Sumber: @atikahh.nur
Terletak di Kampung Baru Teluk Pelanduk, Solesor Kampong Beach Resort ini menawarkan penginapan kontainer yang berwarna-warni. Berlatar belakangkan Alam semulajadi dan pantai, resort ini tampak eksklusif dan modern.
Sumber: Mohd Ridzwan Rusli
Sumber: Mohd Ridzwan Rusli
Sumber: KaRAM. cenel (Raden Que)
Terdapat beberapa jenis bilik penginapan di sini untuk anda pilih sesuai dengan saiz keluarga dan bajet anda. Bilik-bilik penginapan mereka semuanya dihias dengan rekaan simple, modern dan cantik.
Sumber: suhaida sopian
Sumber: @atikahh.nur
Penggayaan unik mereka tidak sahaja terhad kepada bilik-bilik penginapan, malah, ruang umum dan persekitaran resort ini juga sangat cantik.
@atikahh.nur
Fasiliti-fasiliti mereka serba lengkap. Ruang makan mereka yang menyediakan makanan dari sarapan pagi ke makan malam, sangat stylish dan luas. Kolam renang mereka juga sangat menarik dengan konsep infinity.
Sumber: @CabinResortPortDickson
@atikahh.nur
Di sekeliling kolam ini tersedia tempat-tempat istirehat dan lepak yang selesa. Sudah sampai ke Port Dickson, tentulah wajib untuk ke pantai. Anda boleh menikmati hari indah di pantai dengan pelbagai aktiviti menarik.
Sumber: KaRAM. cenel (Raden Que)
Jadi, jika anda mencari destinasi buat hujung minggu anda, pastikan anda cuba lihat Solesor Kampung Beach Resort di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri gambar-gambar menarik dan dapatkan maklumat terkini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |