Menu Raya Lebih Mudah Dengan Santan Ayam Brand
Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Raya korang. Persiapan raya korang dah 100% siap ke? Mommy pun dah hampir siap dan tinggal nak kemas rumah dan iron baju raya saja. Bab memasak untuk raya pula lebih senang dan mudah dengan santan segera Ayam Brand. Lagipun ia adalah produk inovasi yang sihat dan memudahkan suri rumah. Jadi mommy memang guna 100% santan Ayam Brand untuk memasak juadah raya seperti ketupat dan rendang yang menggunakan banyak santan. Rasa pun sama saja dengan santan asli dari buah kelapa. Untuk resepi ketupat,rendang dam lontong yang menggunakan santan Ayam Brand akan mommy kongsikan pada entry yang lain. In sha Allah.
Selain dari juadah raya seperti ketupat dan rendang, Ayam Brand juga kongsikan pelbagai resepi yang boleh dicuba pada hari raya atau pada bila-bila masa saja. Korang wajib cuba sebab resepi ni mudah dan sangat sedap.
RESEPI-RESEPI SANTAN AYAM BRAND
Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.
Donburi Sardin
Donburi Sardin
Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap.
Tuna Brown Rice
Tuna Brown Rice
Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.
Thai Fish Cake
Thai Fish Cake
Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais. Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™.
Udang Masak Kunyit
Udang Masak Kunyit
Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.
Roti Jala Dengan Sardin
Roti Jala Dengan Sardin
Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis
Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma
Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat. Resepi penuh boleh dapatkan di SINI.
Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Hari Raya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cucurkembung.blogspot.com/2019/06/menu-raya-lebih-mudah-dengan-santan.html