Jaga Solat Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah


Jaga Solat, Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah! Istiqamah. 7 Cara berubah secara berterusan ini adalah, antara yang kita boleh lakukan supaya paling minima, kita menghasilkan perubahan walau sekecil zarah. Kerana sesungguhnya gunung-ganang itu terdiri daripada kerikil-kerikil kecil.
BACA: Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah? Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan!
Anda boleh lakukan 7 cara ini mengikut kesesuaian anda. Mungkin tidak perlu ikut urutan.

1 – Matlamat Yang Jelas Andai kita belajar hadis, perkara yang pertama yang disebut adalah tentang niat. Begitulah pentingnya sebelum kita berubah, kita jelaskan matlamat ‘kenapa kita nak berubah?’.
Kita nak pergi ke sesuatu tempat. Pasti ada destinasi betul? Apabila kita tahu destinasi, maka kita akan lebih mudah dapat membuat pilihan dan keputusan, jalan mana yang mahu digunakan untuk ke sana.
Nah! Beginilah pentingnya menetapkan matlamat tentang, ‘mengapa kita nak berubah?’. Minda ini apabila kita jelaskan apa yang kita mahu, maka inshaAllah lebih mudah ia faham dan memberi arahan kepada yang lain.
Mengapa aku nak berubah?
Kemudian, slash ayat-ayat negatif yang anda tulis tadi. Hasilnya, otak anda akan mula fokus apa yang anda inginkan. Barangkali antara sebab kita masih berubah, kita fokus kuat kepada perkara-perkara yang kita tidak suka. Dan ia semakin membuat kita membencinya. Justeru, tukar fokus kita. Mula fokuskan pada perkara-perkara positif.
2 – Melazimi Taubat Mungkin istiqamah yang anda sangkakan bukan tentang dosa, namun pasti yang anda mahukan adalah perubahan yang lebih baik kan? Syarat untuk berubah adalah meninggalkan yang tidak mahu, dan mula fokus kepada perkara yang kita mahu. Ada pepatah dalam bahasa Inggeris,
Taubat adalah bermaksud menyesali perbuatan lalu dan berazam memperbaiki perbuatan akan datang. Yakni, kita nak bina sesuatu yang baru dalam diri kita, dan syaratnya adalah perlu meninggalkan perbuatan lalu.
Selagi kita masih di takuk yang lama, pasti susah untuk kita beralih kepada sesuatu yang baru betul? Justeru, penting untuk sentiasa melazimi taubat.
Supaya kita sentiasa bersihkan diri daripada perkara-perkara lalu, sama ada dosa atau tabiat buruk, seterusnya fokus dengan keras untuk membina pahala dan tabiat baru yang lebih baik.
3 – Berdoa Kepada Allah Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Selepas kita berniat, kita serah ke Allah terus untuk menguruskan diri kita. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pengurus. Hatta jantung yang berdegup inipun kita tidak mampu uruskan, apatah lagi, menguruskan seluruh diri kita.
Berdoalah kepada Allah, memohon hidayah dan rahmat limpah kurniaNya.
4 – Mulakan Dengan Perubahan Yang Ringan Dan Termampu
Jangan gelojoh. Tergesa-gesa itu daripada syaitan. Analoginya, andai sekarang berat kita 150kg, jangan gelojoh mahu terus turunkan kepada 50kg. Hatta Al-Quran diturunkan secara berperingkat.
“Jangan takut perlahan. Yang lebih patut ditakuti adalah, apabila tidak bergerak langsung.”
Lebih baik turunkan berat badan sedikit demi sedikit secara natural dan tanpa penyakit. Berbanding, turun menjunam namun mendapat 101 penyakit kerana, pemakanan yang tidak sihat dan penggunaan produk kuruskan badan yang banyak.
Contoh, seumur hidup tak pernah baca Al-Quran terjemahan. Jangan terus gelojoh mahu habiskan satu juz. Memadai baca 1 ayat pada tiap hari. Biar perlahan asal bergerak.
Contoh lain, bagi yang ingin melatih fokus, boleh mulakan tugasan itu tiap 5 minit. Selepas itu andai rasa boleh lama, teruskan. Sekiranya rasa sudah tak mampu, berhenti sekejap, dan sambung semula. Biar perlahan asal tugasan itu dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.

5 – Pilih Persekitaran Yang Sama Dengan Misi Kita Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak.”
Andai kita pelajar yang mahu capai dean list pada semester itu, maka bergaul lah dengan orang yang sama misi dengan kita. Supaya misi kita tidak terganggu sebaliknya saling mendorong sesama rakan bagi mencapai misi itu.
Andai kita orang yang mahu berniaga, maka bergaul lah dengan orang yang sudah lama berniaga. Supaya daripada situ, kita boleh mendapatkan tip perniagaan daripadanya. Berbanding kita bersama dengan orang yang tidak suka berniaga, pasti dicemuh atau direndah-rendahkan niat kita untuk mulakan pernaigaan.
6 – Jaga Solat, Dan Sentiasa Mengingati Allah Solat mempunyai rahsia tersembunyi yang boleh membantu kita perbaiki perubahan kita. Andai kita seorang yang suka bertangguh, cuba kita perhatikan adakah kita seorang yang selalu melengahkan solat?
Andai kita seorang yang selalu tergesa-gesa, cuba renung cara kita solat. Adakah tergesa-gesa atau secara perlahan-lahan dan khusyuk? Pepatah Inggeris mengatakan:
Pasakkan diri untuk sentiasa berusaha menunaikan solat pada awal waktu, dan memperbaiki cara kita solat selama 21 hari. Kemudian, lihat bagaimana kehidupan kita setelah memperbaiki solat kita. InshaAllah pasti ada perubahan untuk projek istiqamah kita.
Di samping itu, bagi meningkatkan potensi perubahan kita, usahakan untuk sentiasa mengingati Allah. Sama ada berzikir atau berdialog atau meluahkan kepada Allah apa yang kita mahukan untuk perubahan kita itu, dan betapa kita sangat perlukan Allah untuk membuat transformasi kita berjaya dengan izin-Nya.

7 – Bersyukur Pada Tiap Proses Apabila kita masuk syurga, apa yang kita boleh raikan bukanlah tentang matlamat kita dapat masuk syurga. Tetapi proses yang telah kita lalui untuk masuk ke syurga.
Seperti kita masuk universiti 3 tahun untuk dapatkan Ijazah. Pasti ketika hari graduasi kita, ada 101 perasaan. Antaranya gembira. Gembira kerana telah berjaya tamatkan pelajaran selama 3 tahun itu setelah melalui 101 pengalaman suka dan duka di dunia kampus.
Hari graduasi itu adalah hari kita raikan segala usaha dan penat lelah, menamatkan dunia kampus untuk mendapatkan ijazah kita. Sama juga dalam projek istiqamah ini.
Setelah berjaya satu perkara yang buat kita gembira, dan berpuas hati pada hari itu, tulis dalam satu buku yang kita boleh namakan sebagai, Buku Kejayaan.
Antara tip hidup tenang adalah kita membandingkan diri kita pada hari semalam dengan hari ini. Bukan dengan membandingkan diri kita dengan diri orang lain yang sudah Bab 20, sedangkan diri kita yang baru Bab 1.
InshaAllah dengan menulis dalam Buku Kejayaan, kita lebih jelas tentang perubahan yang kita lakukan. Sedikit namun ada penambahbaikan pada tiap hari.
Kan best tengok! Baru bersemangat! Buku Kejayaan juga adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah dan diri, bahawa kita dapat buat lebih baik pada hari itu berbanding sebelum ini.

Jangan Pandang Belakang, Jalan Terus Allah tidak akan jemu selagi kita tidak jemu untuk berubah. Allah tidak melihat hasil, sebaliknya Allah melihat usaha kita. Walau kita berusaha sekecil 0.0001mm, pasti Allah akan mengganjarkan usaha kita berubah ke arah lebih baik untuk-Nya.
Perbanyakkanlah apa yang Allah suka, inshaAllah Allah beri apa yang kita suka mengikut kebijaksanaan-Nya. Saat kita ada terdetik untuk meminta, barangkali itu tanda Allah nak beri. Justeru, mintalah.
Selamat berjuang! Bismillah.
Sumber: Tazkirah.com
The post Jaga Solat, Dan Sentiasa Mengingati Allah 7 Cara Berubah Secara Istiqamah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jaga-solat-dan-sentiasa-mengingati-allah-7-cara-berubah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1619 hits
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan Solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilakukan di samping membentuk peribadi manusia kerana ianya mampu menghalang seorang Muslim daripada me...
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 803 hits
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat TAHAJJUD Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan ...
Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 624 hits
Penjagaan gigi anak sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa Perkongsian doktor ini boleh dijadikan panduan Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia berkongsi tentang cara penjagaan gigi yang dilakukan kepada anaknya...
7 Cara Jaga Kesihatan Bayi Dan Keluarga

7 Cara Jaga Kesihatan Bayi Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 382 hits
7 cara untuk menjaga kesihatan keluarga anda semasa musim sejuk dan selesema 7 Cara Jaga Kesihatan Bayi dan Keluarga Assalamualaikum wbt Cuaca yang tidak menentu sekarang ini boleh menyumbang kepada masalah kesihatan keluarga anda terutaman...
Sentiasa Dilimpahi Rezeki Tetapi Masih Belum Pernah Sujud Syukur Inilah Cara Pelaksanaannya

Sentiasa Dilimpahi Rezeki Tetapi Masih Belum Pernah Sujud Syukur Inilah Cara Pelaksanaannya

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 2440 hits
Sebagai seorang manusia pastinya kita akan berterima kasih dan sangat menghargai hadiah ataupun pemberian orang lain kepada kita Inikan pula seorang hamba kepada Tuhan Maha Pencipta Sujud syukur adalah salah satu cara untuk memanifestasikan...
Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 780 hits
Bagaimana untuk solat awal waktu bila anak suka mengempeng Ini antara dilema yang ramai ibu menyusu selalu tanya Kadang tu tak khusyuk untuk solat kerana anak merengek di tepi Kaunselor Laktasi ada kongsi tip yang dilakukannya sendiri bila ...
Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 619 hits
JOM TONTON VIDEO CERAMAH TERKINI Bagaimana Nak Dapat Hidayah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Setiap kali selepas solat Sentiasa berdoalah supaya Allah SWT memberi hidayah kpd kita Jangan kagum dgn amal ibadah yg kita lakukan selama ini ker...
Jom Baiki Cara Solat Kita

Jom Baiki Cara Solat Kita

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 369 hits
Artikel di bawah ditulis Saudari Hanan pada tahun 2004 bertajuk Adab Solat Seorang Muslimah Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada muslimah di luar sana Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi Ras...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord