Bolehkah Hand Sanitizer Diguna Ketika Melakukan Solat



*Soalan*
Assalamualaikum Dato' Mufti
Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan *hand sanitizer* ketika melakukan solat, adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato' Mufti. Terima kasih

*Jawapan*
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW

Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan *hand sanitizer* (pencuci tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam *hand sanitizer* (pencuci tangan) itu sendiri

*Hand Sanitizer* (Pencuci Tangan)
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun

Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan

Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (pencuci tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333 ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515 ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417 ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
*Hukum Penggunaan Alkohol*
Menuru jumhur ulama, alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpamanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.
Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, *sah sembahyang* seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia *bukan najis*.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum

Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. Tapai halal dimakan

Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan

Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALKOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut

*Kesimpulan*
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan *hand sanitizer* (pencuci tangan) semasa melakukan solat. Adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa *hand sanitizer* (pencuci tangan) adalah *tidak najis* dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu *ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.*
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya

Wallahua'lam
*S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri*Mufti Wilayah PersekutuanDiterbitkan : 1 Mac 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2020/03/bolehkah-hand-sanitizer-diguna-ketila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Mudah Untuk Buat Hand Sanitizer Dan Disinfectant Spray Bagi Mencegah Wabak Koronavirus

Ini Cara Mudah Untuk Buat Hand Sanitizer Dan Disinfectant Spray Bagi Mencegah Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1016 hits
Virus terbaru yang dikenali sebagai Novel Coronavirus memang mendatangkan kebimbangan ramai pihak bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia Setakat ini masih tiada lagi kes kematian dilaporkan di Malaysia walaupun ada individu yang tel...
Cara Mudah Buat Sendiri Hand Sanitizer Tanpa Bahan Kimia Jimat Selamat

Cara Mudah Buat Sendiri Hand Sanitizer Tanpa Bahan Kimia Jimat Selamat

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1661 hits
Musim virus sekarang disarankan kerap basuh tangan dan gunakan hand sanitizer kebanyakkan hand sanitizer diluar ada bahan kimia dan takut efek untuk jangka masa panjang pulak tanpa kita sedar Hari ini Ainul nak kongsikan hand sanitizer yang...
10 Design Sticker Hand Sanitizer Covid19 2020

10 Design Sticker Hand Sanitizer Covid19 2020

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 967 hits
Assalamualaikum Kesan dari wabak corona virus yang menular baru baru ini banyak permintaan design dan cetakan label unt produk hand Sanitizer Berikut beberapa sample design yang menarik menurut Mosumart Design 1 Babyganics Hand Sanitizer Ka...
Bos Bukalapak Ancam Hapus Penjual Masker Dan Hand Sanitizer Dengan Harga Tak Wajar

Bos Bukalapak Ancam Hapus Penjual Masker Dan Hand Sanitizer Dengan Harga Tak Wajar

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 243 hits
CEO Bukalapak Rachmat Kaimuddin akan memberikan sanksi tegas bagi mitranya yang terbukti menaikkan harga jual di luar batas kewajaran untuk produk masker dan hand sanitizer
Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 436 hits
SOALAN Seperti yang saya ketahui sebelum ini apabila seseorang membuat umrah di Makkah dibolehkan untuk dia melakukan solat sunat pada bila bila masa termasuk ketika waktu yang diharamkan solat Adakah benar perkara ini Kalau benar adakah so...
Sinar Uv Tunjuk Beza Basuh Tangan Guna Sabun Dan Hand Sanitizer Takut Nak Salam Orang

Sinar Uv Tunjuk Beza Basuh Tangan Guna Sabun Dan Hand Sanitizer Takut Nak Salam Orang

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 879 hits
Ekoran daripada penularan wabak koronavirus yang kini melanda seluruh dunia pelbagai cara pencegahan diambil oleh semua pihak Antaranya adalah dengan amalan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitiser Namun tahukah anda terdapat perbezaa...
Sempat Langka Karena Corona Dosen Ugm Ciptakan Hand Sanitizer Berbahan Alami

Sempat Langka Karena Corona Dosen Ugm Ciptakan Hand Sanitizer Berbahan Alami

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 240 hits
Semakin banyaknya WNI yang terkena virus COVID 19 itu membuat masyarakat panik Namun di tengah kepanikan ada sebagian orang yang terus berinovasi untuk melawan virus itu Salah satunya adalah seorang Dosen Fakultas Farmasi bernama Ronny Mart...
Guna Air Sabun Untuk Bersihkan Diri Dari Koronavirus Tak Semua Hand Sanitizer Berkesan

Guna Air Sabun Untuk Bersihkan Diri Dari Koronavirus Tak Semua Hand Sanitizer Berkesan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 389 hits
Kita mungkin sering menggunakan hand sanitizer dengan tujuan untuk membasmi kuman Walau bagaimanapun adakah penggunaan hand sanitizer benar benar berkesan untuk membunuh virus Adakah terdapat cara lain yang lebih mudah dan berkesan bagi mem...
Diy Hand Sanitizer Bermodalkan Rm11

Diy Hand Sanitizer Bermodalkan Rm11

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 389 hits
Dunia telah diserang virus corona yang membawa maut Rakyat Malaysia juga semakin peka dengan langkah langkah pencegahan COVID 19 daripada merebak Foto Ir Abdul Rahman BahasaKerajaan terutama kementerian kesihatan juga sering kali menasihatk...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi