Star Tegur Umno Sepatutnya Kukuh Pn Bukan Ugut Pm
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan menyifatkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai tindakan membuang masa kerana tidak ada jaminan perdana menteri selepas itu mampu bertahan lama.
Kitingan juga mendesak rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) untuk mengetepikan politik kepartian buat sementara ekoran pertembungan pemimpin Umno dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
"Saya khuatir tindakan seperti itu akan mengundang oportunis untuk mengganggu fungsi pemerintahan seperti apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
"Pada saat ini, ketika kita menghadapi krisis ekonomi dan Covid-19, mengapa kita harus menambah masalah ketidakstabilan politik sedia ada?" katanya.
Anggota Parlimen Keningau dan Adun Tambunan itu berkata sebagai sekutu kerajaan PN semua pihak harus memperkuatkan pemerintah, bukan mengugut perdana menteri.
“Bilakah ia akan berakhir? Saya rasa mereka harus membantu mengukuhkan kerajaan, bukan melemahkannya,” tambah timbalan ketua menteri Sabah itu.
Kitingan turut menganggap cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) agar Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi perdana menteri sehingga PRU15 sebagai tidak logik.
Hal itu kerana, kata Kitingan, tidak ada apa-apa yang salah pada perdana menteri sekarang.
"Sekiranya mereka mengatakan Muhyiddin tidak memerintah dengan majoriti ahli parlimen, apa yang membuat mereka berfikir Tun Mahathir boleh lakukan? Dia hanya mempunyai lima ahli parlimen,” katanya.
Kitingan berkata negara kini dalam tempoh berperang dengan musuh yang tidak kelihatan, oleh itu semua pihak seharusnya bekerjasama dalam memastikan pertempuran itu dimenangi.
Dia juga turut memberi amaran bahawa pergolakan politik yang berterusan dan kemungkinan kejatuhan kerajaan semasa boleh mengakibatkan keadaan darurat.
Katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah kini stabil dan fokus pada cabaran yang akan datang.
"Kami bersatu dalam GRS, dan kerajaan sedang fokus untuk memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat selepas menderita selama hampir dua tahun di bawah pentadbiran Warisan Plus," tambahnya.
MR : Setuju
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/10/star-tegur-umno-sepatutnya-kukuh-pn.html