Memahami Sunat Hai Ah Dan Sunat Ab Adh Dalam Solat


Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai’ah dan sunat ab’adh.
Namun adakah anda tahu dan faham mengenai:
Apakah maksud sunat ab’adh? Apakah maksud sunat hai’ah? Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis perkara sunat dalam solat ini.

 
Sunat Hai’ah Sunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya kalau sunat ab’adh ditinggalkan maka disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Ia mengandungi 14 perkara:
1. Mengangkat Tangan Ketika takbiratul ihram. Kedua-dua tapak tangan hendaklah mengadap kiblat dan bersempadan dengan kedua-dua bahu. Manakala ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga. Mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratul ihram. Mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratul ihram. Mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyat awal) sebagaimana takbiratul ihram. 2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.
3. Membaca Doa Tawajuh Iftitah (Tawajuh) Lafaznya ialah:

Maksudnya:
Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.
4. Membaca A’zubillah (Taawuz) أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala
5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan, iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir (di dalam bulan Ramadhan) dan solat untuk mengerjakan tawaf (kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh)
Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang disebutkan.
6. Membaca “Amin” selepas al-Fatihah Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”.
Maksudnya: “perkenankanlah”
Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”
7. Membaca Surah Al-Quran Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
8. Membaca Takbir Ketika Rukuk Membaca takbir ketika rukuk.
Ketika bangun daripada rukuk (iktidal) membaca:

Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya”
 
Dan semasa iktidal sunat membaca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ Rabbanaaa lakal hamdu mil-as-samaawaati wa mil-al-ardhi wa mil-a maa syik-ta min syai-im ba’du 
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”
9. Membaca Tasbih Ketika Rukuk (3 Kali)
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”
10. Membaca Tasbih Ketika Sujud (3 Kali) Membaca tasbih ketika sujud iaitu

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”
11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari Ertinya, digenggam semasa duduk antara dua sujud.
Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”
12. Duduk Iftirasy Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)
13. Duduk Tawaruk Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat).
14. Salam Kedua Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.
 
 
Sunat Ab’Adh Sunat ab’adh ialah sunat yang dikuatkan, yang andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi.
Mengandungi tujuh perkara iaitu:
Sunat-Sunat Ab'adh Tahiyat awal (pertama) Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal Duduk tahiyat / tasyahud awal Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan. Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut Berdiri semasa berqunut Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir. The post Memahami Sunat Hai’ah Dan Sunat Ab’adh Dalam Solat appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/sunat-haiah-abadh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 405 hits
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah Sebenarnya solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata mata Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ia disebut secara u...
Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 551 hits
Apakah solat sunat rawatib Bagaimana cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang terbaik dalam panduan ini Anda akan dibimbing langkah demi langkah s...
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 625 hits
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha Solat tersebut sangat bagus dijadikan amalam setiap hari bagi lelaki dan perempuan Oleh itu admin ingin kongsikan beberapa kelebihan Sunat Dhuha Berikut kelebihan tersebut anda boleh baca dibawah Beberap...
Cara Solat Jamak Qasar

Cara Solat Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1107 hits
Bagaimana cara solat jamak dan qasar Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang jarang dilaksanakan Oleh itu panduan ini akan membimbing anda melakukan solat ...
Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 603 hits
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa...
Kem Smart Solat For Smart Students 2018

Kem Smart Solat For Smart Students 2018

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 425 hits
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati Tanpa solat yang didirikan dengan sempurna seseorang muslim itu tidak akan dapat menjadi muslim yang sempurna dan diredhai Allah SWT Dengan kesedaran betapa pentingnya...
Ayah Dan Solat

Ayah Dan Solat

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 363 hits
Ayah dan SolatAssalamualaikum semua Nama panggilan aku Caje Maaf aku tak tau nak mula dari mana jadi kalau serabut sikit maaf ye Aku nak ceritakan tentang hidup aku yang tak pernah solat sejak aku kecil lagi tapi orang sekeliling aku macam ...
Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 550 hits
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapatkan perto...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook