Rakyat Anggap Umno Ugut Kepada Kerajaan Pn




SHAH ALAM - Pertimbangan UMNO untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu bentuk ugutan kepada kerajaan.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, rakyat melihat perkara itu sebagai satu bentuk ugutan untuk mendesak agar permintaan mereka dipenuhi.

MD SHUKRI SHUIB
Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai permainan politik yang tidak matang oleh parti tersebut dalam keadaan negara kecoh dengan drama peralihan kuasa.
“Malah, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan langkah untuk menjadi Perdana Menteri baharu, peluang dan ruang itu digunakan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk melakukan proses tawar-menawar supaya kerajaan kekal.
“Permainan tawar-menawar itu sepatutnya sudah dihentikan, apatah lagi sebenarnya keterlibatan UMNO dalam kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi kelebihan kepada mereka sekiranya parti itu pandai mengolah pentadbiran dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, UMNO akan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN.Sebaliknya, parti itu akan memberi syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Md Sukri berkata, ramai pemimpin UMNO memperoleh jawatan strategik dalam kerajaan PN termasuk jawatan Menteri Pengajian Tinggi serta Menteri Belia dan Sukan yang membuka peluang kepada parti itu untuk membina pengaruh di peringkat rakyat akar umbi.
“Contohnya, jawatan yang masing-masing diterajui Datuk Dr Noraini Ahmad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membolehkan mereka mendampingi anak-anak muda dan golongan intelek.
“Golongan itulah sebenarnya golongan akar umbi yang boleh membina kekuatan dan sokongan kepada parti,” katanya.Justeru, katanya, timbul persoalan apakah lagi yang mahu dikejar UMNO sedangkan parti itu tidak sewajarnya bersifat sebegitu kerana mereka bukan lagi parti dominan.
“Oleh itu, keputusan UMNO untuk membuat pertimbangan semula dan meletakkan syarat bertulis sepatutnya perlu dinilai semula,” katanya.

AHMAD MARTHADA
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik daripada UUM, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, percaturan politik sedemikian dilakukan UMNO kerana dipercayai mahukan peranan yang lebih besar dalam kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri.
Beliau berkata, walaupun jawatan itu bukan satu desakan yang dibuat pemimpin tertinggi parti itu tetapi ia adalah antara beberapa perkara pokok yang cuba diketengahkan kepimpinan UMNO.“Jadi saya melihat antara beberapa perkara pokok yang menjadi sebab UMNO ingin pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam PN adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan peranan yang diberikan PN terutama oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengetuai kerajaan ketika ini.
“Rentetan peristiwa termasuk yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga menyebabkan mereka mengkaji semula kedudukan dalam PN,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, keputusan UMNO untuk menarik diri daripada PN merupakan keputusan yang dijangka.“Ini kerana dalam beberapa peristiwa lepas, UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO telah menyatakan secara terbuka berkaitan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan yang diambil oleh kerajaan PN di bawah kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.
“Antara yang paling ketara ialah kepimpinan UMNO Pusat tidak berpuas hati apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak diberikan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas PN dan sekutunya memenangi PRN Sabah ke-16,” katanya.
Bahkan, katanya, sebelum itu rakyat melihat banyak desakan daripada pemimpin tertinggi UMNO dan pemimpin lain dalam parti itu yang menyuarakan rasa tidak setuju secara terbuka terhadap tindakan yang dibuat kepimpinan PN diterajui Bersatu.
“Ramai dalam kalangan pemimpin UMNO merasakan parti itu tidak diberikan banyak tempat bukan sahaja dalam Kabinet, bahkan kedudukan penting lain termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Jadi ramai daripada mereka yang berkehendakkan supaya UMNO menilai semula kerjasama dalam PN dan menumpukan perhatian kepada Muafakat Nasional kerana ia adalah gabungan yang lebih lama terjalin antara Pas dan UMNO,” katanya.
#Sumber :  SH  

MR :   UMNO belum lagi baik drp sakit dah nak tunjuk hebat, rakyat tak boleg terima 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/rakyat-anggap-umno-ugut-kepada-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Mn Didaftarkan Jadi Entiti Politik Terajui Keputusan Kerajaan

Umno Mahu Mn Didaftarkan Jadi Entiti Politik Terajui Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR UMNO menetapkan syarat baharunya supaya Muafakat Nasional menjadi gabungan parti politik bagi membolehkan ia menerajui kerajaan termasuk dalam memutuskan hal agihan kerusi dasar kerajaan serta jawatan penting dalam Kabinet Sumb...
Terkini Umno Pertimbangkan Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Perikatan Nasional

Terkini Umno Pertimbangkan Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 605 hits
KUALA LUMPUR 13 OKT Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Umno mempertimbangkan untuk menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional Beliau berkata demikian pada sidang media yang berlangsung pada jam 10 50 malam ini di PWTC ...
Rai Sokongan Wakil Rakyat Umno Selamatkan Rakyat Amk

Rai Sokongan Wakil Rakyat Umno Selamatkan Rakyat Amk

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 400 hits
Sokongan wakil rakyat Umno kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu perlu dirai kata seorang pemimpin Pemuda PKR mengulas khabar angin mengatakan semakin ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar Setiausaha Pemuda Ahmad Syukr...
Sokongan Umno Dialu Alukan Untuk Kerajaan Anti Rasuah

Sokongan Umno Dialu Alukan Untuk Kerajaan Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 202 hits
Dr Mujahid Yusof Rawa Solidariti MP PH dari PKR AMANAH dan DAP telah dinyatakan sebaik DSAI mengumumkan ada majoriti pada 22hb Sept lalu Aset solid 92 MP menjadikan blok PH DSAI sebagai terbesar berbanding blok blok lain dari MF PN dan GPS ...
Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 392 hits
On Oct 9 2020DAP membuat keputusan untuk tidak bersama rancangan Anwar Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini memberitahu ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri parti rancangannya untuk menubuhkan kerajaan melalui pembelotan politik di D...
Rakyat Tak Gembira Rakyat Akan Marah Kalau Tukar Kerajaan Reezal Merican

Rakyat Tak Gembira Rakyat Akan Marah Kalau Tukar Kerajaan Reezal Merican

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 330 hits
The ReporterSelasa 13 Oktober 2020 hari yang dinantikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun tiba Tetapi tidak disenangi oleh beberapa pemimpin politik lawannya yang menyifatkan tindakan Anwar itu akan memberi kesan besar kep...
Ku Li Ke Arah Penyatuan Sebuah Kerajaan Rakyat

Ku Li Ke Arah Penyatuan Sebuah Kerajaan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 332 hits
malaysiadateline comSaya fikir pada tubuh badan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kini ada satu petunjuk dan rahsia besar yang bakal meletuskan satu keadaan yang tidak mungkin dijangkakan oleh orang yang terbanyak Kemunculan Ku Li di Istan...
Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 234 hits
Pada 20 Oktober 2020oleh PENTADBIRPerdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa menunjukkan kepimpinan tegas dengan satu kenyataan yang jelas dan tanpa ragu ragu bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata lan...
Rentasan 757 Tetapkan Syarat Umno Ugut Tinggalkan Pn Jika Muhyiddin

Rentasan 757 Tetapkan Syarat Umno Ugut Tinggalkan Pn Jika Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 178 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7571 PERIKATAN NASIONAL AMALKAN DEMOKRASI APA 2 TUKAR PIMPINAN POLITIK MAMPU SELESAI KRISIS NEGARA 3 UMNO DITIKAM DARI BELAKANG 4 BERSATU SEMAKIN TIDAK MENENTU
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian