Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak
Kenapa batal solat jumaat kerana Covid19
Adakah kita tidak tawakkal kepada Allah SWT
1. Pertama sekali mari kita lihat apa arahan Rasulullah SAW ketika sesuatu negeri itu ditimpa wabak.Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya" (HR Bukhari no. 5728)
Dalam riwayat lain :
"Apabila kamu mendengar ia (wabak) berlaku di sesuatu tempat maka janganlah kamu pergi kepadanya. Dan apabila ia berlaku di tempat yang kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar daripadanya"(HR Muslim no. 2219)
2. Rasulullah SAW juga melarang kita mendekatkan diri dengan sesuatu mudarat dalam keadaan kita mengetahuinya.Baginda SAW bersabda :
"Tinggalkan ia (kawasan tersebut).Sesungguhnya perbuatan mendekatkan diri dengan keburukan (wabak dan penyakit) akan membawa kepada kebinasaan"(HR Abu Daud no. 3923)
Arahan ini juga bertepatan dengan larangan yang disebutkan dalam Al-Quran. Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan"(Surah Al-Baqarah ayat 195)
3. Okay sekarang mari kita masuk bab tawakkal. Lihatlah arahan Nabi SAW tentang penyakit berjangkit. Baginda suruh kita lari dan bukannya tawakkal semata-mata atau mengatakan kalau 'Allah takdirkan mati juga'
Nabi SAW bersabda :
“Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.”(HR Bukhari no. 5707)
4. Tahukah anda bahawa agama Islam memberikan keringanan kepada umatnya solat dirumah ketika hujan,malam yang terlalu sejuk ataupun ketika musibah besar.Dari Ibnu Umar RA katanya:
"Rasulullah SAW menyuruh tukang azan mengucapkan: Sembahyanglah dirumahmu masing-masing (pada akhir azan) jika hujan turun dan malam terlalu sejuk" (HR Muslim no. 1125)
Dari hadis Abdullah bin Abbas RA : Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat:
Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu). Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah SAW) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya solat berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur"(HR Muslim no. 1128)
Tidak pula para sahabat berkata : "Pijak lumpur jah pun bukan boleh mati, tawakkal saja". Sebaliknya mereka mengikut arahan
5. Tawakkal itu ialah setelah berusaha. Contohnya ketika peperiksaan. Kita kena usaha belajar baru boleh tawakkal. Bukan duduk dan tidur kemudian sembang pasal tawakkal
Lihatlah pakaian Rasulullah SAW ketika peperangan. Baginda memakai baju besi. Bukannya pakai pakaian biasa. Kemudian berkata " Kalau Allah takdirkan mati dimana pun sama saja, jadi tidak perlu baju besi, tawakkal sudah cukup". Sebaliknya Baginda membuat persediaan untuk peperangan. Adakah anda rasa diri anda lebih baik daripada Rasul yang dilantik oleh Allah SWT
W/a
Credit:Rizzuan Amir
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/03/boleh-ke-tangguh-solat-jumaat-ini-cara.html