Dapur Fiezasani Mencuba Resipi Nasi Impit Goreng Yang Simple Ni
Nasi impit goreng?Ternampak seorang kawan blogger k.fiezz kongsikan resipi ni masa lepas raya haritu. K.fiezz pun baru tahu nasi impit boleh digoreng. Biasa kita makan dengan kuah kacang atau pun lontong. Ni buat nasi impit goreng. Baru kenal menu ni. Dah kata baru kenal, confirm lah tak pernah makan sebelum ni. Resipi orang Johor kalau tak silap. . Tak apa lah. Tak kisah lah orang mana punya resipi. Resipi kan universal. Orang negeri mana pun boleh masak kalau rasa kena dengan tekak masing-masing.
Kebetulan masa raya haji baru ni, seperti biasa ada lebihan nasi impit. Jadi sila jangan membazir. Meh lah cuba resipi nasi impit goreng dari negeri Johor ni. Mana tahu kena dengan tekak & selera k.fiezz. hehe. K.fiezz memang suka cuba resipi-resipi baru cuma hasil masakan tu samaada mr hubby makan sebab kena dengan selera dia atau dia tak nak makan sebab tak kena dengan tekak & pandangan mata dia. Haha. Cerewetsss mr hubby ku itu. Biarkan saja. Tak kena dengan selera dia, k.fiezz perabiskan lah sorang. hehe.
RESIPI NASI IMPIT GORENGNasi Impit1 Biji Bawang Besar2-3 Ulas Bawang PutihBeberapa Biji Cili Padi (nak pedas, boleh lah lebihkan)Ikan BilisTelurGaram**Sukatan bahan ni ikut pada kuantiti nasi impit yang nak masak**
Resipi nasi impit goreng yang simple nak buat & tak banyak sangat bahan. Apa yang ada di dapur saja
CARA MASAK NASI IMPIT GORENGNasi impit di potong dadu (kalau yang peket kecil tu, senang sikit. Potong 4)Bawang merah, bawang putih, cili api & ikan bilis dikisarDalam kuali, panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas, masukkan bahan kisar & masak seketika sampai naik bau/minyak. Tabur garam sikit & kalau suka boleh letak secukup rasaMasukkan nasi impit yang dah dipotong dadu tadi. Kacau-kacau bagi sekata dengan bahan yang telah ditumis. Masukkan telur pula & kacau sampai semua bahan sebati dan telur masak. Kalau suka, letaklah bawang goreng. SIAPSEDAP KE NASI IMPIT GORENG?
Macam k.fiezz beritahu awal tadi, k.fiezz tak pernah rasa nasi impit goreng ni. Jadi k.fiezz tak tahu nak cakap rasa nasi impit goreng yang k.fiezz masak ni sama ke tak dengan original. Tapi mengikut tekak sendiri hasil nasi impit goreng air tangan sendiri ni boleh lalu di tekak. Cuma tersilap sikit, k.fiezz lupa masukkan telur. haha. Dah hidang dalam pinggan, baru tengok balik resipi ada letak telur. Haha. Tapi rasa dia tetap okey, boleh lalu di tekak. Mungkin sebab ada letak ikan bilis jadi tetap ada rasa dia. Idak lah rasa kosong je. Tambah ada pedas-pedas tu. Overall okey rasa dia.
Mr hubby?Dia tak sentuh pun sebab rupa nasi impit goreng ni tak kena dengan mata dia. haha. Dah tak kena dengan mata dia, harus lah makan pun dia tak nak. Jadi abaikan saja. Yang penting kena dengan tekak tukang masaknya. haha.
Oooo..lupa nak beritahu. Ikut resipi asal, kalau nak tukar ikan bilis tu dengan udang kering atau daging/ayam kisar pun boleh. Tengok lah pada bahan apa yang ada kat rumah masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/07/Dapur-FiezaSani-Mencuba-Resipi-Nasi-Impit-Goreng-Yang-Simple-Ni.html