Gaya Staycation Santai Hujung Minggu Di 7 Resort Dan Hotel Di Negeri Selangor


Aktiviti staycation boleh dikatakan sebuah percutian pendek untuk keluar daripada persekitaran anda buat seketika yang seringkali tidak melibatkan perjalanan yang jauh, bagi tujuan untuk beristirehat dan menyegarkan semula minda dan fizikal setelah penat bekerja, mahupun untuk para ibubapa membawa anak-anak bercuti di hujung minggu. Jika anda mencari lokasi percutian yang  menarik, jangan risau kerana di Negeri Selangor terdapat banyak tempat yang boleh anda lawati bersama orang yang tersayang. Oleh itu, Tourism Selangor tampil dengan cadangan tujuh hotel serta resort sekitar Negeri ini yang menawarkan pengalaman berbeza untuk aktiviti staycationselama satu atau dua malam yang mampu menjadi alternatif kepada pilihan aktiviti percutian yang panjang dan memakan masa.



1) CYBERVIEW RESORT AND SPA

Cyberview Resort and Spa yang terletak di Cyberjaya ini mempunyai suasana yang nyaman ibarat anda berada di kawasan belantara kerana persekitarannya yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit dan taman tropika. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di sini seperti di Sembunyi Spa yang menyediakan perkhidmatan urutan badan, rawatan kesihatan, sauna, jakuzi dan lain lain. Selain itu, anda boleh bersiar-siar ke sekitar kawasan resort seperti di Taman Tasik Cyberjaya, merasai menu makanan negara Yaman di Restoran Al Mukalla serta membeli-belah di Gem In Mall dan DPulze Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberviewresort.com



2) THE SAUJANA HOTEL

Terletak di Shah Alam,Hotel dengan pengiktirafan 5 bintang ini merupakan tempat yang sesuai untuk meluangkan masa seharian di sini di mana kawasannya dikelilingi hutan tropika dan taman yang subur serta pemandangan tasik yang cantik untuk bergambar. Antara fasiliti yang disediakan di hotel ini adalah seperti padang golf dan juga gelanggang tenis, pusat kecergasan dan kolam renang yang dikeliling pokok-pokok yang hijau. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar ke tempat pusat membeli-belah terdekat seperti Citta Mall dan Evolve Shopping Mall, selain melakukan aktiviti lasak di ESCAPE Petaling Jayadan singgah diOasis Villageuntuk menikmati makan malam yang dikelilingi lampu dan pancuran air yang cantik untuk mengabdikan kenangan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.saujanahotels.com




3) HOTEL ROYALE CHULAN, DAMANSARA

Jika anda inginkan sebuah percutian mewah bersama keluarga, Hotel Royale Chulan yang terletak di Damansara ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda kerana dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan mempunyai kawasan hiburan yang menarik di sekitar. Antara fasiliti yang disediakan di sini adalah gimnasium, spa, rail ice skating serta kawasan permainan kanak-kanak “Kiddie’s Land” malah terdapat juga perkhidmatan bas ulang-alik dari hotel ke pusat beli-belah The Curve. Selain itu, anda juga boleh melawat ke tempat-tempat pelancongan sekitar Damansara seperti KidZania, IKEA, Chocolate Museum, mendaki di Hutan Simpan Kota Damansara dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.royalechulan.com



4) AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

Amverton Cove Golf dan Island Resort ini merupakan resort 4 bintang yang menarik untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Seharian di resort ini sudah cukup untuk anda menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Resort ini juga digemari oleh para pemain golf kerana kemudahan padang golf yang ditawarkan.  Antara aktivti yang boleh dilakukan adalah seperti berkayak, flying fox, paintball, lawatan ke “Animal Island”, menaiki kenderaan ATV, menyusuri hutan, memanah dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga destinasi pelancongan yang boleh dilawati seperti di perkampungan Orang Asli Mah Meri serta menghirup udara segar dan bersantai di pantai Morib pada waktu petang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.waterside.amvertoncove.com



5) SHERATON HOTEL, PETALING JAYA

Hotel 5 bintang yang berwarna keemasan ini merupakan tempat penginapan mewah yang sangat cantik malah menawarkan pelbagai fasiliti yang berkualiti. Antaranya ialah Kids Club untuk kanak-kanak, ruang mesyuarat dan dewan yang besar sesuai untuk sebarang majlis dan persidangan perniagaan, gimnasium, restoran makanan Jepun, Miyabi, restoran makanan Kantonis, Yue dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kelab golf berdekatan dengan hotel, dan pusat beli-belah terkenal seperti Subang Parade, Sunway Pyramid dan One Utama. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, boleh lah ke Bukit Gasing untuk melakukan aktiviti pendakian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.marriott.com



6) NEW WORLD HOTEL, PETALING JAYA

New World Hotel yang mewah ini terletak di kawasan yang sangat strategik di mana ianya berhampiran dengan Saujana Golf and Country Club serta pusat beli-belah seperti Sunway Pyramid, Empire Shopping Centre dan Paradigm Mall. Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti, kolam renang kanak-kanak, fitness center, tempat letak kereta percumasertakolam renangdi bumbung yang menggabungkan pemandangan panorama bandar yang cantik. Selain itu, kawasan hotel ini terletak berdekatan akses ke lebuh raya yang mana ianya bersambung dengan laluan ke lapangan terbang dan stesen LRT terdekat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.petalingjaya.newworldhotels.com



7)MӦVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA

Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA menawarkan kemudahan fasitili yang selesa dan berkualiti untuk penginap. Hotel 5 bintang ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malah hanya mengambil masa 10 minit untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Mitsui Outlet Park. Hotel ini cukup lengkap dengan fasiliti yang disediakan kepada pengunjung seperti Pusat Konvensyen yang luas dan perkhidmatan daftar masuk bilik dengan mudah dan cepat. Hotel ini menawarkan sebanyak 333 buah bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi yang luas, pemandangan cantik melalui tingkap serta perabot mewah yang membuatkan penginap hotel dapat berehat dengan tenang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.movenpick.com
Dengan hujung minggu panjang sempena perayaan Hari Natal yang bakal menjelma, tentunya ada yang sedang mempertimbangkan aktiviti staycation bersama yang tersayang.Selain dari senarai cadangan dari pihak Tourism Selangor ini, Negeri Selangor juga mempunyai seleksi operator hotel dan penginapan yang menawarkan harga yang menarik serta fasiliti yang berkualiti untuk sebuah pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Tahun 2020 sememangnya adalah tahun yang mencabar dan mungkin dengan inisiatif ini, anda akan menetapkan semula atau “reset” minda dan fizikal bagi mendepani tahun 2021 sambil merasai pengalaman yang menyeronokkan, serta dapat memanfaatkan aktiviti pelancongan yang ada di persekitaran tempat penginapan anda.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga :  Tourism Selangor Lancar Kempen " Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu".




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/12/gaya-staycation-santai-hujung-minggu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel Kuala Lumpur

Bercuti Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 302 hits
Hi Korang Lama tak cuti cuti Malaysia kan maklumlah musim musim Covid19 ni manelah orang nak berjalan sangat Tapi sebab dah terlalu lama sangat dan kebetulan Mr Big ade keje sket kat KL hari tuh heret jugak bebudak ni pi sekali kan semua na...
Bangga Dapat Wakili Negeri Sendiri Juliana Evans Jadi Duta Pelancongan Negeri Selangor Darul Ehsan

Bangga Dapat Wakili Negeri Sendiri Juliana Evans Jadi Duta Pelancongan Negeri Selangor Darul Ehsan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 267 hits
Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa gembira dan bangga apabila telah dilantik sebagai duta kempen promosi pelancongan Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu bermula semalam Menurut Juliana dia telah dilantik menjadi duta kempen b...
Ayam Ketuk Is The Town Kl Selangor And Negeri Sembilan

Ayam Ketuk Is The Town Kl Selangor And Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 533 hits
MY AYAM KETUK today announced Couple Combo Set and Family Combo Set a new addition to its menu Couple Combo Set and Family Combo Set meal are made special for two and for four to six person where we are offering a new way for Malaysians to ...
Pengkhianatan Mahkamah Agung Dan Demonstrasi Jalanan Washington Pada Hujung Minggu

Pengkhianatan Mahkamah Agung Dan Demonstrasi Jalanan Washington Pada Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 205 hits
Penyokong dan penentang presiden AS yang masih berkuasa Encik Donald Trump bertempur dalam demonstrasi pada hujung minggu di mana beberapa orang telah cedera Ini berlaku sebelum Mahkamah Agung AS menolak tuntutan Peguam Negara Texas untuk m...
Staycation Di Mega View Hotel Semasa Pkpkb

Staycation Di Mega View Hotel Semasa Pkpkb

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 396 hits
Sudah lebih sebulan penulis tidak dapat balik ke Kuala Lumpur kerana PKPB yang dilanjutkan sejak 9 November lalu Maka bermusafirlah penulis di negeri Pahang sementara menunggu kawasan kediaman kembali menjadi zon hijau semula Disebabkan beb...
Resipi Kek Coklat Mudah Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak Anak

Resipi Kek Coklat Mudah Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 571 hits
assalamualaikum salam sejahtera hari ni nak kongsi tentang aktiviti hujung minggu dgn kak Nurin dan Syuhada kami buat kek coklat sebenarnya da lama diorang berzikir di telinga saya ni utk buat kek coklat hmmm bukan ibu tak nak buat tapi bah...
Layan Pancing Udang Galah Di Hujung Minggu

Layan Pancing Udang Galah Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 193 hits
Adnan IbrahimKluang Cuti Hari Natal serta hujung minggu panjang digunakan kaki pancing untuk turun ke sungai bagi mendapatkan tangkapan untuk dibawa pulang Malah ada kumpulan mengambil pendekatan tidur di tepi sungai atau rumah rakit disedi...
Jom Teroka Bersama Keluarga Ke Candyland Di Legoland Hotel Resort Beli 1 Pecuma 1

Jom Teroka Bersama Keluarga Ke Candyland Di Legoland Hotel Resort Beli 1 Pecuma 1

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 424 hits
Tidak dinafikan sekarang tengah huru hara dengan sekejap PKPB dilaksanakan sekejap PKPB ditamatkan Lagipula sekarang PKPB boleh dah untuk merentas daerah Tak pula kerajaan benarkan untuk kita merentas daerah Tapi kalau yakin boleh laksanaka...
Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 217 hits
Ini penegasan UMNO Selangor Pengerusi UMNO Selangor Noh Omar mengingatkan Bersatu negeri itu agar jangan mengganggu kerusi kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU lalu Menurut beliau jika parti serpihan UMNO itu masih berdegil mereka tiada pili...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Senarai Lagu English Terbaru 2024

5 Tips Mudah Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024