Cara Solat Jamak Qasar



Bagaimana cara solat jamak dan qasar?
Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir (dalam perjalanan yang jauh).
Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang-jarang dilaksanakan.
Oleh itu, panduan ini akan membimbing anda melakukan solat jamak dan qasar secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan: 1. Pengenalan solat jamak & qasar
2. Perkiraan sebagai musafir
3. Syarat solat jamak & qasar
4. Niat solat jamak & qasar (serta kaedah melaksanakan solat)
Solat qasar & jamak takdim – Zohor & Asar Solat qasar & jamak takhir – Zohor & Asar Solat qasar & jamak takdim – Maghrib & Isyak Solat qasar & jamak takhir – Maghrib & Isyak 5. Solat dalam penerbangan
6. Penutup
7. Rujukan
 
Pengenalan Solat Jamak & Qasar Dalam keadaan tertentu yang menepati syarak, Islam mengharuskan umatnya menjamak dan mengqasarkan solat fardu sebagai rukhsah (kemudahan).
Kemudahan disini bermaksud kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan mengalami masalah untuk singgah mendirikan solat berkali-kali.
Ertinya, kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali gus.
Pengertian Solat Jamak Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu.
Misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya. Serta fadhu maghrib dan sebaliknya.
Solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir:
1. Solat Jamak Takdim Apabila solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zohor, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, ia dinamakan solat jamak takdim.
2. Solat Jamak Takhir Jamak takhir pula adalah melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.
Pengertian Solat Qasar Memendekkan solat daripada empat rakaat  menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat isyak, zohor dan asar.
 
Perkiraan Sebagai Musafir Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melepasi sungai, parit, kota sempadan atau melalui kawasan yang tidak ada bangunan lagi.
Akhir musafir ialah apabila kita memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi.
 
Syarat-Syarat Solat Jamak & Qasar Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 92 kilometer (km). Antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat) Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan dia bertolak tadi, selesailah solat jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak. Apabila seseorang itu bermusafir dan berminat berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih maka putuslah pemusafirannya, tapi sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari maka bolehlah melakukan solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada disitu selama tiga hari, tetapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari. Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jamak takhir, disunatkan untuk berniat lebih awal. Jangan sampai waktu akhir baru berniat. Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan. Jika dia tidak tahu ke mana diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh melakukan jamak atau qasar. Kemudian solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila turun hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan antara kedua-dua dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua. Syarat Jamak Takdim Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan zuhur daripada asar dan maghrib daripada isyak Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Oleh itu, antara kedua-kedua tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi iqamat dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat. Syarat Jamak Takhir Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. Syarat-Syarat Qasar Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat. Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak bolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram. Contoh lafaz niat bagi solat zohor: Maksudnya; Sengaja aku solat fardu zohor dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala Tidak boleh berimam dengan orang yang bersolat tamam (sempurna). Hendaklah tempat yang dituju itu ditentukan. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat. Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar  
Niat Solat Jamak Qasar & Cara Melaksanakannya Di bawah ini saya sediakan panduan langkah demi langkah untuk mengerjakan solat jamak & qasar (takdim dan takhir) untuk setiap solat:
Solat Qasar Jamak Takdim — Zohor & Asar 1. Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat. 2. Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
 Usolli fardu zuhri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 4. Kerjakanlah solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 5. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat. 6. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut. 7. Lafaz niat untuk solat fardu Asar:
 Usolli fardu ‘asri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
8. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 9. Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 10. Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Asar di waktu Asar nanti. Solat Qasar Jamak Taakhir — Zohor & Asar 1. Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti. 2. Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”.  3. Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tersebut tidak sah. 4. Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Zohor dahulu. 5. Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Zohor dahulu. 6. Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
 Usolli fardol zuhri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
7. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 8. Kerjakanlah solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 9. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat. 10. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut. 11. Lafaz niat untuk solat fardu Asar:
 Usolli fardol asri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
12. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 13. Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. Solat Qasar Jamak Takdim — Maghrib & Isyak 1. Setelah masuk waktu maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat. 2. Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa takbiratul ihram):
 Usolli fardol maghribi qosron salasa raka’atin jama’a takdiimin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 4. Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 5. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat. 6. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut. 7. Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:
 Usolli fardol isya’i qosron rak’atini jama’a takdiimin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
8. Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 9. Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 10. Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti. Solat Qasar Jamak Takhir — Maghrib & Isyak 1. Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Maghrib di waktu Isyak nanti. 2. Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir di waktu Isyak nanti”. 3. Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Maghrib, jamak tersebut tersebut tidak sah. 4. Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Maghrib dahulu. 5. Apabila masuk waktu Isyak, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Maghrib dahulu. 6. Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
 Usolli fardol maghribi qosron salasa raka’atin jama’a takhirin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
7. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 8. Kerjakanlah solat fardhu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk Maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. 9. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat. 10. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut. 11. Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:
 Usolli fardol isya’i qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
12. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 13. Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.  
Solat Dalam Penerbangan Oleh sebab di dalam kapal terbang ada ruang-ruang yang boleh mengerjakan solat secara berdiri, maka hendaklah kita berdiri.
Sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat berdiri, misalnya cuaca tidak baik sehingga kapal terbang itu tidak tenteram, maka bolehlah solat setakat mana yang boleh.
Berwuduklah secara bersederhana memandangkan kekurangan air.
Masalah kiblat hendaklah dilihat dalam peta di mana kita berada atau bertanyalah kepada pihak berkenaan di dalam kapal terbang itu.
Sekiranya kita menaiki kenderaan lain (misalnya: kereta api atau kapal laut), maka hendaklah mengadap kiblat semasa takbiratulihram, kemudian selepas itu boleh mengadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan itu.
 
Penutup: Islam Itu Agama Yang Memudahkan Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.”
– HR Baihaqi
Begitulah pentingnya solat dalam Islam.
Walau di mana jua kita berada, solat mesti ditunaikan.
Disebabkan itu lah Islam memudahkannya agar kita tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab kita.
Rujukan: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid The post Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-jamak-qasar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Jamak Taqdim Takhir Yang Betul Dari Jakim

Cara Solat Jamak Taqdim Takhir Yang Betul Dari Jakim

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 2937 hits
Selalunya di hentian R R Lebuh Raya Utara Selatan kita biasa nampak tatacara panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau Bila mahu solat kita baca Lepas itu lupa Jika singgah lagi di R R baca lagi Selepas itu lupa lagi Mungkin k...
Cara Solat Witir

Cara Solat Witir

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 629 hits
Bagaimana melakukan solat witir Solat witir adalah solat sunat yang istimewa dan sangat digalakkan Islam Oleh itu artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat witir secara mudah langkah demi langkah dan boleh difahami oleh semu...
Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 583 hits
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa...
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 525 hits
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa
Cara Membuat Multi Tab Navigasi Atau Tab View

Cara Membuat Multi Tab Navigasi Atau Tab View

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 441 hits
Hi Sobet Blogger Hari ini saya akan berbagi Cara Membuat Multi Tab Navigasi Atau Tab View untuk blogger Saya telah melihat bahwa ada begitu banyak tutorial di web mengenai hal ini Tapi seperti yang saya pikir ini benar benar complicated car...
Cara Membuat Sub Domain Di Idhostinger Dan Mengarahkan Ke Blog

Cara Membuat Sub Domain Di Idhostinger Dan Mengarahkan Ke Blog

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 327 hits
Hai Sobat Blogger kali ini saya akan berbagi Cara membuat Sub Domain Di Idhostinger Dan Mengarahkan Ke blog Mungkin sebagian sobat Blogger ada yang belum tau dan belum mengerti bagaimana cara membuat sub domain dan mengarahkan nya ke blog A...
Cara Setting Gprs

Cara Setting Gprs

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 312 hits
Cara Setting GPRSTelkomselAPN telkomselUsername WAPPassword WAP123Telkomsel WAP SettingHome page http wap telkomsel comData Account telkomselConnection type HTTPProxy address 010 001 089 130Proxy port 8000Password WAP123Telkomsel MMS Settin...
Cara Memasang Code Script Anti Ad Block

Cara Memasang Code Script Anti Ad Block

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 376 hits
Berikut ini cara menambah atau memasang kode anti iklan di blog Kode Script Anti Adblock ini bertujuan Anda blog Anda tampil utuh saat dibuka oleh user yang mengaktifkan add on aplikasi blokir iklan di browser Adblocker adalah musuh utama p...
Cara Setting Registry Komputer Windows Xp

Cara Setting Registry Komputer Windows Xp

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 253 hits
Cara Setting Registry Komputer Windows XP Alhamdulillah saya dapat lagi ilm nih dapet ilmunya dari artikel tetangga lumayan lah untuk menambahkan koleksi artikel saya tentang dunia komputer dan kita saling bertukar pikiran tentang dunia kom...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities