Forum Statut Rom 2 Pensyarah Pengecut Tarik Diri




Aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi mencabar empat ahli akademik yang membentangkan rumusan eksekutif yang digunakan majlis raja-raja untuk menolak Statut Rom, menyertai forum yang membincangkan isu berkenaan esok.

Katanya, keempat-empat ahli akademik itu perlu tegas dalam mempertahankan hujah mereka.

"Saya menggesa mereka untuk hadir sebagai panelis dalam perbincangan sihat, menjawab soalan hadirin, dan mempertahankan hujah mereka.

"Saya mencabar mereka untuk mempertahankan hujah yang mereka bentangkan kepada majlis raja-raja. Jangan lari dan bersembunyi di belakang ahli politik yang mahu kelirukan rakyat. Jadi profesional," katanya kepada Malaysiakini.

Asheeq merupakan jurucakap kepada kumpulan aktivis pelajar yang mendedahkan rumusan eksekutif yang digunakan majlis raja-raja untuk menolak Statut Rom dan mendakwa hujah yang digunakan sebagai berat sebelah.

Tiada usaha rasmi jemput TMJ

Kumpulan aktivis pelajar itu mengadakan forum di Universiti Malaya esok, yang akan menampilkan Peguam Negara Tommy Thomas sebagai salah seorang panelis.

Asheeq berkata dua daripada ahli akademik itu sudah menolak jemputan menghadiri forum berkenaan, sementara dua ahli akademik lain tidak menjawab jemputan mereka.

"Dua yang menolak adalah profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Sharahayu Abdul Aziz dan pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed Mohd Hassan.

"Dua yang belum menjawab jemputan ialah profesor undang-undang Rahmat Mohamad dan pensyarah undang-undang Usim Hisham Hanapi," kata Asheeq.

Asheeq berkata, selain dia dan Thomas, panelis lain yang akan tampil ialah pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, wakil G25 Noor Farida Ariffin dan peguam Lim Wei Jiet.

Aktivis pelajar itu juga menjelaskan tiada usaha rasmi untuk menjemput Tunku Mahkota Johor Sultan Ismail Sultan Ibrahim menyertai forum itu meskipun kumpulan aktivis berkenaan mengalu-alukan kehadirannya.

"Mungkin selepas forum ini, boleh cuba berhubung (dengan istana Johor)," katanya.

Tunku Ismail merupakan antara yang lantang menentang Statut Rom dengan menyifatkan ia akan menggugat kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia akan menarik diri dari menyertai Statut Rom.

Semalam, peguam negara menafikan dakwaan yang menuduhnya gagak meyakinkan majlis raja-raja berhubung Statut Rom.

Thomas dan Shad Saleem sebelum ini membentangkan kertas kerja kepada majlis raja-raja bagi pihak kerajaan berhubung Statut Rom.

-mkini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/04/forum-statut-rom-2-pensyarah-pengecut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkasa Pula Buat Laporan Polis Forum Statut Rom

Perkasa Pula Buat Laporan Polis Forum Statut Rom

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 309 hits
Perkasa pula buat laporan polis forum Statut Rom Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2019 8 39PM
Siswa Alu Alukan Jika Tmj Datang Forum Statut Rom

Siswa Alu Alukan Jika Tmj Datang Forum Statut Rom

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 295 hits
Sekumpulan mahasiswa hari ini berkata mereka mengalu alukan sekiranya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia hadir dalam sebuah forum bagi membincangkan isu mengenai Statut Rom Menurut jurucakap mahasiswa berkenaan Asheeq ...
Forum Statut Rom Kecoh

Forum Statut Rom Kecoh

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 399 hits
Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Kekecohan berlaku apabila bekas ketua pemuda Umno Wilayah...
Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom

Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 374 hits
Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Kekecohan berlaku apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Mohd ...
Tak Perlu Buang Masa Siasat Forum Statut Rom Aktivis Beritahu Polis

Tak Perlu Buang Masa Siasat Forum Statut Rom Aktivis Beritahu Polis

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 248 hits
April 29 2019 6 46 PMPanel speaker dalam forum Malaysia dan Statut Rom di Universiti Malaya pada 27 April lalu PETALING JAYA Aktivis dan ahli politik membidas polis menjalankan siasatan hasutan ke atas sebuah forum mengenai Statut Rom yang ...
Siasat Forum Statut Rom Bukan Bermaksud Dakwa Pm

Siasat Forum Statut Rom Bukan Bermaksud Dakwa Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 307 hits
Diterbitkan Hari ini 12 17 tengahariPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan polis terhadap penganjur forum Statut Rom baru baru ini bukan bermaksud untuk menghalang kebebasan bersuara Beliau menegaskan peranan polis memastikan ...
Henti Kekang Wacana Rakyat Forum Ilmiah Berkaitan Statut Rom

Henti Kekang Wacana Rakyat Forum Ilmiah Berkaitan Statut Rom

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 360 hits
Pada 1 MEI 2019oleh PENTADBIRDua pemimpin muda DAP membantah tindakan polis menyiasat forum akademik berkaitan Statut Rom yang diadakan pada Sabtu lalu di Universiti Malaya mengikut Akta Hasutan Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlim...
Saya Nasihat Kerajaan Ratifikasi Statut Rom Tommy Thomas

Saya Nasihat Kerajaan Ratifikasi Statut Rom Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 423 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas mengakui beliau telah menasihati kerajaan untuk meratif...
Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 292 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Ella Kongsi Momen Istimewa Rai Ulang Tahun Anak

Zoo Johor

Masjid Kampung Melayu Majidee

Taman Costa Mahkota Street Food

Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan