Spageti Segera Master Pasto Spageti Bolognese Ayam
Assalamualaikum semua.
Selamat bersahur! Sunat untuk kita lambat bersahur (10-15 minit sebelum Subuh) dan sunat juga untuk mempercepat berbuka (jika sudah masuk waktu Maghrib). Jadi apa menu sahur korang pagi ni? Hehe. Of coz lah selalunya kalau yang masak sendiri, kalau ada lebih lauk berbuka tadi mesti bawa ke sahur kan. Atau yang jenis suka masak setiap waktu, akan mulalah masak waktu sahur ni. Paling2 pun masak sayur campur kot. Huhu. Ikutlah mana yang senang campak2 je kan.
Tambahan lagi waktu pagi bersahur ni kadang2 selera tak lalu nak makan. Jadi kena cari something yang membuka selera contohnya, telur masin. Haa gitu! Setakat ni aku sahur biasa2 je makan nasi dan lauk. Selera masih ada. Tapi tunggulah dah tengah2 berpuasa nanti mesti liat sikit nak sahur. Selalunya macam tulah. Haa korang pulak macam mana? Ok ke bersahur? Ada yg memang tak boleh langsung masuk makanan ketika bersahur jadi cukuplah dengan minum air kosong je.
Ok sebenarnya nak cite pasal lain ni. Haha. Minggu lepas ada beli online spageti bolognese ayam di website Master Pasto. Ini semua gara-gara tengok banyak entri pasal benda ni. Ramai blogger yang post pasal spageti ni jadi teringinlah juga nak cuba sendiri. Memandangkan ianya adalah spageti segera dan katanya hanya 3 minit spageti dah boleh dimakan, jadi aku pun macam Wow, why not? 3 minit je masak dah boleh makan! Haha.
Jadi terbelilah juga 4 kotak spageti bolognese ayam Master Pasto ni. Harga untuk 4 kotak hanya RM31.60. Kalau compare harga ni dengan harga spageti dekat luar memang berbaloilah, kira murah dah ni. Sebabnya 1 kotak jatuh harga dia dalam lebih kurang RM8.00 kan. Haa oklah tu. Hanya beli spageti bolognese je sebab itu je jenis spageti yang aku suka sebab kuah dia sedap. Kalau aglio olio atau yang lain memang aku kureng sikit. Huhu.
Di Master Pasto ada 3 jenis spageti iaitu spageti bolognese ayam, spageti aglio olio dan juga spageti sos cendawan. Kalau korang rasa nak cuba semua jenis, bolehlah beli yang mix punya set. Ada 6 kotak, campur setiap jenis tu 2, harga dia RM47.40. Kalau rasa nak buat stock sebulan ke, boleh beli yang 24 kotak terus, boleh juga pilih mix atau nak 1 jenis je, harga dia RM169.00.
Cara-cara penyediaannya sangatlah mudah. Dah nama pun spageti segera kan, 3 minit dah siap masak jadi memang mudah ya amat lah! Lagilah senang kerja kalau dekat rumah korang ada ketuhar/microwave. Haa gituuu! Tapi tak bermakna kalau takde microwave korang takleh beli spageti ni sebab selain penyediaan guna microwave, korang boleh je guna cara manual iaitu didihkan air dalam periuk dan masukkan spageti dan kuah dia dalam air yang mendidih tadi
Jadi ada 2 cara penyediaan spageti segera Master Pasto ni. Boleh tengok dan baca lebih jelas dalam gambar di bawah:
Haa kan dah kata dah tadi. Senang dan mudah je kan cara nak masak dia. Hanya perlukan 3 minit untuk panaskan, lepastu dah boleh makan! By the way, kalau korang sejenis yg OCD atau paranoid sikit (macam aku kadang2), korang lebihkan lah 1 atau 2 minit masa tu, sebab tertanya2 ehh betul ke macam tu je dah masak ni, betul ke dah boleh makan ni, haaa macamtu. Haha
Ok jadi macam mana dengan rasa spageti segera ni? Sedap ke tak? Ok disebabkan excited sangat nak mencubanya, dah cuba dah pun spageti bolognese ayam Master Pasto ni untuk sahur pagi ni. Kalau bagi aku, rasa dia memang sedap, boleh diterima, mungkin sebab aku memang suka sos bolognese kot. Haha. Tapi serius, memang sedap jugalah walaupun ianya segera. Haha.
Rating: 8/10
By the way, korang jangan expect ada brokoli sekali dalam set dia ni taw. Jangan expect tinggi2. Brokoli tu tambah sendiri ok. Hahaha. Hanya sedikit feedback nak bagi, kalau kuah dia banyak sikit lagi terbaik! Haha. Tapi ni pun dah mantap juga. Suka suka! Haaa hidangan juadah spageti segera ni memang sesuai sangatlah waktu berpuasa ni kalau korang jenis 24/7 sibuk bekerja, nak sediakan juadah pun tak sempat. Atau pun untuk pelajar-pelajar yang berpuasa dekat kolej atau universiti tu
Aku sarankan beli jelah spageti segera Master Pasto ni buat stock dekat rumah atau kolej tu ok! Hihi. Bolehlah tengok dulu dekat website dia kot2 teringin nak cuba atau beli spageti segera ni ya. By the way, kalau korang ada follow a few bloggers aku perasan dekat IG siap ada diskaun lagi untuk pembelian ni. Jadi rajin2 lah tengok IG/blog bloggers2 ya. Hehe. Ok bye
Website Master Pasto:https://www.masterpasto.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/05/spageti-segera-master-pasto-spageti.html