Festival Makanan Kanak Kanak Sihat Ayam Brand Perak


Tahukah anda yang Malaysia ni dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes?
Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.
Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.

Sebab itulah Ayam Brand, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.
Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.
Ayam Brand menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.
Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”
Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.
Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.
Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.
“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

Rumah Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Praise Girls and Boys Home Ipoh, Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan Salvation Army Ipoh Children’s Home dari Perak menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Menurut wakil dari Praise Girls and Boys Home Ipoh, Cik Vijaya Muniandy, sumbangan produk Ayam Brand yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand kerana menjemput Praise Girls and Boys Home Ipoh untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Praise Girls and Boys Home Ipoh tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Muniandy.
Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.
 
The post Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Perak appeared first on CikMeow.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikmeow.com/festival-makanan-kanak-kanak-sihat-ayam-brand-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Champs Vitamin C Kanak Kanak Kekal Sihat

Champs Vitamin C Kanak Kanak Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 2037 hits
Amalan diet yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik Namun begitu tahap kesihatan kita masih boleh dipertingkatkan lagi dengan pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C Bahan yang kebiasaannya ada d...
110 Penuntut Kuis Keracunan Makanan Lepas Makan Ayam Kurma

110 Penuntut Kuis Keracunan Makanan Lepas Makan Ayam Kurma

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 558 hits
SERDANG 19 Jun Seramai 110 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor mengalami muntah muntah dan sakit perut malam tadi dipercayai keracunan makanan selepas menjamah lauk kurma ayam Ketika kejadian 90 penuntut wanita dan 20 lelaki sedang men...
Menu Raya Lebih Mudah Dengan Santan Ayam Brand

Menu Raya Lebih Mudah Dengan Santan Ayam Brand

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 635 hits
Assalamualaikum wbt Selamat Hari Raya korang Persiapan raya korang dah 100 siap ke Mommy pun dah hampir siap dan tinggal nak kemas rumah dan iron baju raya saja Bab memasak untuk raya pula lebih senang dan mudah dengan santan segera Ayam Br...
Ainul Mardhiah Sihat Pakar Akan Buat Penilaian Rawatan Terbaik Minggu Ini

Ainul Mardhiah Sihat Pakar Akan Buat Penilaian Rawatan Terbaik Minggu Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 379 hits
Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor yang kini berada di London dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital kanak kanak di London dilaporkan dalam keadaan sihat Berita baik itu dikongsi bapanya ...
6 Langkah Bagaimana Untuk Kekal Sihat Selepas Ramadan

6 Langkah Bagaimana Untuk Kekal Sihat Selepas Ramadan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 315 hits
Tidak berapa lama lagi bulan Ramadan akan berlalu dan bulan Syawal pula akan menjengah Rutin makanan kita pula akan berubah semula Daripada rutin puasa tidak makan daripada pagi hingga ke lewat petang kita akan kembali kepada rutin asal sar...
Rosmah Tidak Sihat Pendengaran Rayuan Ditangguh

Rosmah Tidak Sihat Pendengaran Rayuan Ditangguh

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 205 hits
foto sumber internetMahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dengan kehadirannya Hakim Datuk Abdul R...
Biskut Raya Sihat Tanpa Gula Garam Pewarna Untuk Bayi Mudah Dibuat Dan Sedap

Biskut Raya Sihat Tanpa Gula Garam Pewarna Untuk Bayi Mudah Dibuat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 907 hits
Risau betul bila menjelang hari raya ada yang cuba menyuapkan si kecil dengan biskut raya yang banyak dengan pewarna kandungan gula yang tidak sesuai untuk bayi Untuk mengelakkan bayi disuap dengan makanan orang dewasa apa kata mama cuba re...
Zarith Sofia Rancang Hantar Anak Beruang Ke Zoo Selepas Sihat

Zarith Sofia Rancang Hantar Anak Beruang Ke Zoo Selepas Sihat

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 575 hits
Zarith Sofia menjelaskan tiada niat menjadikan beruang matahari sebagai haiwan peliharaannya Penyanyi Zarith Sofia Yasin menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menjadikan beruang matahari yang ditemuinya dalam keadaan lemah di Bukit Amp...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Easy Ways To Overcome Spotify Errors And Slowness On Iphone Android

5 Simptom Gerd Paling Umum Yang Perlu Korang Ketahui

Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi