Solat Jemaah Ketika Wabak




oleh Mohd Shahrizal Nasir
MASYARAKAT perlu mengambil langkah menjaga kesihatan diri masing-masing dan orang sekeliling. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menyalurkan maklumat situasi terkini jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia.
Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah sekarang, ibu bapa perlu memastikan langkah keselamatan perlu diambil perhatian serius terutama dalam merancang cuti keluarga.
Usaha pencegahan wabak Covid-19 juga membabitkan urusan ibadah. Misalnya, pada Jumaat lalu beberapa kenyataan membabitkan pelaksanaan solat Jumaat diberi sebagai panduan kepada umat Islam dalam menghadapi ancaman wabak.
Ini kerana solat Jumaat melibatkan perkumpulan orang dalam jumlah yang besar dalam sesebuah masjid yang mengambil tempoh masa tertentu kerana adanya penyampaian khutbah dan juga pelaksanaan solat.
Rentetan daripada itu, timbul pula persoalan berkaitan pelaksanaan solat fardu secara berjemaah di masjid, surau dan tempat awam.
Berkenaan perkara ini, paling utama untuk diberi perhatian adalah keperluan merujuk pengumuman pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Pengumuman KKM dilihat sebagai sumber paling penting dirujuk sebelum isu berkaitan pelaksanaan ibadah umat Islam diputuskan. Setakat hari ini, status penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal.
Berdasarkan kenyataan akhbar KKM pada 12 Mac 2020, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 158 kes dengan 32 kes pulih sepenuhnya dan sudah discaj dari wad.
Situasi semasa ini memberi petunjuk belum ada keperluan penggantungan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau. Hal ini sekali lagi perlu bergantung kepada pengumuman KKM dari semasa ke semasa.
Penentuan ini berdasarkan kaedah fiqah menyatakan bahawa: “Tindakan seorang ketua (pemerintah) ke atas rakyat, berdasarkan kepada kemaslahatan.”
Bagaimanapun, langkah memastikan diri tidak terbabit dengan jangkitan Covid-19 perlu diambil serius oleh umat Islam yang ingin menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid atau surau.
Antara yang boleh diambil perhatian ialah keberadaan di masjid atau surau termasuk dalam kategori tempat awam tidak perlu untuk tempoh terlalu panjang tanpa sebarang pelaksanaan ibadah.
Selain itu, umat Islam perlu kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer ketika pergi dan pulang dari masjid atau surau.
Amalan bersalam-salaman selepas solat fardu secara berjemaah juga boleh ditangguhkan untuk sementara waktu.
Sabda Rasulullah SAW mengenai solat berjemaah bermaksud: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” (Hadis riwayat Muslim.)
Kelebihan amalan ini perlu difahami dengan betul dan sekiranya diri mempunyai gejala wabak Covid-19 atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif maka lebih utama mengelak pergi ke tempat awam termasuk masjid dan surau.
Meskipun tujuan ke masjid dan surau adalah untuk menunaikan solat berjemaah, namun jika keadaan diri tidak mengizinkan, maka lebih utama untuk solat di rumah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Orang yang sakit janganlah mendatangi orang yang sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bagi mereka yang terlibat dengan wabak COVID-19 atau yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit wabak ini, peluang utnuk menunaikan solat fardu secara berjemaah masih ada. Pelaksanaan solat fardu berjemaah di rumah masing-masing membuatkan mereka tidak terlepas daripada mendapat ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Malah sebenarnya keadaan tidak sihat yang dialami oleh pesakit atau orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit boleh difahami sebagai satu bentuk keuzuran untuk mereka. Kewajipan mereka adalah untuk memastikan wabak COVID-19 tidak terus menular kepada orang lain.
Penulis adalah pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/17/solat-jemaah-ketika-wabak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-jemaah-ketika-wabak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 606 hits
Kenapa batal solat jumaat kerana Covid19 Adakah kita tidak tawakkal kepada Allah SWT 1 Pertama sekali mari kita lihat apa arahan Rasulullah SAW ketika sesuatu negeri itu ditimpa wabak Rasulullah SAW bersabda Apabila kamu mendengar bahawa ta...
Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Naim harap semua berada bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi ...
Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid 19 Menurut Sunnah

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid 19 Menurut Sunnah

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 3507 hits
Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid 19 Dunia sedang berduka Wabak Coronavirus yang kini dikenali sebagai Covid 19 mula dikesan pada bulan Disember 2019 dan dikatakan berasal dari satu daerah di China yang dipanggil Wuhan Pada m...
Panduan Ringkas Pelaksanaan Dan Panduan Qunut Nazilah Ketika Wabak

Panduan Ringkas Pelaksanaan Dan Panduan Qunut Nazilah Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 300 hits
Nazilah bermaksud peristiwa atau bala bencana yang menimpa umat Islam Qunut nazilah disyariatkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana atau musibah seperti peperangan wabak kemarau dan sebagainya Hukumnya sunat Dalil daripada hadith Ketika...
Hukum Bersalaman Ketika Suasana Wabak Covid 19

Hukum Bersalaman Ketika Suasana Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 335 hits
SOALAN Apa hukum saling bersalaman dalam keadaan virus COVID 19 sedang menular JAWAPAN Tidak dinafikan bersalaman di atas tujuan bersilaturrahim kerana Allah SWT merupakan satu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa Ini seperti hadith ya...
Jemaah Tabligh Ditahan Ketika Cuba Melarikan Diri Daripada Satu Sekatan Jalan Raya

Jemaah Tabligh Ditahan Ketika Cuba Melarikan Diri Daripada Satu Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 418 hits
Bernama Seorang wanita dan tiga jemaah tabligh termasuk seorang yang disyaki menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur baru baru ini ditahan polis ketika cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya Perintah Kawalan ...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 301 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Pekeliling Larangan Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid 19 Di Kawasan Anda

Pekeliling Larangan Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid 19 Di Kawasan Anda

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1036 hits
Kerisauan kemungkinan Covid 19 boleh tersebar luas jika ada individu dijangkiti disesuatu kawasan menunaikan solat jemaah di masjid dan majlis keagamaan akhirnya mendapat perhatian dari pihak berkuasa Namun begitu situasi semasa penularan v...
Bolehkah Hand Sanitizer Diguna Ketika Melakukan Solat

Bolehkah Hand Sanitizer Diguna Ketika Melakukan Solat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 624 hits
Soalan Assalamualaikum Dato Mufti Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid Jadi bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya Mohon pencerahan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip