Solat Istikharah Ialah Gabungan Usaha Dan Tawakkal Yang Tinggi Kepada Allah


Solat Istikharah Ialah Gabungan Usaha Dan Tawakkal Yang Tinggi Kepada Allah. Saya tidak mengetahui dengan mendalam dengan isu solat dan sebagainya yang berkaitan fiqh ibadah, namun saya kongsikan di sini berdasarkan sedikit ilmu dan kefahaman yang telah diperolehi tentang solat istikharah. Ilmu dan kefahaman ini saya gandingkan dengan pengalaman yang telah dilalui. Dialu-alukan perkongsian ilmiah dari kalian buat menambah ilmu kita semua tentang solat istikharah.
Yang setakat ini difahami, solat istikharah itu dilakukan setelah kita berusaha mencari jodoh, membuat pilihan berdasarkan taaruf dan melakukan penyelidikan tentang calon yang melamar atau dilamar.

Semasa Belajar Contoh yang pernah saya alami, sewaktu belajar dulu saya suka seorang lelaki yang nampak baik, yang dikenali dalam salah satu program khidmat masyarakat yang saya sertai, bernama Abdullah (bukan nama sebenar). Jadi mula-mula saya sekadar tertarik kerana akhlak yang zahir, tapi saya tak tahu rasa suka saya ini akan bawa ke mana.. saya hanya mengadu pada tuhan akan perasaan saya .
Lalu saya berusaha, pertama, memilih untuk menyiasat tentang Abdullah dan latarbelakangnya dari teman-teman yang dipercayai.
Usaha saya yang kedua, saya bercerita kepada ibu bapa saya tentang Abdullah, apa pendapat mak abah jika saya ingin berkahwin dengan Abdullah..?
Usaha seterusnya, dengan info-info yang saya ada tentang Abdullah, saya mengambil keputusan untuk melamarnya.
Sebelum saya melamarnya itu, saya beristikharah, menghadapkan pada ALLAH keputusan saya untuk melamar lelaki itu…
Dan setelah beristikharah, saya melamar Abdullah. Tetapi akhirnya takdir ALLAH itu melakar bahawa Abdullah yang saya lamar bukan jodoh saya. Sebagai manusia biasa, saya bersedih kerana saya telah berusaha untuk bernikah dan saya berharap ALLAH membantu saya bernikah dengan jodoh ini.
Malah kerana itu adalah cubaan ‘berani mati’ saya yang pertama melamar seorang lelaki, perasaan saya ketika itu sangat teruji dengan rasa-rasa yang agak negatif, kecewa, down.
Tetapi ALLAH Maha Mengetahui kan? Maka hati pun terpujuk dengan rangkap doa istikharah yang diajar Rasulullah SAW.

Minta Petunjuk Allah “…Ya ALLAH, andai urusan yang ku inginkan ini baik untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, maka takdirkanlah ia untukku, mudahkanlah jalannya, berkatilah ia..
…Andainya urusan ini membawa keburukan untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, jauhkan ia dariku, takdirkanlah kebaikan untukku di mana saja diriku berada, dan berilah keredhaan kepadaku.”
Saya juga tidak rasa menyesal kerana hubungan itu diputuskan setelah berbincang dengan orang-orang yang amanah dan berilmu. Untuk soalan seberat jodoh, jangan sesekali membuat keputusan tanpa berdasarkan musyawarah (perbincangan) dengan ibu bapa dan orang-orang berilmu.
Istikharah dan musyawarah adalah sangat penting untuk membuat keputusan yang mantap dan tidak berakhir dengan penyesalan.
Namun bagi ramai antara kita yang jatuh cinta dan berpacaran sebelum bernikah, maka perasaanlah yang menjadi panduan dalam membuat jodoh. Berhati-hatilah, lorongkanlah perasaan itu untuk mencari jodoh yang beriman dan membantu kita dalam kehidupan menuju akhirat yang kekal abadi.
Dan kini Abdullah ada di sisi saya, bukan Abdullah yang dilamar, tapi Abdullah anak saya yang ALLAH bagi melalui suami yang ALLAH tetapkan buat saya…
Bagaimana pula usaha saya untuk bernikah dengan suami yang ALLAH telah tetapkan ini?
Setelah kakak isteri pertama menyampaikan hasrat suami menjadikan saya isteri kedua, saya membincangkan dengan teman-teman terdekat dan kakak naqibah yang mengendalikan usrah saya. Saya tak berani terus-terus memberitahu pada ibu ayah – saya bimbang mereka terkejut, atau marah, atau bersangka bahawa saya yang sengaja menjalin hubungan dengan suami orang.

Meluahkan Rasa Namun yang terawal adalah berdoa meluahkan segala rasa hati pada ALLAH – kebimbangan, ketidakpastian dan segala gelodak perasaan dengan lamaran poligami itu. Kerana ALLAH lah yang kemudiannya menemukan kita dengan teman-teman baik yang membantu meleraikan persoalan dan kekusutan.
Saya kemudian meluahkan pada mak, tapi mak pastilah berkongsi dengan abah. Dalam pada itu, saya banyakkan bertemu dan memohon pandangan tentang lamaran poligami dari makcik pakcik, majikan tempat saya bekerja, ustaz ustazah. Yang agak rapat dan boleh dipercayai.
Saya mula menggoogle tentang suami saya, banyak juga pakcik google sediakan info. Saya mendapat paling banyak info tentang suami saya dari kakak isteri pertama. Saya bertanya pandangan orang-orang yang mengenali suami saya secara jauh atau dekat.
Saya menggoogle tentang kehidupan poligami. Saya meminjam buku tentang poligami dari sahabat. Saya menemui beberapa isteri yang berpoligami untuk mendengar cerita dan pengalaman.
Setelah berbincang dengan ibu ayah dan adik beradik, dengan segala risikan dan penyiasatan tentang suami saya, dengan taaruf yang sempat berlangsung dengan suami beberapa waktu, dengan info tentang kehidupan berpoligami yang perlu saya ketahui, semuanya diproses hati dan minda saya – saya kemudian beristikharah.
Dengan doa istikharah, saya berteguh hati menerima lamaran. Tidak ada mimpi aneh memberi petanda, tidak ada bisikan yang datang di malam hari. Tidak ada wajah yang hadir di alam tidur.
Hasil istikharah itu bagi saya ialah, saya merasa tenang. Saya merasa bantuan. Saya merasa ALLAH menunjuk jalan. Saya merasa lapang meneruskan walau banyak cabaran yang datang di sepanjang perjalanan menuju pernikahan.
Maka sebenarnya untuk urusan jodoh ini perlu usaha yang optima dan berterusan, dalam rangka kemampuan kita asalkan mengikut syariat. Dan bukan meminta ALLAH membuat keputusan untuk kita, tapi dengan segala usaha kita menyelidik latar belakang pasangan, dengan persediaan kita menerima atau menyesuaikan diri dengan keperibadian calon teman hidup – inilah akhirnya yang membawa kita membuat keputusan.
Dan usaha serta keputusan seorang insan kerdil ini kita hadapkan dalam solat istikharah kepada ALLAH dengan setulus perasaan, memohon perlindungan, meminta kebaikan, merayu rahmat dan petunjuk. Setakat yang saya tahu, doa istikharah itu boleh dilafazkan sebelum atau selepas memberi salam, dalam bahasa melayu, bahasa cina, bahasa france atau sebaiknya dalam bahasa arab – asalkan kita faham, tak kira bahasa apa.

Islam Bukan Agama Pasif Islam bukan agama yang pasif, bukan hanya menerima calon yang melamar tanpa merisik dan menyiasat latarbelakang, atau bukan duduk menunggu jodoh datang bergolek. Islam bukan mengajar memilih jodoh dengan hanya dengan perasaan, namun aspek perasaan ada bahagiaanya dalam memilih jodoh. Islam mengajar aktif dan proaktif mencari jodoh mengikut syariat.
Kesimpulannya, solat istikharah memilih jodoh adalah gabungan usaha yang optima dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Kita sebagai manusia berusaha mencari, berkenalan, menyelidik dan berkomunikasi dengan calon teman hidup dalam kadar yang sewajarnya. Kemudian, kepada ALLAH kita sandarkan dengan keyakinan segala ikhtiar, harapan dan perjalanan kehidupan yang kita rancang. Hingga akhirnya kita redha dengan ketentuan dan keputusan tuhan yang Maha Mengurus Kehidupan.
Sumber : Sisi Kehidupan
The post Solat Istikharah Ialah Gabungan Usaha Dan Tawakkal Yang Tinggi Kepada Allah appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/solat-istikharah-ialah-gabungan-usaha-dan-tawakkal-yang-tinggi-kepada-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Orang Yang Dimurkai Allah Walau Rajin Solat

Orang Orang Yang Dimurkai Allah Walau Rajin Solat

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 316 hits
Orang Orang Ini Rajin Solat Tetapi Dimurkai ALLAH Mengapa Dari Abu Abdirrahman Abdullah bin Umar bin Khaththab radhiyallahu anhuma telah berkata Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda Islam dibangun atas 5 dasar Bersaksi bahwa tiada Tu...
Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 619 hits
JOM TONTON VIDEO CERAMAH TERKINI Bagaimana Nak Dapat Hidayah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Setiap kali selepas solat Sentiasa berdoalah supaya Allah SWT memberi hidayah kpd kita Jangan kagum dgn amal ibadah yg kita lakukan selama ini ker...
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 802 hits
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat TAHAJJUD Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan ...
Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 271 hits
BERITA TERKAIT https www youtube com watch v s18iTNDK4W0ISRAEL DI AKHIR ZAMAN Ust Abdul Somad Lc MATegas Malaysia Larang Atlit Renang Israel Ikuti Kejuaraan Dunia di Negaranya Sabtu 12 Januari 2019 10 59Foto PM Malaysia Mahathir MuhammadKIB...
Bakal Pengantin Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin

Bakal Pengantin Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 399 hits
Bakal Pengantin Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin Mungkin agak janggal kenapa perlu dimulakan dengan istikharah Mengapa bukan dengan mengumpul wang ataupun mencari calon Saya yakin tiada seorang pun di dunia ini yang...
Jaga Solat Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah

Jaga Solat Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 755 hits
Jaga Solat Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah Istiqamah 7 Cara berubah secara berterusan ini adalah antara yang kita boleh lakukan supaya paling minima kita menghasilkan perubahan walau sekecil zarah Kerana sesung...
Pantauan Curah Hujan Masih Tinggi Bmkg Minta Warga Cisolok Waspada Longsor Susulan

Pantauan Curah Hujan Masih Tinggi Bmkg Minta Warga Cisolok Waspada Longsor Susulan

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 212 hits
Bencana tanah longsor menerjang Dusun Cimapag terjadi pada 31 Desember 2018 lalu Sebanyak 29 rumah tertimbun material longsor Akibat bencana tersebut 32 orang ditemukan meninggal dunia satu orang dinyatakan hilang 64 orang selamat dan 3 ora...
Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 511 hits
Cirit birit muntah muntah dan demam suhu tinggi mungkin pernah dialami si manja Tahukah anda ia adalah serangan sejenis virus yang dinamakan rotavirus Bagi kanak kanak keadaan ini tentunya menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam bad...
Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 482 hits
Tindik telinga adalah satu kebiasaan dalam masyarakat kita Tapi tahukah anda yang tindikkan anak terlalu awal boleh menyebabkan risiko tinggi terjadinya jangkitan kuman Anting anting merupakan perhiasan yang lazim digunakan oleh wanita di s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord