4 Jenayah Jadi Undang Undang Malaysia Jika Statut Rom Diratifikasi


     Foto sumber internet
KUALA LUMPUR, 18 April ― Empat jenayah antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan dijadikan sebagai undang-undang tempatan sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata selepas diratifikasi, ia harus dijadikan sebagai undang-undang negara sama ada menerusi pindaan akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu, tanpa memerlukan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Loading...
“Ia (Statut Rom) adalah di peringkat antarabangsa. Selepas ia diratifikasi (jika tidak tarik diri), keempat-empat jenayah antarabangsa itu harus dijadikan jenayah dalam mahkamah tempatan. Adakah ia perlukan pindaan Perlembagaan, jawapannya tidak.

“Selepas kita wujudkan undang-undang atau akta itu, andainya berlaku ada rakyat atau pemimpin tetapi bukan Agong, bukan raja terlibat dengan jenayah itu (antara empat jenayah), mahkamah Malaysia boleh mendakwa dia. Kalau mahkamah Malaysia telah mendakwa mereka, ICC tak akan masuk campur,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel, di sini malam tadi.

Jelas Saifuddin lagi, prinsip ICC adalah sebagai mahkamah pilihan terakhir apabila negara yang terlibat secara jelas tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pesalah terbabit.


Katanya selagi negara itu berkehendak dan berkemampuan untuk mengadili dan seterusnya menghukum pesalah terbabit, kita boleh buat sendiri dan ICC tidak akan campur tangan.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dalam kalangan masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa keputusan itu bukan disebabkan Statut itu membahayakan, Perdana Menteri berkata Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC yang Malaysia tandatangani pada 4 Mac lepas, boleh ditarik semula sebelum Jun tahun ini.

ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan jenayah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa sekiranya Malaysia menerima Statut Rom, akan wujud kes bertentangan, misalnya berlaku kes hak asasi manusia di negara ini, dan ini akan mengakibatkan Malaysia hilang kebebasannya untuk menggubal dasar serta undang-undangnya sendiri.

Saifuddin menjelaskan Malaysia boleh kembali menandatangi ICC, sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian pada masa akan datang kerana keputusan untuk menyertai ICC itu adalah bersifat sukarela. ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/4-jenayah-jadi-undang-undang-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada ratifikasi Statut Rom kontroversi yang dikritik pelbagai pihak termasuk istana Johor Perdana menteri berkata Kabinet membuat keputusan menarik diri da...
Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 359 hits
Lim Kit Siang berkata Malaysia terpaksa menarik diri daripad menyertai Statut Rom disebabkan desakan pelbagai pihak yang kurang faham mengenai perkara tersebut JOHOR BAHRU Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkam...
Statut Rom Icc Patutkah Malaysia Menerimanya

Statut Rom Icc Patutkah Malaysia Menerimanya

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 255 hits
MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysiagazette com for the latest news on politics economy fashion travel lifestyle and more www malaysiagazette com malaysiagazette mgtv
Statut Rom Tak Wajar Tarik Diri Walau Ditentang Pihak Tertentu Mp

Statut Rom Tak Wajar Tarik Diri Walau Ditentang Pihak Tertentu Mp

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 307 hits
MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kerajaan tidak seharusnya menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah pun dimeterai Beliau berkata tidakan itu menjadikan Malaysi...
Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 411 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Tiada Siapa Di Malaysia Yang Kebal Undang Undang Pm Beri Amaran Ini Respon Tmj

Tiada Siapa Di Malaysia Yang Kebal Undang Undang Pm Beri Amaran Ini Respon Tmj

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 288 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa di negara ini yang berada di atas undang undang termasuk Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim lapor MalaysiaKini nbsp Mahathir berkata Tunku Ismail bebas menyuar...
Statut Rom Misi Besar Singkir Pm

Statut Rom Misi Besar Singkir Pm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 423 hits
ISMA WEB Siapa individu yang mempunyai cita cita politik dan menggunakan raja raja Dr Mahathir kata beliau tahu Pedang sekadar agak agak saja PEDANG pernah beritahu dulu seseorang penulis mendapat idea apa yang hendak dicoretkan menerusi pe...
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 448 hits
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir TMJ Mengenai Statut Rom Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai Perdana Ment...
Kertas Kerja Ahli Akademik Tentang Statut Rom Berat Sebelah Pelajar

Kertas Kerja Ahli Akademik Tentang Statut Rom Berat Sebelah Pelajar

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 358 hits
MALAYSIAKINI Sekumpulan aktivis pelajar hari ini mendedahkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat ahli akademik yang mereka dakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja raja agar menolak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hujah h...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat