Statut Rom Raja Dan Kerajaan


OLEH AB JALIL BACKER
KERAJAAN kelihatan tidak dapat menerima hakikat diminta oleh Majlis Raja-Raja Melayu agar menarik semula ratifikasi Statut Rom yang telah dibuat secara senyap dan tanpa perundingan awam yang mencukupi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar mengumumkan keputusan penarikan diri daripada Statut Rom, menyindir dan menampakkan perasaan amarah beliau terhadap keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.
Pada sidang akhbar tersebut Dr Mahathir menyatakan, “So I’d like to say to these cowards who during the last regime saw (ex-Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) stealing money and doing all kind of things and they said nothing. A lot of cowards who want to benefit from Najib’s misadministration so that they too can benefit.”
Siapakah golongan pengecut yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri mendiamkan diri ketika isu 1MDB? Dakwaan Dr Mahathir itu bertujuan mislead rakyat seolah-olah Raja-Raja Melayu menyokong pentadbiran lalu dan menentang pentadbiran hari ini.
Apakah ini adalah kemuncak rentetan smear campaign terhadap institusi beraja yang tampak telah bermula sejak pentadbiran baharu mengambil alih kerajaan? Ramai masih ingat tulisan oleh penasihat media Perdana Menteri tahun lalu yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sehingga mewujudkan perbahasan tidak sihat dalam kalangan rakyat.
Sebenarnya adalah tidak betul Raja-Raja Melayu tidak berbuat apa-apa dalam isu 1MDB. Pada tahun 2015 Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan pegawai kanan SPRM, menyembahkan taklimat berkaitan isu syarikat itu pada 2015.
Selepas taklimat tersebut, Majlis Raja-Raja Melayu dengan jelas mengeluarkan titah rasmi agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB selain mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.
Ini telah dilaporkan secara meluas oleh media ketika itu. Maka seperti Statut Rom, Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat titah dan arahan mengenai isu 1MDB setakat mana kuasa perlembagaan yang ada kepada mereka.
Dr Mahathir turut menyatakan bahawa Kabinet membuat keputusan menarik diri daripada Statut Rom kerana tindakan seorang individu yang telah mengelirukan rakyat dan mahu dirinya di atas undang-undang.
Raja-Raja Melayu yang membuat keputusan termasuklah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang mempunyai pendidikan tinggi dalam pentadbiran awam dan falsafah politik dunia. Mustahil mereka boleh dipengaruhi oleh seorang individu.
Isu sebenar apabila kita menentang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukanlah kerana kita mahu melakukan jenayah atau melindungi penjenayah.
Sebaliknya tindakan kerajaan meratifikasi statut ini tanpa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja Melayu dan rakyat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Kerajaan melakukan satu keputusan penting tanpa mengambil kira pandangan pihak berkepentingan dan pemegang amanah negara seperti Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen.
Ini kerana meratifikasi Statut Rom bermakna anda membenarkan para penyiasat asing bertindak melepasi batas perundangan negara.
Statut Rom merupakan satu deklarasi yang membenarkan ICC menyiasat sebarang aduan mengenai empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai.
Katakanlah esok ada rakyat Malaysia yang jahil membuat aduan mengenai jenayah kemanusiaan terhadap Sultan Kelantan yang membenarkan pelaksanaan hudud. Apakah anda boleh jamin ICC akan bertindak secara adil?
Kerajaan tidak wajar mengelirukan rakyat seolah-olah tindakan tidak menyertai Statut Rom bermakna kita mahu menjadi penjenayah atau melindungi jenayah. Banyak negara di dunia ini tidak menyertai Statut Rom termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, Rusia turut menarik diri. Apakah negara-negara itu berhasrat melakukan jenayah atau melindungi penjenayah?
Menyertai Statut Rom bermakna kita meletakkan sebahagian kawalan perundangan kepada pihak asing. Ia adalah baik jika semua negara di dunia menyertainya. Jika ada negara lain tidak menyertainya, mengapa kita perlu menyerahkan sebahagian kedaulatan kita kepada sistem perundangan pihak luar?
Sejak Mei 2018 wujud tulisan-tulisan daripada anggota pentadbiran kerajaan baharu yang menyindir dan mengkritik institusi beraja negara. Ini menimbulkan kebimbangan jika Statut Rom sebenarnya adalah agenda setting bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Tidak bolehkah negara ini ditadbir secara tertib, terhormat dan penuh diplomasi seperti budaya Melayu dan ajaran Islam?
Persoalan lebih penting, Malaysia hanya ada sehingga Jun 2019 untuk menarik diri daripada Statut Rom yang ditandatangani pada Mac 2019. Adakah surat penarikan sudah dihantar?
* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
SInar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/29/statut-rom-raja-dan-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nasihat Kerajaan Ratifikasi Statut Rom Tommy Thomas

Saya Nasihat Kerajaan Ratifikasi Statut Rom Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 372 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas mengakui beliau telah menasihati kerajaan untuk meratif...
Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 236 hits
April 27 2019 4 26 PMBekas perdana menteri Najib Razak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak membidas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyambung keputusan meratifikasi Statut Rom susulan perset...
Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 235 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom

Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 326 hits
Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Kekecohan berlaku apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Mohd ...
Kerajaan Ph Perlu Berhenti Hasut Anak Muda Benci Sistem Raja Melayu

Kerajaan Ph Perlu Berhenti Hasut Anak Muda Benci Sistem Raja Melayu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR 30 April Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan Mohd Afif Mohd Anuar berkata kerajaan Pakatan Harapan seharusnya berhenti mengeluarkan kenyataan menghasut dan cuba mengelirukan golongan muda tentang peranan Raja Raja...
Biarlah Sultan Raja Emir Dan Pewarisnya Mencampuri Urusan Kerajaan

Biarlah Sultan Raja Emir Dan Pewarisnya Mencampuri Urusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 277 hits
Oleh Anasz1 Setiap Sultan Raja dan pewarisnya sememangnya perlu diberikan tanggungjawab dalam kerajaan Kita perlu mencontohi Brunei Arab Saudi Bahrain UAE hatta Qatar yang mana Sultan Raja Emir dan Putera Mahkota mereka bertanggungjawab dal...
Forum Statut Rom 2 Pensyarah Pengecut Tarik Diri

Forum Statut Rom 2 Pensyarah Pengecut Tarik Diri

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 295 hits
Aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi mencabar empat ahli akademik yang membentangkan rumusan eksekutif yang digunakan majlis raja raja untuk menolak Statut Rom menyertai forum yang membincangkan isu berkenaan esok Katanya keempat empat ah...
Perhimpunan Raksasa Bantah Statut Rom

Perhimpunan Raksasa Bantah Statut Rom

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR 25 April Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh merangkap Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan Datuk Mohd Razlan Rafii mengadakan sidang media berkaitan perhimpunan raksasa membantah perlaksanaan Statut Rom di Ampang Point
4 Jenayah Jadi Undang Undang Malaysia Jika Statut Rom Diratifikasi

4 Jenayah Jadi Undang Undang Malaysia Jika Statut Rom Diratifikasi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 213 hits
Foto sumber internetKUALA LUMPUR 18 April Empat jenayah antarabangsa iaitu pembunuhan beramai ramai jenayah perang jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan dijadikan sebagai undang undang tempatan sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks

In Src International Civil Suit Former Director Says Najib Was Chess Grandmaster In Company S Scheme Of Things