangat berpuas hati dengan bilik air dia yang bersih, kemas dan luas. Lengkap dengan tuala, sabun, syampu, berus gigi dan pencukur misai. Sedap dapat mandi air shower panas ikut suka hati bila. Orang Selangor jangan cemburu


Sink untuk basuh muka dan gosok gigi, tandas untuk membuang hajat serta tempat mandi menggunakan air panas dari pancur hujan... impian setiap pengembara wanita di dunia ini.
Selepas mandi boleh pakai pengering rambut yang disediakan dalam laci meja cermin. Bilik hotel ni macam biasalah lengkap dengan kemudahan wi-fi, kettle, tv, mini fridge, cawan, gelas, dua botol air minuman dan set kopi, teh, krimer dan gula. Tapi yang tak berapa suka dia letak air minuman, bukan air mineral. Sejadah disediakan dalam almari, dan penunjuk kiblat ditampal dalam bilik. Namun seterika tak disediakan dalam bilik, jadi sesiapa nak seterika baju harus pergi ke bilik seterika yang disediakan di hujung koridor

Antara nikmat mengembara seorang diri - satu katil tu kau punya sukahati nak golek mana.
Penghawa dingin berfungsi dengan baik dan tak perlu kena set guna remote, cuma tekan suis pada dinding untuk kawal suhu. Malangnya tv tak boleh pakai remote walaupun dia sediakan remote... terpaksa tekan-tekan butang pada sebelah tv untuk tukar siaran. Nasib baik wi-fi dia laju, jadi dapatlah streaming siaran portal tv dan filem di Netflix melalui laptop. Walaupun biliknya bersih, selesa dan cantik, penulis tak berapa berkenan dengan bau bilik yang sedikit hapak. Nasib baik penulis bawa banyak minyak wangi

Penulis tak ambil sekali dengan breakfast sebab penulis sangat cerewet tentang makan. Pagi-pagi tu turun ke Ramin Coffee House untuk memeriksa apa yang dihidangkan untuk breakfast. Bagi yang tak cerewet tentang makanan bolehlah nikmati breakfast dia. Bagi penulis pula sajian breakfast di hotel tu tak kena dengan tekak, jadi penulis pun mencari McDonald's yang berdekatan. Kebetulan ada restoran McDonald's di tepi sungai berhampiran hotel. Ternampak perpustakaan di situ tapi tutup pula di hari minggu. Ingat nak cari buku yang ada info lanjut tentang Kuantan

McDonald's Esplanade Kuantan. Seronoknya bila dunia tiada manusia.
Ada banyak tempat yang boleh dikunjungi sekitar kawasan Hotel Mega View ni memandangkan ia berada di tengah-tengah pusat bandar. Cuma semenjak musim Covid-19 ni pergerakan agak terbatas kerana semua tempat harus mematuhi SOP untuk mengelakkan jangkitan virus. Hotel ini juga amat menitikberatkan SOP dalam menangani COVID-19 dengan meletakkan pengukur suhu di depan lobi serta di coffee house, serta menyediakan sanitizer di kaunter pengurusan dan tisu dalam lif. Setiap butang lif ditutup dengan plastik. Staf dikenakan pemakaian topeng pelitup muka setiap masa

Lokasi hotel ini strategik kerana ia berada dalam kawasan bandar Kuantan, maka mudahlah nak pergi membeli-belah ke beberapa shopping mall di sini seperti Kuantan Parade, Kuantan City Mall, East Coast Mall dan Berjaya Megamall. Paling bagus tentang bandar Kuantan ini ialah ia mempunyai banyak pilihan kedai makan di serata tempat. Kemudahan lain seperti mesin ATM dan kiosk 7-Eleven juga mudah didapati.
Carboot sale di Taman Kerang yang agak lengang kerana PKPB yang menyebabkan ramai orang tidak boleh merentasi negeri tanpa surat kebenaran polisSemasa penulis meluangkan masa staycation di sini, sempat jugalah penulis berjalan kaki ke Padang MPK 1 yang terletak tak jauh daripada hotel dan melihat-lihat pasar malam di situ. Macam-macam benda yang mereka jual tetapi tidak semeriah macam pasar malam di daerah Gambang. Pasar malam di MPK 1 ni lebih kepada konsep car boot sale. Sempat juga menemubual seorang peniaga yang mengeluh kerana dulunya mereka boleh berniaga di situ sehingga jam 12 tengah malam. Kini sejak zaman PKPB mereka hanya dibenarkan buka gerai sehingga 10 malam.

Dalam bangunan Hotel Mega View sendiri ada kemudahan untuk para penginap kunjungi seperti Grand Seraya Ballroom, Ramin Coffee House, Meranti Meeting Room, Micasa Cafe by the River dan Mega Star Health Centre. 
Pemandangan dalam Ramin Coffee HouseSelepas melawat pasar malam MPK 1 tadi penulis singgah di Micasa Cafe untuk makan malam. Tetapi pengalaman makan malam di Micasa Cafe agak tak menyenangkan kerana terdapat seorang staf wanita yang menjengkelkan di situ. Penulis meletakkan bungkusan berisi manisan yang dibeli dari carboot sale tadi di atas meja. Order sepinggan spaghetti dan seteko teh dari waiter lain. Langsung tak menyentuh plastik berisi makanan yang bertutup rapi tu disebelah. Sambil penulis menunggu makanan disiapkan waitress bercermin mata tersebut meluru datang ke arah meja penulis dan memberitahu penulis tak boleh makan makanan yang dibawa dari luar di situ. Dengan rasa keliru sebab penulis tak makan apa-apa pun di atas meja masa tu, tangan pegang telefon saja, spaghetti pun tak sampai lagi, dalam hati rasa nak tanya dia, "Awak ada nampak saya tengah makan ke ni?" 
Penulis memberitahu dia bahawa penulis memang bawa makanan di luar tapi tak berniat memakannya di situ. Sambil tu terfikir patutkah lain kali penulis tinggalkan bungkusan makanan dari luar pada kaunter pengurusan sebelum masuk ke kafe? Lepas tu penulis terfikir, mungkin waitress tu cuma membuat kerjanya saja tetapi terlalu teruja akibat masih baru bekerja. Jadi penulis pun tak membiarkan saja perkara tu berlalu.

Keesokan malamnya waitress yang sama buat perangai poyo lagi dengan menyuruh penulis beralih tempat duduk padahal kafe kosong tak ramai orang, serta tidak ada orang reserve langsung mana-mana meja pada malam tu. Waitress tu sendiri pun mengaku tak ada orang reserve meja bila penulis tanya dia. Entah kenapa dia macam dengki tengok kita seorang diri duduk di meja kerusi sofa kusyen untuk 6 orang. Rosak mood nak makan tepi sungai. Kalau kafe tengah ramai dan ada orang reserve meja lainlah ceritanya.

Kafe dah lengang macam ni pun nak suruh orang alih meja. Nak bagi tempat duduk pada siapa, hantu? Waitress sini poyo tak bertempat. Biar hantu betul-betul nanti datang duduk sini baru tau.Disebabkan dah naik menyampah dengan kepoyoan waitress bercermin mata tersebut yang berjaya menghilangkan selera pelanggan untuk makan di Micasa Cafe, penulis mengambil keputusan untuk makan dalam bilik saja. Jadi penulis pun naik balik ke bilik dan order room service. Waiter yang hantar pesanan tu budak lelaki yang sama pula hantar room service siang tadi, kebetulan pula menu sama. Dia bertanya, "Suka makan ini ya?"
Eh, suka hatilah aku nak makan apa. Tapi tak adalah penulis jawab macam tu. Cuma memberitahu dia penulis malas nak makan di bawah sambil cepat-cepat bagi duit dan syuh syuh dia dari situ. 
Spaghetti Arabiatta ni pedas tahap keluar air mata dan hidung. Tapi penulis suka.
Kepada sesiapa yang berminat nak cuba menginap di Hotel Mega View untuk tujuan staycation atau WFH (Work From Hotel) bolehlah tempah melalui Agoda. Sesuai untuk mereka yang nak mencari tempat tenang dan selesa untuk membuat kerja atau menghadiri mesyuarat mana-mana di Kuantan. Hotel ini juga mesra keluarga jika anda bercadang nak bawa pasangan dan anak-anak. Harga berbaloi dengan servis dan kualiti bilik. Penulis syorkan ambil bilik yang ada tingkap kalau nak dapat bilik yang ada pemandangan. Masalah hotel ni cuma tempat parking dia agak sempit dan buruk.

Itu sahaja review penulis untuk pengalaman menginap di Hotel Mega View ini. Adakah penulis akan kembali ke hotel ini? Ada kemungkinan tapi jika datang lagi penulis akan menempah bilik lain yang mempunyai tingkap. Tetapi penulis tak akan makan di Micasa Cafe sebab menyampah dengan layanan waitress poyo situ walaupun kafe mempunyai pemandangan cantik.

Lepas ini mungkin penulis akan mengembara di kawasan Terengganu pula. Boleh bagi cadangan hotel mana penulis patut cuba menginap dalam komen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/12/staycation-di-mega-view-hotel-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaya Staycation Santai Hujung Minggu Di 7 Resort Dan Hotel Di Negeri Selangor

Gaya Staycation Santai Hujung Minggu Di 7 Resort Dan Hotel Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 413 hits
Aktiviti staycation boleh dikatakan sebuah percutian pendek untuk keluar daripada persekitaran anda buat seketika yang seringkali tidak melibatkan perjalanan yang jauh bagi tujuan untuk beristirehat dan menyegarkan semula minda dan fizikal ...
Ramadhan Fiesta Di G Hotel Penang

Ramadhan Fiesta Di G Hotel Penang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum Holla Entri Ramadhan buffet bersambung counting days for Ramadhan tak sabar rasanya dalam keterujaam itu ada jugak rasa sedih dilubuk hati MZ Ibu dan Abah sedang mengerjakan umrah dan bakal berpuasa disana kali pertama berpu...
101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan Di Vistana Hotel Penang

101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan Di Vistana Hotel Penang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum Holla Dari satu hotel ke satu hotel yang lain Kali ni kita ke Vistana Hotel di Bukit Jambul pulak Dengan bertemakan 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan hampa boleh nikmati juadah berbuka puasa turun temurun di sepanjang bulan R...
Pullman Hotel Adelaide Kuarantin Mandatori 14 Hari

Pullman Hotel Adelaide Kuarantin Mandatori 14 Hari

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 496 hits
Pullman Hotel Adelaide Kuarantin Mandatori 14 Hari Fadzi sebenarnya tak tahu hotel apa yang kami akan dapat untuk duduk masa kuarantin wajib 14 hari selepas Bila dah turun dari bas yang bawa kami dari lapangan terbang Adelaide ke hotel dan ...
Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 259 hits
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID 19 YANG TELAH PULIHKementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID 19 adalah sebanyak 1 181 kes Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada ...
Isu Semasa Melayu Khianat Islam Atau Islam Khianat Melayu

Isu Semasa Melayu Khianat Islam Atau Islam Khianat Melayu

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 293 hits
Isu daging tidak halal bukan perbuatan orang bukan Islam Tetapi dilakukan oleh orang Islam Syarikat milik orang Islam 2 Modus operandinya mudah Daging tidak halal masa masuk melalui pintu Kastam ditukar kulitnya dengan pembungkusan jenama d...
Ramadhan Bufet Dinner Di Hotel Royal Penang

Ramadhan Bufet Dinner Di Hotel Royal Penang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum Holla Mohon jangan marah haaa entri bersambung dengan menu berbuka puasa di Hotel Royal di Jalan Larut Hotel Royal memang semestinya menjadi pilihan mereka yang menggemari masakan Melayu sebagai juadah berbuka puasa Bukan na...
7 Tips Jadikan Bilik Tidur Ala Hotel

7 Tips Jadikan Bilik Tidur Ala Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 296 hits
Ada tak yang mahukan bilik tidur kita macam hotel Kita pasti suka deko bilik tidur dengan gaya macam hotel 5 star kan Simple kemas dan bersih Betul tak Sebenarnya tak susah pun nak deko gaya hotel ni Siapa pun boleh buat antara nak atau tak...
Tempat Menarik Dan Hotel Bajet Di Cameron Highlands

Tempat Menarik Dan Hotel Bajet Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 666 hits
Seronoknya dapat pergi Cameron highland kan Cuaca di tanah tinggi memang nyaman dan menenteramkan jiwa Kalau dapat beli tanah di
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization