Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha. Solat tersebut sangat bagus dijadikan amalam setiap hari bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu, admin ingin kongsikan beberapa kelebihan Solat Sunat Dhuha. Berikut kelebihan tersebut anda boleh baca dibawah..

Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha Berikut dikongsikan kelebihan solat dhuha untuk tetapan kita semua..
Satu, Dipermudahkan Urusan Harian
Rutin harian menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri. Oleh itu, inilah peluang kita untuk mengadukan kepada Allah, memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.
Dua, Cara Paling Mudah Bersedekah
Berbanding dengan suami atau ibu-ibu lain yang bekerja, seorang surirumah mungkin memiliki kemampuan kewangan yang agak terhad. Malah, surirumah biasanya jarang keluar rumah dan mungkin kurang peluang untuk bersedekah. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah terhadap hambaNya, lalu diberikan pelbagai cara untuk tetap mendapatkan ganjaranNya.
Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis:
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Tiga, Mendapat Pahala Umrah
Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.
Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)
Empat, Diampunkan Dosa
Pendapat ramai orang yang mengatakan hidup isteri sebagai surirumah sepenuh masa ialah mudah adalah tidak benar sama sekali. Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan dari awal pagi hingga ke malam. Bahkan, seorang surirumah menggalas tugas yang berat untuk mendidik anak-anak selain menyediakan keperluan harian. Ada yang turut bergiat aktif dalam persatuan, aktiviti taman, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.
Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.
“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Lima, Meraih Rezeki
Salah satu fadilat yang paling lazim dikaitkan dengan solat dhuha adalah murah rezeki. Ia sebenarnya dirujuk dalam satu kisah di mana suatu ketika Rasulullah mengutus tentera Islam dalam satu peperangan. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan berjaya pula mendapatkan harta rampasan yang banyak.
Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat dhuha.
Sabda baginda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)
Rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat kita.
Enam, Sebagai Motivasi Pagi
Hari seorang surirumah bermula seawal kita ‘celik mata’ hinggalah menjadi orang terakhir yang tidur. Ia adalah hari panjang untuk ditempuhi.
Setiap waktu solat sebenarnya adalah peluang untuk kita recharge. Setiap kali selesai solat, kita akan rasa lebih segar, bertenaga, dan tenang. Jika anda perasan, waktu antara solat subuh dan solat zohor adalah agak panjang berbanding selang waktu solat yang lain.
Maka dengan melakukan solat dhuha walaupun 2 rakaat, ianya tentu akan membantu kita ‘berehat’ dengan mengingati Allah dan mendapatkan kembali tenaga di antara selang waktu tersebut. Malah, kita akan rasa kerja harian lebih terurus apabila kita memberi keutamaan kepada solat dhuha.
Tujuh , Rutin Sihat Untuk Tubuh Dan Badan
Selain banyak fadilatnya yang tersendiri, solat dhuha boleh membentuk rutin aktiviti jasmani yang juga baik untuk rohani. Malah secara umumnya, terdapat banyak bukti saintifik yang menerangkan kelebihan pergerakan solat yang berkualiti serta amalan zikrullah kepada fizikal dan mental seseorang, tidak kiralah berapa pun usia anda.
Di tengah kesibukan dengan anak-anak sejak awal pagi, solat dhuha memberi peluang untuk kita bertafakur, membasahi lidah mengingati Allah, dan mendekatkan diri denganNya.
Sumber > siraplimau
Sedikit perkongsian yang dapat diberikan, semoga ianya menjadi pedoman..
The post Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha appeared first on Doa Harian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://doaharian.net/2018/11/18/beberapa-kelebihan-solat-sunat-dhuha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memahami Sunat Hai Ah Dan Sunat Ab Adh Dalam Solat

Memahami Sunat Hai Ah Dan Sunat Ab Adh Dalam Solat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 376 hits
Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai ah dan sunat ab adh Namun adakah anda tahu dan faham mengenai Apakah maksud sunat ab adh Apakah maksud sunat hai ah Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis ...
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 472 hits
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa
Hebatnya Solat Dhuha

Hebatnya Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 481 hits
Amalan solat dhuha sudah menjadi kelaziman harian dalam masyarakat Islam hari ini Rata rata mereka yang istiqamah melazimi ibadah sunnah ini kerana beriman dengan hadis hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kelebihan solat dhuhayang banyaknya me...
Kelebihan Solat Fardhu Subuh Dan Asar

Kelebihan Solat Fardhu Subuh Dan Asar

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1025 hits
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya iaitu sembahyang subuh dan sembahyang a...
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 351 hits
Tak Yakin Dengan Pilihan Kita Lakukakan Solat Sunat Istikharah Sebenarnya solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata mata Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ia disebut secara u...
Sunat Perempuan Masih Dilakukan Di Beberapa Negara Termasuk Indonesia Inilah 9 Faktanya

Sunat Perempuan Masih Dilakukan Di Beberapa Negara Termasuk Indonesia Inilah 9 Faktanya

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 219 hits
Ternyata Indonesia jadi salah satu negara yang masih melakukan praktik sunat untuk perempuan lo
Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 478 hits
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapatkan perto...
Wordlesswednesday Solat

Wordlesswednesday Solat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 257 hits
ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM FB IG
Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 342 hits
Dalam artikel yang lalu kita telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sahwi Sujud ini dilakukan untuk menutup kecacatan dalam solat seperti ragu ragu kekurangan bilangan rakaat atau terlebih rakaat Untuk memahami dengan lebih jela...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services