Hukum Bersalaman Ketika Suasana Wabak Covid 19



SOALAN:
Apa hukum saling bersalaman dalam keadaan virus COVID-19 sedang menular?

JAWAPAN:
Tidak dinafikan bersalaman di atas tujuan bersilaturrahim kerana Allah SWT merupakan satu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa. Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bara’ bin Azib, sabda Nabi SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Tidaklah dua orang Muslim itu bertemu lalu mereka bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” [Riwayat Abu Daud (5212) dan al-Tirmidzi (2727), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]

Berjabat tangan atau bersalaman ketika berjumpa itu adalah sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma’ dalam kalangan para alim ulama'. Tambahan pula, Ibn Battal pula ada menyebutkan bahawa hukum asal berjabat tangan itu adalah baik dan sangat elok menurut para ulama' umumnya.” [Lihat: Fath al-Bari, 11/55 dan Tuhfah al-Ahwazi, 7/426]

Perbuatan ini juga telah dinaskan oleh kebanyakan para ahli feqah bahawa bersalaman adalah sunnah dengan berdalilkan kepada sejumlah khabar-khabar yang sahih dan juga hasan. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 356/37]

Dalam persoalan di atas, kami dapati sebahagian ulama’ atau Badan Berautoriti dalam fatwa mempunyai pelbagai pendapat. Ada yang menegahnya dan ada yang membenarkannya. Untuk itu, kami bahagikan kepada dua keadaan:

Jika tempat tersebut adalah disyaki dijangkiti virus dan orang yang terbabit juga mempunyai potensi positif dijangkiti, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk tidak bersalam kerana mudarat adalah lebih besar. Ini bertepatan dengan mengambil kaedah dan saranan supaya kita berihtiyat (berhati-hati) untuk lari atau menjarakkan diri daripada dirisikokan penyakit tersebut.Jika dalam keadaan biasa, maka berjabat salam seperti nas di atas boleh dilakukan, bahkan ia menjadi satu sunnah yang baik.
Buat masa ini, keadaan di Malaysia sudah sampai ke tahap yang kritikal maka kita dituntut untuk berusaha dengan sebaik mungkin bagi mengelak penularan virus tersebut. Ini kerana, bersalaman merupakan salah satu cara yang boleh menyebabkan virus tersebut semakin menular. Oleh sebab itu, kami berpandangan dengan tidak bersalaman adalah lebih sesuai buat masa ini sebagai jalan ihtiyat dan juga cara atau inisiatif dalam mengekang virus ini terus menular walaupun pada asalnya ia merupakan satu sunnah.

Hal ini disebabkan, terdapat satu riwayat yang sahih daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berkaitan arahan Nabi SAW agar menjauhkan diri daripada orang yang dijangkiti penyakit kusta ini. Ini kerana, penyakit kusta merupakan penyakit yang berjangkit, maka arahan Nabi SAW agar menjauhkan diri tersebut adalah bagi mengekang penularan penyakit tersebut kepada orang atau kawasan yang tidak dijangkiti.

Daripada al-Syarid bin Suwaid R.A berkata:

كَانَ فِي وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّا قَدْ بَايَعْنَاكَ فَارْجِعْ
“Dalam delegasi daripada Bani Thaqif terdapat seorang lelaki yang terkena penyakit kusta. Maka Rasulullah SAW mengutuskan seorang utusan untuk menyampaikan berita bahawa kepadanya bahawa: “Kami telah menerima bai’ah kamu, maka pulanglah kamu.” [Riwayat Muslim (2231)]

Menurut Imam al-Nawawi di sana terdapat dua hadith yang dilihat terdapat percanggahan dalam berinteraksi dengan orang yang mempunyai penyakit kusta ini. Kebanyakan para ulama' cenderung kepada menghimpunkan di antara dua riwayat tersebut dengan menyatakan arahan Nabi SAW agar menjauhi atau melarikan diri daripada orang yang berpenyakit kusta ini adalah bersifat sunat bagi tujuan berhati-hati dan bukannya bersifat wajib. [Lihat: al-Minhaj, 14/228]

Tambahan pula, selaras dengan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia agar meminimumkan sentuhan seperti bersalaman ini kerana virus tersebut mampu tersebar dengan cara tersebut. Oleh sebab itu, kami amat menyokong seruan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) agar bersalaman itu dilakukan dengan cara mengisyaratkan tangan ke dada bagi tujuan mengelakkan persentuhan.

Di samping itu juga, kita digalakkan untuk mengucapkan salam ketika mengisyaratkan tangan ke dada dengan disertakan senyuman. Ini kerana, memberi salam dan melontarkan senyuman merupakan sunnah yang amat dianjurkan oleh Nabi SAW sebagaimana di dalam sabdanya:

Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash R.A berkata:

أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: أيُّ الإسلامِ خيرٌ؟ قال: تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ
Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: “Islam manakah yang paling baik?” Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” [Riwayat al-Bukhari (5767)]

Daripada Abu Zar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
“Janganlah kamu menganggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis (senyum) ketika bertemu dengan saudaramu.” [Riwayat Muslim (2626)]

Melihat kepada beberapa pertimbangan di atas, maka kami cenderung kepada tidak bersalaman buat masa ini sehingga keadaan kembali seperti sediakala. Akan tetapi, bersalaman boleh dilakukan dengan cara mengisyaratkan tangan ke dada sepertimana yang telah kami jelaskan di atas.

Kami akhiri perbincangan dalam isu ini dengan memetik pandangan Majlis Fatwa Syar’ie UAE, antara lain menyebut: “Wajib mendokong segala usaha untuk mengekang penularan virus dan tidak boleh menyebarkan maklumat yang bukan datang dari maklumat rasmi kerajaan agar keadaan sentiasa stabil dan aman.” [Rujuk: https://www.albayan.ae/across-the-uae/news-and-reports/2020-03-03-1.3793602]

Akhir kalam, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon perlindungan kepada Allah SWT dengan mengucapkan:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.” [Riwayat Muslim (2709)]

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-bersalaman-ketika-suasana-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Angka Kematian Wabak Covid 19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

Kenapa Angka Kematian Wabak Covid 19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 383 hits
5 476 jumlah kematian di Itali setakat 8 jam yang lepas Tak ada tanda surut kes baru COVID 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan Itali sedang dalam peperangan getir Mereka sedang keletihan In case kita lupa siapa Itali mari aku i
Di Mana Menteri Ketika Wabak Covid Semakin Ganas

Di Mana Menteri Ketika Wabak Covid Semakin Ganas

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 361 hits
Kerajaan Melayu Perikatan Nasional pimpinan PM Muhyidin Yassin dilihat terlalu lesu menangani wabak Covid 19 yang semakin merebak Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Syed Badli Shah Syed Osman berkata kebanyakan kementerian seolah olah masih ...
Anggota Polis Pergi Buat Selamanya Selepas Terjatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19

Anggota Polis Pergi Buat Selamanya Selepas Terjatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 335 hits
Menerusi satu hantaran di laman rasmi Polis Kota Setar memaklumkan seorang anggota polis telah meninggal dunia selepas terjatuh semasa sedang berehat selepas terlibat dalam operasi Op Covid 19 Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Bala...
Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Naim harap semua berada bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi ...
Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berwudhu

Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berwudhu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 342 hits
SOALAN Bagaimanakah dengan wudhu orang yang memakai contact lens kerana muka adalah termasuk bahagian yang wajib dibasuh dengan air wudhu Adakah diwajibkan untuk menanggalkan kanta lekap ketika berwudhu JAWAPAN Firman Allah SWT Wahai orang ...
5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 501 hits
Kini seluruh dunia termasuk Malaysia sedang dilanda musibah wabak seperti COVID 19 ini Jadi disini dikongsikan 5 doa yang boleh diamalkan ketika berlaku musibah ketika ini Ketika post ini ditulis di Malaysia khususnya kes positif COVID 19 y...
Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 315 hits
Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid 19 telah meninggal dunia Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi Menurut laman rasmi Polis Kota Setar Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni d...
Suasana Di Cameron Highlands Pkp Covid 19 Hari Keempat

Suasana Di Cameron Highlands Pkp Covid 19 Hari Keempat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 659 hits
Suasana Hari keempat PKP di Cameron Highlands Cameron Highlands semasa PKP COVID 19 kosong macam ni sepanjang masa ke Tak la Waktu Pagi dan tengahari masih ada yang keluar mencari barang keperluan dan mereka yang bekerja bagi sektor yang di...
Wabak Covid 19 Semakin Tragis Who

Wabak Covid 19 Semakin Tragis Who

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 203 hits
GENEVA Sebanyak 17 506 kes baharu COVID 19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan serantau mencecah 104 591 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam Seramai 4 899 pesakit di Eropah meningga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip