Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media


JOM TONTON VIDEO CERAMAH TERKINI:
Bagaimana Nak Dapat Hidayah? Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setiap kali selepas solat. Sentiasa berdoalah supaya Allah SWT memberi hidayah kpd kita. Jangan kagum dgn amal ibadah yg kita lakukan selama ini kerana belum tentu lagi kita dijaminkan meninggal dalam husnul khatimah.
Semuga Allah SWT memberi hidayah dan tetapkan iman dan hati kita dalam Islam yg sebenarnya. Aamiin.

Doa Mohon Hidayah Allah
رَبَّناَ اِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّرَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُفْلِحُ الْمِيْعَادَ.(ال عمران:٩)
ROBBANAA INNAKA JAAMI’UN NAASI LIYAUMIL LAA RAIBA FIIHI INNALLOOHA LAA YUFLIHUL MII’AAD
Artinya : “Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang mengumpulkan seluruh manusia pada hari yang tidak dapat diragukan lagi, sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji.”(QS. Ali Imron: 9)
Selamat Beramal.
Bila Hidayah Allah menyentuh lembut ke dalam hati..
Alhamdulillah, Maha suci Allah, Tuhan Sekalian Alam..
Syukur kepada Allah, Eiliyana diberi kesempatan utk menulis sedikit coretan tentang diri, yang dirasakan insya’Allah dapat memberi sedikit inspirasi mahupun semangat untuk para pembaca di luar sana untuk terus berjuang mendapatkan cahaya nan indah iaitu petunjuk dari Allah s.w.t.. seperti termaktub dalam Al-Kahf ayat ke-17, “Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”
MasyaAllah, Allahuakbar, begitu indah hidayah yang Allah berikan pada hambaNya yg bertuah.. tidak terkata untuk menggambarkan perasaan itu.. sejujurnya harus dirasainya sendiri.. Alhamdulillah, Eiliyana adalah salah satu diantaranya.. syukur hanya diberikan pada Allah, pemilik mutlak kepada hati ini..
Alhamdulillah, Maha suci Allah, Tuhan Sekalian Alam.. begitu indah hidup ini jika kita terus menulusuri liku2 jalan mujahadah dgn sabar dan sentiasa mengharapkan pergantungan dari Allah semata. Jangan khuatir, jangan prasangka, kerana tidak dinafikan jalan ini adalah jalan yg susah dan sukar utk ditempuhi…
kerana Syurga Allah itu khas utk hambaNya yg berusaha utk mendapatkannya sahaja, ianya tersangatlah indah dan mahal. Ya, memang mahal… melangkahlah untuk mengetahui betapa indahnya hikmah di sepanjang liku2 perjalanan sehingga dapat berjumpa dgn Rabb kita.. insya’Allah..
SubhanaAllah, syukur ke hadrat Ilahi.. akhirnya jawapan yg Eiliyana nantikan selama ini, ketenangan yg diinginkan selama ini, telah dikurniakan Allah..syukur.. Bagi rakan-rakan Eiliyana terutama di KUIS (Kolej Uni Islam Antarbgsa Sel) dimana tempat Eiliyana mencari secebis ilmu Allah, boleh melihat sendiri, sedikit demi sedikit perubahan yang ada pada diri Eiliyana.. seperti yang sedia maklum, Eiliyana sedang melalui proses penghijrahan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
Eiliyana sudah nampak tujuan sebenar hidup di alam sementara ini, insya’Allah, jika diberi kesempatan (sebelum a jal) , Eiliyana ingin laksanakan impian itu secepat mungkin, agar dapat memberi manafaat kpd semua.. insya’Allah, doakan Eiliyana ya semua
Kisahnya bermula pada ketika Eili merasakan bahawa ada sesuatu kekosongan dalam diri .. Apa yang Eili rasakan hidup di dunia sudah dapat, tetapi bukanlah kekayaan yang dicari, cuma segala keperluan dan kemahuan akan dituruti oleh sesiapa pun.. Eili gembira dan puas dengan kehidupan sebelum ini.. Cuma, satu saja yang Eili belum temui dan tidak berhasil dapatkannya, iaitu ketenangan diri..
Eili ada keluarga yang bahagia, ada sahabat-sahabat yang baik dan sebagainya, tetapi itu semua tidak memberikan ketenangan yang sebenar dalam diri Eili sendiri. Akhirnya Eili mengambil keputusan utk memohon pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Orang pernah berkata, apabila kita berusaha dan berdoa dgn bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan dengar doa kita. MasyAllah, betul lah apa yg diperkatakan itu, pada satu malam, Eiliyana diberi mimpi mengenai hari kiamat yg sgt dahsyat.
Eiliyana melihat seakan-akan hari kiamat yg “real’! orang ramai bertempiaran dan berlari dalam keadaan yg cemas untuk menyelamatkan diri masing-masing, anak kecil ditinggalkan menangis keta kutan begitu saja, bangunan yg serba gah dan mewah runtuh dan han cur menjadi debu berterbangan.. suasana pada masa itu, Allah..
Eiliyana terasa seakan benar – benar berlaku kiamat! Allahurabbi, ampunkan aku Ya Rabb, ampunkan kami.. kerana lalai dan leka dengan ujian dunia! Keindahan dunia!.. sungguh hati ini terasa sebak dan cemas tatkala terjaga dari lamunan mimpi yg sangat dahsyat itu.. saat ini juga, terasa seperti baru semalam Eiliyana bermimpi! Begitupun juga, itu hanyalah sekadar bayangan mimpi, khayalan atau gambaran imiginasi Eiliyana sahaja.
Tetapi itu sudah cukup membuatkan Eiliyana terasa geli sah dan cemas, apatah lagi kiamat yg Allah telah rancangkan. Semestinya tidak sama dgn gambaran manusia hina mcm kita, dan sebetulnya lebih dahsyat dari apa yg kita sangka dan kita gambarkan. Allah.. Astaghfirullah, Allah berikan petanda buat Eiliyana supaya kembali ke jalan kebenaran, kembali sedar dan kembali kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.. Eili takut pada ketika itu, ilmu tidak cukup, amalan tidak banyak dan sikap tidak menggambarkan seorang muslimah yang taat pada perintah Allah.
Tetapi, satu yang Eili nampak ketika itu adalah, hikmah yang Allah nak beri. Allah tetap bersama dengan orang yg ingin berubah kepada kebaikan. Allah ingin menunjukkan betapa manusia ini sedang dalam kerugian.. termasuk diri Eili sendiri. Semenjak tersedar dari lamunan mimpi tersebut, Eili selalu bertanyakan pada diri,”adakah aku sudah bersedia menghadapi hari kiamat? , “apakah persediaan atau bekalan amalan yang telah aku lakukan untuk dibawa berjumpa dgn Allah?”, “bagaimanakah amanah yang dipertanggungjawabkan dipikul dengan baik?” dan lain-lainnya..
Eili juga sentiasa tanamkan dalam diri bahawa Allah ada bersama kita yang tetap bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang diberikan.
Tahukah kalian, jika kita teliti di dalam Al-Quran, terdapat 103 kali Allah menyebut mengenai sifat kesabaran, menunjukkan bahawa kesabaran itu menjadi perhatian Allah disamping, amatlah penting di sisi seorg manusia utk kendalikannya dalam kehidupan seharian.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran Al-karim, “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153). Selain itu juga, seperti ayat di dalam surah Al-Imran : 146 dan juga ayat ke-200. Eili pegang ayat-ayat itu sampai ma ti. Insya’Allah..
Bermula detik itulah, sedikit demi sedikit, Eiliyana cuba perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Segala sikap mazmumah, cuba dikurangkan sedikit demi sedikit agar ia terus hilang dalam diri. Mencuba sesuatu yang boleh memajukan diri, Eiliyana selalu menghadiri majlis ilmu, berdakwah di jalanan, usrah, menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti kem tarbiyyah, mabit(malam Bina Iman & Taqwa) dan sebagainya. Sepanjang proses pembelajaran dan pembentukan diri, Eiliyana dapat rasa sesuatu yg sgt berbeza berbanding dengan perkara yg dilakukan sebelum berhijrah. Dahulunya Eiliyana seorang yg sosial.
Selalu keluar melepak dengan kawan-kawan, dengan penjagaan ikthtilat entah kemana, penggunaa bahasa yang agak kasar, mencarut dan tdk menggambarkan seorng perempuan yg mempunyai sopan santunnya. Hubungan dengan keluarga juga agak hambar. Layanan Eili terhadap orang tua juga sungguh mengecewakan. Oleh kerana itu jugalah Eili mendapat hikmahnya pabila result exam selalu kecundang, walaupun Eili sudah berusaha dgn bersungguh-sungguh.
Pelik, tapi itulah kenyataan bahawa Allah tidak redha dgn hambaNya yang berbuat dosa. Eili pernah juga terpengaruh dengan kegiatan yang tidak sihat di luar sana. Sunnguhpun begitu, Eili tidak ingin berbicara panjang mengenai kisah silam dahulu, cukup sahaja bagi diri ini untuk menelan pahit maung akibat perbuatan diri sendiri. Alhamdulillah, SubhanAllah, hari ini Eiliyana bukan diri yang dahulu lagi. Eiliyana sudah “dilahirkan” menjadi orang yang baru. Menjadi lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan dan paling utama lebih mengingati mati. Insya’Allah..
Dalam hadis 40 oleh Imam Nawawi menceritakan hadis terawal yg berkaitan dgn niat. Secara ringkasnya, setiap perkara itu harus dimulai atau disertakan dgn niat, apabila niat itu di setkan secara positif, makanya ia akan dihantar utk diproses ke otak lalu terus kepada penghasilan yg dinamakan “action” atau tindakan(perbuatan). Juga apa kesan hikmah yg akan kita dapat melalui setiap dari perbuatan itu tadi.
Eiliyana akan cuba sebaik mungkin, sedaya upaya, sehabis tenaga untuk melakukan setiap pekerjaan itu dgn baik dan juga dpt m’beri manfaat kpd org lain. Satu sahaja yg Eiliyana fikirkan sekarang ini untuk istiqamah dlm jalan Allah, iaitu setiap hari, hati, ruh dan akal Eiliyana akan fikir bahawa kehidupan hari ini, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melakukan ibadah kepada Allah disamping membantu dan memimbing manusia yang lain ke jalan yang benar dan diredhai Allah.. itu sahaja.
Eili diberi hidayah oleh Allah di satu tahap usia yang sepatutnya telah membuat sesuatu yang hebat utk agama. Tetapi pabila direfleksi kembali usia sebelum ini (sebelum diberi hidayah), apakah yang bakal Eili jawab di hadapan Allah nanti? Allahurabbi.. tiada apa.. yang hanya ada semuanya perbuatan sia-sia yang tidak mendatangkan hasil kebaikan kepada sesiapa pun, terutama pada diri sendiri.
Justeru itu wahai kalian..Eili menyeru pada semua, pemuda pemudi khususnya! Bangunlah dari tidur yg lena, sedarlah dari kelalaian dan tipu daya dunia! Bangkitlah melawan kelesuan jiwa! Kita semua ada misi hidup di dunia.. masa tidak menunggu kita, mengapa kita masih duduk dgn tenang tanpa berbuat sesuatu utk ummah dan agama? Paling tdk pun utk bekalan diri sendiri ? fikir sejenak, muhasabah diri, perbaharui niat sentiasa, buat sesuatu yg boleh meningkatkan iman kita, yg boleh memberi manfaat utk kita semua.. insya’Allah..
Pada kesempatan ini, sedikit perkongsian tips untuk semua para pembaca yang terdetik untuk berubah ke arah kebaikan. Mudah-mudahan jika kesemuanya dapat laksanakan, maka kita akan dapat terus melaksanakan kewajipan kita sebagai hamba Allah secara konsisten. Insya’Allah..
a) Pertama: Menyedari selalu akan hakikat diri kita yang serba kekurangan. Manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Ia selalu terdedah untuk pelbagai penyakit, musibah, kemiskinan dan lain sebagainya. Siapa yang ingin menjaga diri atau keluar daripada perkara-perkara buruk tersebut, ia mesti menjaga hubungan baiknya dengan Allah Yang Maha Berkuasa.
Imam Al-Syafii pernah berkata: “Kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Barang siapa yang selalu menyedari sifat ini, ia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT.”
b) Kedua: Menyedari hakikat hidup kita di muka bumi ini. Setiap daripada kita adalah tetamu, dunia ini adalah tempat persinggahan, negeri asalnya adalah akhirat dan bekalannya adalah ibadah.
c) Ketiga: Lakukan ibadah mengikut kemampuan. Jangan terlalu berlebihan sehingga melahirkan rasa bosan dan serik. Dua rakaat sunat tahajud yang rutin kita kerjakan setiap malam, lebih baik daripada 100 rakaat yang kita lakukan sekali sahaja seumur hidup.
d) Keempat: Bercampurlah dengan orang-orang yang baik(soleh). Sebab perjalanan jauh sangat membosankan jika kita menempuhnya seorang diri. Perjalanan itu akan menjadi lebih ringan, bahkan menyenangkan, jika kita berjalan bersama orang-orang yang kita cintai. Begitu juga perjalanan kita menuju akhirat. Justeru, carilah orang-orang yang satu destinasi dengan kita menuju syurga.
Kenali mereka dengan akhlak mulia yang terdapat dalam diri mereka. Sebab ahli syurga adalah orang-orang yang sopan, lemah lembut, tawaduk, tidak menyimpan hasad dengki, suka menghormati orang lain dan pelbagai sifat mulia lainnya.
e) Kelima: Muhasabah diri selalu, jangan pernah merasa cukup atas ibadah dan kebaikan yang kita lakukan dan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Sering-seringlah meminta ketetapan iman dan tidak terpesong daripada jalan yang Allah redai.
Selain itu, turut dikongsikan 7 golongan yang menjadikan orang itu yang beruntung di dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11. Perhatikan setiap ayat-ayatNya, fahami maknanya dan belajar merasakan ayat-ayat itu adalah perintah dari Allah untuk kita.
Eiliyana akhiri dengan sedikit doa buat kita semua. Mudahan kita dapat praktikkan dan hayati doa ini melalui hati serta melaziminya selalu.. insya’Allah..
Bismillahirrahmanirrahim..
“Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Sihatkan lah tubuh badan kami. Berilah cahaya hati kami. Tetapkanlah iman kami. Baikilah amalan kami. Luaskanlah rezeki kami. Kepada kebaikan itu dekatkanlah kami. Daripada kejahatan itu jauhkan jugalah kami. Sampaikanlah segala hajat kami thdp agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau berkuasa thdp segala-galanya itu.
Ya Allah, bahawasanya aku bermohon kpd Engkau segala kebajikan sama ada cpt atau yg lambat, yg diketahui atau yg belum diketahui. Dan aku berlindung dgn-Mu ya Allah daripada segala kejahatan sama ada cpt atau yg lambat, yg aku ketahui mahpun tidak.
Ya Allah, aku bermohon kpd-Mu syurga dan perkara yg mendekatkanku kpdnya, sama ada berupa perkataan atau amalan. Dan aku berlindung dgn Engkau daripada neraka dan perkara-perkara yg mendekatkanku kpdnya, sama ada dari perkataan juga perbuatan.
Ya Allah, aku memohon kpd-Mu supaya Engkau jadikan segala ketetapan qada’ Engkau atas diriku kebajikan semata-mata. Ya Allah, aku memohon kepada –Mu tntg segala yg Engkau tetapkan bagiku supaya Engkau jadikan akibatnya lurus(baik). Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkanlah hati kami terhadap agamaMu dan ketaatan kepadaMu.. Amin Allahumma Amin..
Alhamdulillah.. Eiliyana sudah pun berubah, anda bila lagi? Hidayah tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencarinya ya.. Tepuk da da, sedarkan minda, tanya diri sendiri.. wallahu’alam..
Karya ini dikarang oleh,
Saudari Permata Solehah
semester 7
Bachelor in Economics and Finance
Aktivist Pembina Kuis
Source link
The post DOA MOHON HIDAYAH ALLAH SWT AGAR HATI LEMBUT UNTUK SOLAT DAN TAAT PERENTAH ALLAH – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/doa-mohon-hidayah-allah-swt-agar-hati-lembut-untuk-solat-dan-taat-perentah-allah-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 465 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 1 Harus sujud dengan 7 anggota badan 2 Harus dengan dahi yang terbuka 3 Kepala harus ditekan 4 Tidak boleh ada hawa lainnya 5 Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud 6 Kepalanya har...
Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 412 hits
Ustaz Mohd Hanif Salleh Panduan Solat Atas Kerusi Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim dalam keadaa...
Doa Doa Untuk Mengubati Penya Kit Hilang Ingatan Rileks Media

Doa Doa Untuk Mengubati Penya Kit Hilang Ingatan Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 822 hits
Soalan Bolehkah ustaz berikan doa doa untuk mengubati penya kit hilang ingatan Jawapan Alzheimer adalah sejenis penya kit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri Seseorang yan...
5 Tip Agar Wajah Cantik Betul Betul Putih Berseri Menurut Islam Rileks Media

5 Tip Agar Wajah Cantik Betul Betul Putih Berseri Menurut Islam Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 488 hits
Memutihkan wajah tidak hanya menggunakan bahan bahan alami atau krim pemutih wajah saja tetapi juga boleh dilakukan tanpa ubat dan cukup menjalani perintah agama Dalam agama Islam untuk mendapatkan wajah putih berseri dan awet muda amat mud...
Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib Namun Sering Dilanggar Oleh Umat Muslim Rileks Media

Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib Namun Sering Dilanggar Oleh Umat Muslim Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 373 hits
Apabila Maghrib tiba rata rata penduduk Indonesia terutama dipelosok pelosok yang penduduknya Muslim segera bergegas meninggalkan pekerjaannya dan akan pulang ke rumah sambil menutup rumah dan bersiap ke Masjid untuk solat jamaah Ternyata l...
16 Rahsia Dahsyat Sujud Ketika Solat Rileks Media

16 Rahsia Dahsyat Sujud Ketika Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 346 hits
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud Pada hal kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s w t yang sia sia malahan setiap ciptaan itu mempunyai keleb...
10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 479 hits
Cara Ajar Anak Solat 1 Ajar anak suka dengar azan Sewaktu azan suruh anak diam dengar dan menghayati sama sama Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat Ke...
Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 494 hits
Berikut ini beberapa di antara surah surah Al Qur an yang sungguh luar biasa manfaatnya untuk mengeluarkan jin dan juga benda benda halus atau racun ilmu sihir dari tu buh manusia Mengeluarkan benda benda tersebut memang terbilang cukup sul...
Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh Rileks Media

Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 403 hits
Doa Pengasihan Nabi Yusuf Amalan doa pengasihan ini memang sangat terkenal Amalan ini merupakan salah satu amalan pengasihan Islam yang menggunakan ayat ayat al Qur an Ada banyak amalan dan doa yang bisa diwiridkan untuk berbagai macam tuju...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya