Dapur Fiezasani Resipi Cempedak Goreng Simple
Baru-baru ni dapat kiriman buah-buahan dari kampung. Termasuk 2 biji cempedak. Memang ingat nak buat cempedak goreng je lah jawabnya. Resipi cempedak goreng simple ni dari mak k.fiezz. Benornya first time ni nak buat cempedak goreng. Hehe. Biasa k.fiezz beli je. Tu pun jarang sangat sebab mahalkan cempedak goreng ni orang jual. Sebiji sampai 50sen weii. Bercinta rasa nak beli. Tapi kalau nak makan sangat tu beli juga lah. Tapi biasanya tak lah craving teruk benor pun.
Ni dah kebetulan dapat buah cempedak, mak & abah k.fiezz kirim dari kampung. Apa lagi, jom lah kita buat cempedak goreng. Lagipun nak mengurangkan bauan dalam rumah ni yang dah bercampur durian + cempedak. Udah tengit (bak orang Perak cakap) dalam rumah. Selain dari cempedak ni, mak & abah ada kirim juga buah durian & lain-lain. Nanti k.fiezz share apa lagi yang mak & abah bagi.
Jom kita tengok dulu cara masak cempedak goreng
Resipi Cempedak Goreng Bahan-Bahan Cempedak Goreng :1) Cempedak (ikut lah nak berapa banyak)
2) Beberapa sudu Tepung Gandum (ikut kuantiti cempedak yang nak di goreng, kalau banyak cempedak nya, banyak lah guna tepung gandum ni. Pandai-pandai lah adjust ikut kesesuaian.
3) Sikit Garam
4) Sikit Serbuk Kunyit
Cara Masak Cempedak Goreng :
1) Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam & air ke dalam satu bekas. Air boleh masukkan sikit demi sikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat. Tak nak terlampau cair sebab nak bagi adunan tepung melekat pada cempedak.
2) Selepas adunan dah mesra, masukkan semua cempedak dalam adunan. Kemudian kacau-kacau sampai nampak adunan tepung dan cempedak melekat antara satu sama lain.
3) Panaskan minyak. Kemudian masukkan satu per satu cempedak dalam minyak. Kalau minyak tak terlalu banyak, balik-balikkan cempedak supaya masak di kedua-dua bahagian.
4) Nampak cempedak dah kekuningan dua-dua bahagian, boleh angkat & toskan seketika sebelum di ngap. Hehe.
5) Siap!!
Resipi cempedak goreng simple yang sis suka sebab senang sangat nak buat. Bahan tak banyak. Ada tepung gandum je kat rumah tak ada hal? Boleh je. Sebelum k.fiezz tanya mak resipi cempedak goreng simple ni, ada juga cari dalam Mr Google. Tapi ada yang guna tepung lain selain tepung gandum. Eh leceh lah pula nak kena beli. Pada hal cempedak ada sebiji je. Sat gi pakai untuk buat cempedak goreng ni je. Yang baki, berbuang bila tak guna. Tanya mak resipi cempedak goreng simple ni, guna tepung gandum je. Senang cerita. Tak pening nak beli tepung jenis lain pula. Mak k.fiezz cakap, kalau ada tepung goreng pisang pun boleh guna juga. Tapi k.fiezz buat goreng pisang pun jarang-jarang, kita pakai je tepung apa yang ada di rumah. Senang.
Selamat MENCUBA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/07/Dapur-FiezaSani-Resipi-Cempedak-Goreng-Simple.html