Bakal Pengantin Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin


Bakal Pengantin, Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin. Mungkin agak janggal kenapa perlu dimulakan dengan istikharah. Mengapa bukan dengan mengumpul wang, ataupun mencari calon? Saya yakin tiada seorang pun di dunia ini yang mengetahui akan perihal masa hadapan.
Perancangan yang sempurna tidak pernah menjanjikan hasil atau keputusan yang sempurna. Sekiranya anda sedang melamar ataupun dilamar seseorang, bagaimana anda mahu betul-betul yakin akan calon tersebut adalah yang terbaik?
Meskipun anda telah bertanya kepada rakan terdekat dan keluarganya; siapakah diri calon tersebut, bagaimana perwatakannya, anda masih terperangkap dalam perasaan was-was.

Inikah jodoh sepanjang hayatku? Sebab itu, ada orang mengatakan perkahwinan itu satu perjudian. Bagaimana rapi dan teliti sekalipun perancangan sebelum kahwin, tiada siapa yang berani memberi jaminan ianya akan kekal sampai bila-bila.
Untuk itu, tiadalah tempat lain yang seharusnya kita letakkan pergantungan harapan, melainkan kepada Allah, pemilik hati kita, juga hati calon tersebut.
Mintalah pada Allah petunjuk agar dipermudahkan urusan perkahwinan tersebut.
1. Jalani Proses Taaruf dengan Bijak dan Taqwa Ramai dari kalangan mereka yang sedang dalam proses taaruf (kaum wanita terutamanya) sering diselubungi rasa ragu-ragu kerana tidak mengenali calon pasangannya dengan baik.
Lebih malang, ada yang sanggup melampaui batas syariat Allah seperti keluar berduaan dengan calon, atas alasan ingin mengenali dengan lebih mendalam.
Percayalah, sekiranya ada calon yang mendatangi anda dengan cara terus menghubungi anda sebelum ibubapa atau wali terdekat anda, ketahuilah bahawa dia belum betul-betul bersedia untuk mengahwini anda.
Walaubagaimanapun, jangan tersalah faham. Islam tidaklah jumud dan sempit dalam menyediakan penyelesaian kepada permasalah pergaulan lelaki dan perempuan.
Bahkan sekiranya anda sedang berada dalam proses taaruf ataupun lebih disebut dalam masyarakat kita sebagai bertunang, anda perlu berkomunikasi dengan cara yang bijak dan mengikut lunas syariat.
Bukan tidak boleh keluar bersama, ajaklah keluarga yang menjadi perantara. Bukan tidak boleh berhubung melalui SMS mahupun Whatsapp; create satu whatsapp group yang membolehkan anda menambah ahli keluarga di dalam group tersebut.
Ini lebih dekat kepada taqwa berbanding anda berchatting langsung dengan calon. Anda mungkin boleh tanyakan kepada calon anda soalan-soalan ‘bijak’ seperti ini.
Bagaimana calon mengawal kemarahan. Apa expectations yang diharapkan dalam perkahwinan. Perancangan hidup (jangka masa pendek/panjang). Mengenai perbelanjaan bulanan dan macam mana nak urus wang. Secara mudahnya, tanyakan soalan-soalan matang sebegini yang benar-benar akan member kesan kepada kehidupan selepas berkahwin. Berbanding bertanyakan ‘dah makan ke belum’, ‘sihat kah’ atau yang seumpanya.
Saya tahu perkara ini sangat sukar, tetapi seboleh mungkin cuba elakkan emosi mengatasi rasional semasa proses taaruf. Kerana apabila anda telah terlalu ‘suka’ kepada calon. Anda akan mengenepikan semua perkara lain mengenai calon. Semuanya akan kelihatan cantik di mata anda.

2. Jangan terlalu percaya kepada janji dan harapan Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin, akan mudah mendahulukan emosi, perasaan dan penampilan luaran berbanding objektiviti dan rasional.
Apabila telah ‘tersuka’ seseorang, anda seakan-akan terus melupakan keburukan (boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga) calon tersebut.
Seperti contoh calon tersebut (lelaki) adalah perokok tegar. Anda dengan naifnya berharap, selepas berkahwin beliau akan berubah dan meninggalkan rokok. Ditambah pula dengan janji manis beliau yang katanya akan berhenti merokok sebelum kahwin.
Saya bukanlah ingin menutup pintu taubat orang lain. Terutama bagi mereka yang betul-betul berubah. Dan saya tidak punya kuasa sebegitu pun. Tetapi saranan ini hanyalah sebagai panduan kepada kalian yang sedang membuat persiapan sebelum kahwin.
Janganlah terlalu mengharapkan perubahan yang terlalu mendadak daripada calon anda. Berpada-padalah.
3. Dekatkan Diri Kepada Allah Perkahwinan adalah antara turning point paling utama dalam hidup anda. Perancangan sebelum kahwin yang berkaitan perkara teknikal penting. Tetapi perkara ini jauh lebih penting.
Siapa bakal suami atau isteri anda akan menentukan bagaimana kehidupan anda selepas berkahwin kelak.
Oleh itu, gunakan masa ini sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan harapan, apabila hati anda dekat dengan Allah, segala keputusan yang anda buat mempunyai barakah.
Lebih utama, agar keputusan anda jauh dari kesilapan. Mendekatkan diri kepada Allah juga mengajar erti tawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah komitmen usaha yang tinggi.
Cintakan pasangan adalah lumrah. Tetapi jangan sesekali lupa, cinta kepada Allah adalah yang pertama dan utama. Segala perkara yang menghalang anda daripada memanifestasikan cinta kepadaNya harus dikesampingkan.
4. Sentiasa perbaharui niat Niat adalah perkara terpenting dalam setiap amal. Tidak perlu dizahirkan dengan lafaz kata tetapi ianya harus kukuh bertapak dalam sanubari.
Sekiranya niat itu suci bersih semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, usaha dan proses taaruf yang kita jalani itu akan ditempuhi dengan penuh hati-hati.
Walaubagaimanapun, niat yang letaknya di hati itu, sifatnya juga mengikut ‘rumah’nya. Sering berbolak-balik. Kadang kala dengan berlalunya masa, niat juga berubah.
Ini juga sebabnya tidak digalakkan terlalu lama dalam proses bertunang atau taaruf. Ini kerana ia akan menggangu hati dan ketetapan niat. Apabila telah jatuh suka, banyak perkara cuba dijustifikasikan.
Mula rasa tidak bersalah apabila berlamaan ‘bergayut’ tanpa tujuan dan keperluan yang jelas. Hati semakin meronta untuk berjumpa berduaan.

Untuk itu, perbaharuilah niat sekerap yang boleh. Dari sudut yang lain, apabila niat yang dipasakkan sejak awal betul, sekalipun proses taaruf tidak menjadi. Tidak sampai ke gerbang perkahwinan. Anda tidak terlalu bersedih hati.
Kerana anda yakin, semuanya aturan Allah. Pastinya itu yang terbaik untuk anda.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Bakal Pengantin, Buatlah Solat Istikharah Sebelum Tergerak Hati Nak Kahwin appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/bakal-pengantin-buatlah-solat-istikharah-sebelum-tergerak-hati-nak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khas Untuk Bakal Pengantin Bila Nak Kahwin Nanti Korang Wajib Kena Hafal 3 Surah Ini

Khas Untuk Bakal Pengantin Bila Nak Kahwin Nanti Korang Wajib Kena Hafal 3 Surah Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 486 hits
Khas Untuk Bakal Pengantin Bila Nak Kahwin Nanti Korang Wajib Kena Hafal 3 Surah Ini Insha Allah Adalah menjadi keutamaan sebagai ketua keluarga memberikan didikan agama kepada isteri dan juga anak anak Rata rata punca penceraian yang berla...
Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh Perkara Ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat

Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh Perkara Ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 677 hits
Soalan Adakah kita perlu mengqada solat yang tertinggal dengan sengaja malas dan cuai Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada nya Jawapan Firman Alla...
Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 594 hits
Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital kini Qayyum sudah dibenarkan pulang Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak kanak berkenaan Datin Sei Nur Shahida yang juga merupa...
Nak Kahwin Tak Payah Grand Sangat Pu Amin

Nak Kahwin Tak Payah Grand Sangat Pu Amin

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 324 hits
Melalui entri terbaru PU Amin menasihati orang ramai agar bersederhana dalam membuat majlis perkahwinan Tapi disebalik nasihat itu ramai mengaitkan majlis Elfira The post appeared first on
Kalau Anak Degil Tak Solat Jangan Salahkan Anak Kita Sendiri Perlu Jadi Orang Yang Kita Nak Anak Jadi

Kalau Anak Degil Tak Solat Jangan Salahkan Anak Kita Sendiri Perlu Jadi Orang Yang Kita Nak Anak Jadi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 481 hits
Sebagai ibu bapa kita nak yang terbaik untuk anak anak Tapi sebelum impikan anak anak jadi yang terbaik kita sebagai ibu bapa perlu yang yang terbaik supaya anak dapat mencontohi kita Benda yang paling banyak saya ubah pada diri sendiri sej...
Touch Id Bakal Digunakan Untuk Pengesahan Identiti Sebelum Mengisi Maklumat Peribadi Pada Macbook

Touch Id Bakal Digunakan Untuk Pengesahan Identiti Sebelum Mengisi Maklumat Peribadi Pada Macbook

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 292 hits
Sudah menjadi lumrah proses menaip maklumat peribadi di lalam web seperti nama penuh alamat rumah dan telefon adalah sedikit melecehkan Jadi kebanyakan pelayar mempunyai fungsi auto isi yang menyimpan data pengguna bagi memudahkan proses in...
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 803 hits
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat TAHAJJUD Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan ...
Memang Rare Habis Kahwin Ini Posmen Datang Minta Sign Atas Pelamin Ini Reaksi Pengantin

Memang Rare Habis Kahwin Ini Posmen Datang Minta Sign Atas Pelamin Ini Reaksi Pengantin

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 549 hits
Sebut sahaja majlis perkahwinan acara penuh bersejarah itu pastinya diserikan dengan kehadiran ahli keluarga sanak saudara dan sahabat handai Namun lain pula ceritanya dengan sepasang pengantin di Wakaf Bharu Kelantan apabila mereka dikejut...
Solat Tahajjud Pada Sepertiga Malam Adalah Penawar Bagi Segala Kegelisahan Hati

Solat Tahajjud Pada Sepertiga Malam Adalah Penawar Bagi Segala Kegelisahan Hati

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 581 hits
Seorang muslim yang bertaqwa akan melakukan perintah Allah serta menjauhi larangan Nya Menjalankan perintah Allah salah satunya yaitu dengan mengerjakan solat Solat yang diwajibkan iaitu solat fardhu 5 kali dalam sehari semalam Sedangkan so...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord