Ini Sebab Kenapa Kena Elak Beri Bayi Makan Kicap Atau Ibu Akan Menyesal Nanti


Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai?
Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.


Kenapa?
Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal.
Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.
Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.
Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.
Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti.
Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.
Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?
Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi? Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.
Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram.
Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.
Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.
Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.
Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.
Kesan perlu diketahui
Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:
1. Wujud risiko alahan
Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan. Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya. Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.
2. Bahayakan kesihatan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang.
Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.
Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?
3. Cerewet dalam soal makan
Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar.
Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?
Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda.
Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi.
Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan anak menjadi seorang picky eater.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ini Sebab Kenapa Kena ELAK Beri Bayi Makan Kicap Atau Ibu Akan Menyesal Nanti! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-sebab-kenapa-kena-elak-beri-bayi-makan-kicap-atau-ibu-akan-menyesal-nanti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi

Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 275 hits
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau takut mereka mengalami ruam Jangan bimbang ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba Penjagaan kulit dan lampin bayi Tiada siapa boleh menafikan kegembir...
Sedap Makan Sejuk Sejuk Resipi Mudah Panna Cotta Untuk Bayi Hanya Tukar Tukar Topping Je

Sedap Makan Sejuk Sejuk Resipi Mudah Panna Cotta Untuk Bayi Hanya Tukar Tukar Topping Je

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 457 hits
Pencuci ini berasal dari negara Itali Siapa pernah mencubanya pasti akan terasa ketagih Rasanya yang lembut berlemak terasa sikit bersusu ditambah pula dengan rasa manis manis topping memang kombinasi yang menarik Bagi yang tak pernah mencu...
Kuat Atau Tidak Kita Usaha Habis Habisan Erti Lawan Yang Sebenar Ahli Keluarga Termasuk Ibu Achey Pos1tif C0v1d 1 9

Kuat Atau Tidak Kita Usaha Habis Habisan Erti Lawan Yang Sebenar Ahli Keluarga Termasuk Ibu Achey Pos1tif C0v1d 1 9

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 237 hits
Pelawak Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar dvka apabila ahli keluarga termasuk ibunya Ngaisah Hassan telah disahkan pos1tif C0v1d 1 9 Meski berat untuk menerima dug4an ini namun pelawak berusia 35 tahun yan...
Esp Untuk Mengurangkan Lapar Ibu Menyusu Dan Mengenyangkan Bayi Yang Minum Susu Ibu

Esp Untuk Mengurangkan Lapar Ibu Menyusu Dan Mengenyangkan Bayi Yang Minum Susu Ibu

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 314 hits
Bangun tidur pagi tadi lapar sangat sangat sangat Memang tak leh bawak bincang Padahal bangun pukul 5pagi Belum subuh lagi Semalam last makan pukul 6 lebih sebab ade birthday celebration anak buah kat Sungai Buluh Bila sampai rumah pukul 10...
Percaya Lah Suatu Hari Nanti Muka Pemimpin Umno Akan Makan Ludah Penyokong

Percaya Lah Suatu Hari Nanti Muka Pemimpin Umno Akan Makan Ludah Penyokong

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 182 hits
Panas Pemimpin Umno bengang menteri Umno tak maklum pucuk pimpinan pembatalan Ordinan DaruratJuly 27 2021 Aleh aleh Tricky Taki umum Ordinan Darurat sudah semua dibatalkan pada Rabu 21hb Julai Keputusan Jemaah Menteri Tapi menteri menteri U...
Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 355 hits
Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui Selain beg hospital adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi Persediaan bersalin di hospital Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital y...
Ibu Hamil Elak Ambil 4 Makanan Ini Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan

Ibu Hamil Elak Ambil 4 Makanan Ini Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 257 hits
Semasa mengandung macam macam benda terasa ingin disuap ke mulut Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil Ingin tahu apakah makanan tersebut Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat Seorang wanita hamil perlu memastikan ...
Kemenkes Izinkan Pemberian Vaksinasi Covid 19 Pada Ibu Hamil

Kemenkes Izinkan Pemberian Vaksinasi Covid 19 Pada Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 247 hits
Kemenkes juga mensyaratkan vaksinasi bagi ibu hamil masuk dalam kriteria khusus
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense