7 Tips Jadikan Bilik Tidur Ala Hotel


Ada tak yang mahukan bilik tidur kita macam hotel? Kita pasti suka deko bilik tidur dengan gaya macam hotel 5 star kan. Simple, kemas dan bersih. Betul tak? Sebenarnya tak susah pun nak deko gaya hotel ni. Siapa pun boleh buat, antara nak atau tak je. Jom ahyat kongsikan tips untuk feel bilik kita seperti bilik hotel. Mungkin kita dah bosan dengan hiasan bilik tidur gaya lama atau ingin ubah rasa dan suasananya.
1. Lampu Tidur
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipsnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampu hiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. Cadar dan Bantal
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.
3. Kepala Katil
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dinding di atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. Warna
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.
5. Bahan Lantai
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. Bangku
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.
7. Aksesori
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Kesimpulannya, angan-angan yang kita mahukan bilik tidur umpama hotel semasa percutian yang lalu akan menjadi kenyataan. Semoga tips ini dapat membantu sahabat2 Ahyat yang nak renovate bilik tapi tak tahu nak ubah apa jadi boleh ambil idea ini untuk renovate rumah dan bilik tidur supaya lebih menarik dan selesa. Jadi kita dah tak perlu nak bercuti setiap hari sebab sudah mempunyai bilik yang ala-ala hotel yang tidak berbayar.
kredit : Ahyat Ishak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://muscadinediet.com/7-tips-jadikan-bilik-tidur-ala-hotel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diorang Tengah Buat Binatang Berkaki Empat Orang Awam Terkejut Tengok Kapel Tengah Oyeh Berdekatan Tingkap Bilik Hotel

Diorang Tengah Buat Binatang Berkaki Empat Orang Awam Terkejut Tengok Kapel Tengah Oyeh Berdekatan Tingkap Bilik Hotel

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 1174 hits
Tindakan sepasang kekasih yang sedang melakukan hubungan intim berhampiran tingkap di bilik hotel membuatkan orang awam yang menghadiri festival keagamaan di luar hotel itu terpegun seketika Pasangan itu dilihat melakukan hubungan intim di ...
Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya

Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 750 hits
Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya Setiap surah dalam Al Quran mempunyai kelebihan tersendiri jika kita sentiasa amalkan Jadi sebagai umat islam kenalah ambil peluang untuk jadikan surah surah dalam Al Quran un...
Wanita Dari Miri Sarawak Rela Tidur Di Jalanan Dari Berkongsi Bilik Di Singapura

Wanita Dari Miri Sarawak Rela Tidur Di Jalanan Dari Berkongsi Bilik Di Singapura

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 655 hits
WANITA DARI MIRI SARAWAK RELA TIDUR DI JALANAN DARI BERKONGSI BILIK DI SINGAPURA Pada bulan November tahun lalu Lee Kuan Yew School Of Public Policy Singapore melakukan kajian untuk menentukan skala kehilangan tempat tinggal di Singapura In...
10 Tips Untuk Tidur Lena Ketika Mengembara

10 Tips Untuk Tidur Lena Ketika Mengembara

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 313 hits
B agaimana dapatkan tidur yang lena di hotel ketika mengembara Ada yang berpendapat bahawa mereka tidak boleh tidur malam kerana berubah tempat tidur Kebanyakan orang lebih selesa di katil sendiri daripada katil hotel 5 bintang Keadaan cuac...
Tempat Tidur Di Rs Penuh 2 Hotel Di Karawang Dijadikan Tempat Isolasi Covid 19

Tempat Tidur Di Rs Penuh 2 Hotel Di Karawang Dijadikan Tempat Isolasi Covid 19

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 269 hits
Saat ini jumlah pasien Covid 19 yang dirawat mencapai 570 orang sedangkan ketersediaan tempat tidur di rumah sakit yang disiapkan untuk pasien Covid 19 hanya 320 tempat
Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 852 hits
Kemelut rumah tangga Nadia Brian hangat diperkatakan kembali apabila pelakon itu mengakui suaminya Muizz Nasruddin sudah pun menfailkan perceraian dan menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah Mengesahkan perkara itu Muizz berkata...
Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 513 hits
Sama macam kita adakalanya anak anak juga sudah jemu makan nasi Apa kata kita cuba buatkan kelainan pada selera anak dengan hasilkan roti kegemaran mereka Roti Sosej Ala Auntie Anne s ringkas yang dikongsikan olah bapa ini boleh mama cuba u...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees

Tips Mengelakkan Bayaran Bagasi Berlebihan