Makan Petang Di Rumah Panggung Cafe Port Ngopi Tepi Sungai


Hujung minggu yang lalu, tak ada aktiviti hiking. Ajak encik suami makan petang di Rumah Panggung Cafe Jalan Pantai Seremban. Sebab dah brunch (breakfast + lunch), jadi kita makan petang lah.

Saya tahu ni pun dari TikTok, tu yang berhasrat nak pergi juga makan di sini. Sebelum viral, baiklah kita pergi dulu. Kononnya nak pergi malam tapi macam nak pergi siang je sebab nak rasa suasana siang. Siang lebih menarik dengan permandangan sungai tu.

Rumah Panggung Cafe ni konsep dia klasik gitu. Dengan rumah kampung, ruang makan terbuka di tepi sungai. Memang best vibes dia. Alang-alang ada masa, jomlah kita! Lagipun tak jauh dari rumah. 8 minit sampai ikut waze.

Beginilah suasana dia daripada pintu masuk Rumah panggung Cafe. Suasana rumah kampung. Baru lepas dinaiki air selepas hujan lebat sebab tepi sungai sungai kan. Tambah lagi cuaca sekarang tak menentu, asyik hujan je. Kalau hujan, air naik terpaksalah tuan kedai tutup kedai.


Tak pasti kenapa dinamakan Rumah Panggung. Kalau nak tahu, kena tanya tuan tanah kedaung



Masa kami sampai ada 2-3 meja ada penghuni. Kalau dah sampai tempat begini, semestinya saya akan pilih meja dengan permandangan yang menarik. Saya pilih meja yang betul-betul dekat dengan tepi sungai. 

Kami datang pukul 4 lebih macam tu. Cuaca pun sedang elok. Tak panas sangat dan cerah. Kadang-kadang muncul mendungnya

Dari meja kami, permandangan dari belakang Rumah Panggung Cafe. Bagusnya di sini meja diletak jauh-jauh antara satu dengan lain. 
Agak privasi dan saya suka macam ni. Selesa nak menyembang, meja sebelah tak dengar sangat. Melainkan kalau menyembang dengan suara yang satu kampung boleh dengar. Itu lain



Dari sudut lain, ada banyak lagi ruang makan yang disediakan. Semuanya berjarak-jarak juga.


Lepas kami pilih meja, kami diberikan menu. Tak ambil banyak masa memilih, terus kami buat pesanan.

Salah satu sebab teringin ke sini sebab nak mengopi. Barulah syok mengopi di tepi sungai gitu



Encik suami pesan spanish latte sejuk. Pesanan ni sampai dulu. Nikmat betul sedut air kopi sejuk sambil menikmati permandangan sungai depan mata. Bertambah sejuk tekak walaupun cuaca begini. 
Rasa spanish latte yang sedap krim berlemak



Kemudian air saya pula sampai. Macam biasa saya akan memilih minuman panas. Saya pilih caramel macchiato sebab tak ada menu hazelnut latte. 
Dah lama rasanya tak menikmati caramel macchiato. Memanjang pesan hazelnut latte je kalau beli kopi. Caramel macchiato jarang lah tak sedap. Sedapnya hirup buih-buih atas sebelum dikacau rata

Saya suka kalau kopi latte dihidangkan dalam cawan begini berbanding cawan kertas, kurang sedap jadinya. Betul tak? Macam ni baru ngam. Barulah dapat ambil gambar cantik sikit dengan berlatarbelakangkan suasana sungai tu haaa



Agak lama sikit menunggu makanan. Spaghetti carbonara pun sampai. Nak makan roti bakar, payah pula bila pakai braces ni. Susah nak gigit. Gigit depan macam tak function dah

Spaghetti carbonara boleh tahan sedap juga. Tak terlalu creamy dan tak muak. Sos yang banyak



Tiba pula giliran nasi lemak mendarat di meja kami. Encik suami pesan nasi lemak ayam berempah. Terpaling lambat sampai sebab tunggu ayamnya masak barangkali. Saya suka sambal dia sebab pedas. 
Nasi kurang sikit lemak dia tapi masih berlemak. Sedap juga begitu. Nanti berlemak sangat, mengantok! Ayam pula saya tak rasa sebab malas nak mengunyah daging ayam. 


Di sini tak banyak menu makanan sangat. Yang saya ingat ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam berempah, spaghetti carbonara dan spaghetti thai green curry kalau tak silaplah. Kira bolehlah kalau nak menjamu selera dan lepak mengopi di sini.

Harga pun masih berpatutan, tak macam kedai kopi hipster yang lain. Suasana tu yang mahal tu. Boleh ulang datang mengopi di sini.

Lokasi Rumah Panggung CafeJalan Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/06/makan-petang-di-rumah-panggung-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Di Paddy Cafe Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang

Makan Makan Di Paddy Cafe Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 289 hits
Paddy Cafe Kampung Permatang BogakPaddy Cafe Kampung Permatang BogakPaddy Cafe and restaurant ni terletak di Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang Beroperasi dari jam 7 30 pagi hingga 10 30 malam setiap hari Korang nak sarapan ke lunch ke di...
Tak Sah Korban Masak Ajak Kawan Datang Rumah Makan Uai

Tak Sah Korban Masak Ajak Kawan Datang Rumah Makan Uai

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 215 hits
Oleh Syeikh Baran Ustaz Azhar mengingatkan orang ramai untuk mempelajari ilmu korban dengan betul Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menegaskan ramai dalam kalangan peserta yang menyertai ibadah korban tetapi tidak memiliki ilmu dalam membu...
Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 288 hits
nbsp Bukan plan nak berjalan atau bercuti ke Melaka sebenarnya Kak ana dan Adik Ika menemani suami untuk ziarah kakak ipar kak ana yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rehab Perkeso di Ayer Keroh nbsp Kakak sulung suami kak ana Kak Nah ...
Video Panggung Spesial Prabowo Dari Presiden Jokowi Di Hut Ke 78 Polri

Video Panggung Spesial Prabowo Dari Presiden Jokowi Di Hut Ke 78 Polri

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 89 hits
Kepolisian Republik Indonesia menggelar perayaan Hari Bhayangkara ke 78 di Lapangan Silang Monas Jakarta Senin 1 Juni 2024
Idea Bisnes Dari Rumah Dan Pinjaman Perniagaan

Idea Bisnes Dari Rumah Dan Pinjaman Perniagaan

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 296 hits
Memulakan bisnes dari rumah semakin popular pada masa kini terutamanya dengan kemajuan teknologi dan akses kepada internet yang meluas Bisnes dari rumah menawarkan fleksibiliti yang tinggi dan kos permulaan yang rendah menjadikannya pilihan...
Majikan Upah Tonto Jaga Rumah Kongsi Pati

Majikan Upah Tonto Jaga Rumah Kongsi Pati

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 166 hits
BERNAMAKEPALA BATAS Jabatan Imigresen mengesan taktik baharu majikan di tapak pembinaan yang mengupah tonto sebagai langkah awal mendapatkan maklumat bagi membolehkan pendatang asing tanpa izin meloloskan diri sebelum operasi oleh pihak ber...
Miliki Sebuah Rumah Di Bayu Sutera Dan Berpeluang Menunaikan Umrah

Miliki Sebuah Rumah Di Bayu Sutera Dan Berpeluang Menunaikan Umrah

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 343 hits
Menarik kan kalau dapat beli sebuah rumah dan dapat pakej mengerjakan umrah sekali Tahu tak Matrix Concepts kini sedang mengadakan promosi dimana anda boleh beli sebuah rumah di Bayu Sutera dan bakal menerima pakej umrah untuk dua orang Mar...
Dapatkan Pakej Umrah Dengan Rumah Izara Ii Dan Elonia Iii Di Bayu Sutera

Dapatkan Pakej Umrah Dengan Rumah Izara Ii Dan Elonia Iii Di Bayu Sutera

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 315 hits
Dapatkan Pakej Umrah dengan Rumah Izara II dan Elonia III di Bayu Sutera Rawlins rasa seronok apabila mendengar khabar semakin ramai para sahabat yang berangkat menunaikan ibadah umrah Jika berkesempatan memang Rawlins menitipkan doa dan ju...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat