Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Port Dickson Sekolahku Menang Bergaya


Assalamualaikum,
Syukur.Hari ini ada cerita manis untuk dikongsi dan dikenang buat tatapan anak murid, anak cucu dan anak sendiri

Alhamdulillah,Sekolah kami baru sahaja dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Daerah Port Dickson bagi tahun 2024.Bukan takat tu je tau. Dengan kehendak dan izin Allah, sekolah kami #skkbsr turut menang Anugerah Ketrampilan Terbaik dan Pemantun terbaik. Nak bagi orang kampung faham, bahasa mudahnya, sekolah kami menang besarlah, lebih kurang camtu.hiks

Pasukan pemantun SK Kampung Baru Si Rusa, Daerah Port Dickson. Menang bergaya dengan menggondol tiga hadiah yang dipertandingkan.Syukur

Memandangkan, kita ni jadi saksi kejadian semua yang berlaku disebalik tabir dalam pasukan pantun sekolah, sesungguhnya benarlah, tidak ada kejayaan atau kemenangan yang diraih tanpa limpahan keringat, hitungan masa, rajuk, marah dan kecewa

Korang kalau kat tempat kejadian, masing-masing angkat kaki tau.Tapi tulah. Pujian dan hormat tertinggi buat teman merangkap kakakku di sekolah Cikgu Razhata dan adik manis yang baik sekali, Cikgu Huda- Geng yang sama-sama marah, sama-sama tahan lapo dan sama-sama rasa debor tiap kali sesi latihan dijalankan

Raikan kemenangan dengan Guru Besar, GPK koko dan rakan guru lain yang sama-sama menjayakan pesta pantun daerah.
Semua cikgu pun, bila kita diberi tanggung jawab latih murid dalam apa-apa pertandingan, mesti nak beri yang terbaik.Anak-anak pula ada masa mereka fokus, ada masa mereka lupa semua sebab seronok dengan kawan-kawan.Kita jugaklah yang akan hadap semua kerenah mereka.
Mungkin sebab itulah, Cikgu ni jadi cikgu.Dia kalau jadi Mak Rimau, dah lama budak-budak ni kena baham.haha.
Cerita Cikgu Marah murid hingga MenangisKisah si Pemantun terbaik sekolah saya.Ya, maklumlah budak tahun 6, mesti pakat nak kumpul sijil nak bagi mudah urusan ke sekolah berasrama kan.Dia ni, budak bijak dan mudah belajar.Pernah dikatanya kami, cikgu yang dok bimbing dia ni, dengan kata-kata : Cikgu Tak garang macam cikgu yang lama ( yang dok bimbing dia tahun lepas ). Saya ni pula, rasa berdesing la juga telinga yang nipis ni.
Pemantun sekolah semasa sesi latihan.kalau nak kenal mana satu budak Razeen, yang bertshirt kuning dan sedang berpantun, itulah budaknya

Sesi latihan sehari sebelum pertandingan sebenar

Nak dijadikan cerita, Seminggu sebelum pertandingan pantun bermula, dia terlalu sibuk mengikuti pertandingan Badminton, camping pengakap, pertandingan kawad dan kejohanan bola sepak. Saya pula, tak boleh terima dengan kesibukan dia sedangkan dia tahu dia terlibat dengan latihan pantun.Hari yang sepatutnya dia pergi perlawanan bola sepak kerana ganti rakan lain yang tak hadir.hari tu jugalah saya tak benarkan dia pergi dan saya sound dia cukup-cukup.
Dia menangis tersedu-sedu depan saya.Kononnya berharap saya benarkan dia pergi,kerana sejak darjah empat dia teringin wakil sekolah dalam bola sepak.Saya tak peduli pun sebab saya tahu dia hanya berdrama. Ringkaskan cerita, saya kata, jam 11 nanti datang latihan macam biasa.
Masa tu dalam hati cuak jugak.Kotlah dia merajuk dan tak mahu teruskan terlibat dalam latihan pantun.Hmm.Lepas tu, elok je dia masuk bilik saya dengan rakan pantun yang lain. Saya sengaja usik dia, kenapa menangis teruk nau pagi tadi.Dia senyum-senyum tak jawab.saya tanya lagi : Awak nangis sebab cikgu marah awak dengan kata yang tak elok atau awak sedih ?
Dia jawab dengan perlahan,: Saya nangis sebab sedih, Cikgu tak pernah marah macam pagi tadi. Saya senyum je pandang Mat Pantun sorang ni.Saya kata : Ya, awak sedih sebab awak tak sangka cikgu akan marah awak macam pagi tadi kan.Cikgu tak suka marah tak tentu pasal.Tapi awas ya awak, kalau cikgu marah, cikgu akan marah sampai awak nangis.( haha).
Syukur Atas Rezeki Kurniaan AllahDalam kemenangan ini, saya secara peribadi sangat bersyukur dan merasakan Maha baiknya ALLAH, kita tahu dosa kita banyak mana, kita tahu amalan kita pun tak seberapa.Bila DIA berkehendak dan ada rezeki kami, anak-anak Pantun mendapat tiga kemenangan serentak.
Tiga piala yang sekolah kami raih pada pesta pantun daerah


Teringat, pada sebelah pagi, sebelum kami berangkat ke tempat pertandingan, saya sempat berbual-bual dengan Mat Pemantun terbaik ni.
Apa perasaan awak Razeen hari ini ?Agak-agak kita boleh menang tak ?
Entahlah Cikgu.Saya rasa nak menang, tapi saya takut tak dapat..( Dia ni juga pernah wakil sekolah dalam pesta pantun ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas )
Cikgu pun rasa macam tu.Tapi Nabi kata kan, Doa tu senjata orang mukmin.Kita memang berharap untuk menang, tapi kita juga takut jika kalah.Nak bagi kita rasa tenang, Allah suruh kita berdoa kan.Mintaklah apa sahaja, DIA akan beri..
Razeen angguk-angguk kepala saja.Entahlah.Saya harap dia faham.Kalau bukan sekarang, mungkin akan datang.
Pemantun sekolah sednag bersedia ketika mengikuti pertandingan peringkat separuh akhir

Suasana pertandingan peringkat separih akhir bertemu dengan SK Kampung Gelam, Port Dickson
Pertandingan peringkat akhir sedang berlangsung antara SK Kampung Baru Si Rusa dan SK Si Rusa
Bersama rakan  yang sama-sama menjayakan Pesta Pantun sebagai Juri pertandingan

Mohon doakan kami untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu akan mewakili Daerah Port Dickson ke peringkat Negeri pada minggu hadapan

Dua Perasaan Orang Yang BerdoaRasanya semua orang yang berdoa mempunyai perasaan ini.Perasaan yang sangat berharap inginkan sesuatu, pada masa sama perasaan takut jika keinginan tidak tercapai.
Hari ini saya belajar dua hal ini. Dalam kita beriman kepada Qada dan Qadar Allah, kita ada satu perasaan, ya Allah makbulkanlah doa-doaku.Macam mana sekalipun, kita tetap kena akui, Allah yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu yang dilangit dan dibumi. Kalau tak dapat apa yang kita ingini, tetaplah kena positif dan berlapang dada bahawa itulah yang terbaik untuk kita.
Untuk kalian pembaca senyap blog saya, atau pembaca yang terjumpa blog ini, dan terbaca tulisan ini, saya ingin kongsikan bahawa : Allah memberi dengan kebaikan, Allah tidak memberi pun dengan alasan kebaikan yang banyak. Maka tenang-tenang sahaja:)
Cik Matahariku,Cikgu Pantun yang baru bertatih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2024/07/pesta-pantun-sekolah-rendah-daerah-port.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solesor Kampong Beach Resort Getaway Hujung Minggu Ringkas Di Port Dickson

Solesor Kampong Beach Resort Getaway Hujung Minggu Ringkas Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 97 hits
Port Dickson Negeri Sembilan memang menjadi antara destinasi pilihan terutama sekali bagi orang Kuala Lumpur dan Selangor Tidak begitu jauh dari ibu negara ia menjadi pusat getaway yang paling tepat untuk mendapatkan ketenangan dari kesibuk...
Epkm Semakan Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah Tahun 6

Epkm Semakan Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah Tahun 6

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 104 hits
Guru di sekolah rendah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pentaksiran psikometrik kepada murid dan mengemaskini pentaksiran tersebut menerusi Sistem e Profil Kerjaya Murid Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini mer...
Duduk Perkara Ahli Waris Segel Sd Inpres Di Makassar Usai Menang Gugatan Berujung Siswa Tak Bisa Ke Sekolah

Duduk Perkara Ahli Waris Segel Sd Inpres Di Makassar Usai Menang Gugatan Berujung Siswa Tak Bisa Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 132 hits
Penutupan SD Inpres Pajjaiang dilakukan hingga tiga hari karena menunggu hasil perundingan antar ahli waris
Tfc Menang Bergaya Benam Sabah 4 0

Tfc Menang Bergaya Benam Sabah 4 0

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 162 hits
KUALA NERUS Terengganu FC membawa bekalan selesa ke Likas selepas membenam Sabah 4 0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi Skuad Penyu membuka tirai jaringan seawal minit kesembila...
Pdn Diserang Ransomware Data Arsip Daerah Ntt Hilang

Pdn Diserang Ransomware Data Arsip Daerah Ntt Hilang

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 140 hits
Serangan ransomware terhadap pusat data nasional berdampak pada sistem kearsipan atau surat dan dokumen pada lingkup Pemprov NTT
Bintulu Port Status To State Port Will Be Completed By Early Next Year

Bintulu Port Status To State Port Will Be Completed By Early Next Year

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 162 hits
Sarawak MPs welcomed the government s efforts regarding the change in Bintulu port s status reflecting the government s commitment in upholding the spirit of the Malaysia Agreement 1963 PETALING JAYA The process of converting the status of ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt