Solat Sunat Rawatib



Apakah solat sunat rawatib?
Bagaimana cara mengerjakannya?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik dalam panduan ini:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan: 1. Pengenalan Solat Rawatib
2. Lafaz Niat & Cara Mengerjakan
Sunat Rawatib Zohor Sunat Rawatib Asar Sunat Rawatib Maghrib Sunat Rawatib Isyak Sunat Rawatib Subuh 3. Kelebihan Solat Rawatib
 
Pengenalan Solat Rawatib Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan.
Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri
Apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T.
Jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.
Sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar.
Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah.
Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.
Solat sunat rawatib juga dikenali dengan nama:
Solat sunat Qabliyyah (solat sunat yang didirikan sebelum solat fardu) Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat yang didirikan selepas solat fardu) Solat sunat ini dikerjakan secara individu dan bukan berjemaah.
Solat sunat rawatib terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat muakkad dan sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad)
Sunat muakkad bermaksud sunat yang amat digalakkan untuk diamalkan iaitu:
Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya Dua rakaat sesudah fardu Maghrib Dua rakaat sesudah fardu Isyak Dua rakaat sebelum fardu Subuh, tidak ada sunat rawatib sesudahnya. Sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad) bermaksud kurang sedikit fadilat berbanding sunat muakkad, iaitu:
Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya (selain daripada yang sunat muakkad di atas) Empat rakaat sebelum fardu Asar dengan dua salam, tidak ada sunat rawatib sesudahnya. Dua rakaat sebelum fardu Maghrib. Dua rakaat sebelum fardu Isyak.  
Lafaz Niat & Cara Mendirikan Solat Sunat Rawatib Di bawah ini adalah langkah demi langkah untuk mengerjakan solat sunat rawatib untuk setiap waktu solat fardu:
Solat Sunat Rawatib waktu ZOHOR Cara melakukan solat sunat rawatib Qabliyyah di waktu fardu Zohor ialah sesudah azan Zohor dan sebelum iqamat.
Kerjakan sunat rawatib Zohor yang sunat muakkad dahulu.
Lafaz niatnya adalah:

Usolli sunnatal zuhri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala
Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakannya dua rakaat sunat rawatib sebelum zohor yang bukan muakkad.
Niat dan cara mengerjakannya adalah sama sebagaimana solat sunat rawatib sebelum Zohor yang muakkad.
Selesai solat sunat, barulah dikerjakan solat fardu Zohor.
Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.
Lafaz niatnya:

Usolli sunnatal zuhri rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala
Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.
Niat dan caranya sama seperti solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.
Solat Sunat Rawatib Fardu ASAR Cara melakukan sunat rawatib di waktu asar fardu asar ialah sesudah azan asar dan sebelum iqamat.
Kerjakan sunat rawatib Asar sebanyak dua rakaat.
Lafaz niatnya:

Usolli sunnatal asri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala
Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakan sekali lagi sunat rawatib sebelum Asar.
Lafaz niat dan caranya sama sebagaimana sebelumnya.
Tidak ada solat rawatib selepas solat fardu Asar.
Solat Sunat Rawatib Waktu Fardu MAGHRIB Cara melakukan sunat rawatib di waktu fardu Maghrib ialah sesudah azan Maghrib dan sebelum iqamat.
Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Maghrib sebanyak dua rakaat.
Lafaz niat:

Usolli sunnatal maghribi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.
Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas solat fardu Maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Maghrib.
Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.
Lafaz niatnya ialah:

Usolli sunnatal maghribi rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Sunat Rawatib Fardu ISYAK Cara melakukan solat sunat rawatib di waktu fardu Isyak ialah sesudah azan Isyak dan sebelum iqamat.
Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Isyak sebanyak dua rakaat.
Lafaz niatnya:

Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini qabliyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.
Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas solat fardu Isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakanlah solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Isyak.
Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.
Lafaznya adalah:

Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Sunat Rawatib Waktu Fardu SUBUH Solat rawatib di waktu fardu subuh dikerjakan sesudah azan subuh dan sebelum iqamat sebanyak dua rakaat.
Caranya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.
Lafaz niatnya:

Usolli sunnatal subhi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
Tidak ada solat rawatib selepas fardu Subuh.
 
Kelebihan Solat Sunat Rawatib Solat sunat rawatib tersingkap banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain.
Analogi solat sunat ini seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 
— Hadis riwayat Tirmizi
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
— H.R. Abu Daud & Tirmidzi
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; 
Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” 
— Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” 
— H.R. At-Tabrani
Inilah keajaiban sunat rawatib dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya.
Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.
Marilah sama-sama kita berikhtiar mengajak diri kita, anak-anak dan saudara agar mencintai sunat rawatib.
Semoga bermanfaat.
The post Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-rawatib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Martabat Tahajud Lebih Tinggi Daripada Solat Sunat Yang Lain Ini Sebabnya Rileks Media

Kenapa Martabat Tahajud Lebih Tinggi Daripada Solat Sunat Yang Lain Ini Sebabnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 456 hits
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s w t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ...
Memahami Sunat Hai Ah Dan Sunat Ab Adh Dalam Solat

Memahami Sunat Hai Ah Dan Sunat Ab Adh Dalam Solat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 440 hits
Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai ah dan sunat ab adh Namun adakah anda tahu dan faham mengenai Apakah maksud sunat ab adh Apakah maksud sunat hai ah Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis ...
Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 620 hits
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini Ras...
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 393 hits
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah Sebenarnya solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata mata Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ia disebut secara u...
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 615 hits
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha Solat tersebut sangat bagus dijadikan amalam setiap hari bagi lelaki dan perempuan Oleh itu admin ingin kongsikan beberapa kelebihan Sunat Dhuha Berikut kelebihan tersebut anda boleh baca dibawah Beberap...
Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 583 hits
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa...
Cara Solat Jamak Qasar

Cara Solat Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1089 hits
Bagaimana cara solat jamak dan qasar Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang jarang dilaksanakan Oleh itu panduan ini akan membimbing anda melakukan solat ...
Solat Jumaat Yang Menyebabkan Penjelajah British Menangis

Solat Jumaat Yang Menyebabkan Penjelajah British Menangis

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 505 hits
Nak share satu gambar lama yg ditangkap jurukamera British dulu era1830an Di wilayah Afghanistan Solat Jumaat di kawasan lapang yg dihadiri lebih kurang 150 000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah Jumlah mungkin lebih dari itu Menur...
Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 447 hits
Dalam artikel yang lalu kita telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sahwi Sujud ini dilakukan untuk menutup kecacatan dalam solat seperti ragu ragu kekurangan bilangan rakaat atau terlebih rakaat Untuk memahami dengan lebih jela...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah