Solat Hajat Doa Malaysia Iringi Jihad Rakyat Palestin


BERNAMA YANG di-Pertuan Agong berkenan menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Istana Negara malam ini. FOTO Bernama Kuala Lumpur: Rata-rata umat Islam di Malaysia hari ini bersolidariti memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang berjihad menentang kezaliman Israel.
Banyak solat hajat dan doa selamat dilaksanakan selepas Solat Maghrib secara serentak di beberapa negeri mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai tanda sokongan moral, prihatin dan kebersamaan Malaysia dengan saudara seagama di bumi Palestin.
Di Kuala Lumpur, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat berjemaah bersama 40 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai dan petugas Istana Negara di Surau Utama Istana Negara, di sini.
Solat sunat hajat turut dilaksanakan di masjid-masjid utama termasuk Masjid Negara dan Masjid Wilayah di ibu negara serta di Masjid Putra, Putrajaya di sini, malam ini.
Solat hajat dua rakaat yang diakhiri dengan bacaan Qunut Nazilah serta doa selamat itu, amat menyentuh hati ahli jemaah yang hadir, malah ada antara jemaah di beberapa masjid di sini dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika mengaminkan doa.
Di Perak, tinjauan Bernama di Masjid Al-Ansar, Bandar Meru Raya, Ipoh, mendapati kira-kira 40 anggota jemaah menunaikan solat hajat dan doa selamat untuk memohon kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang kekerasan dan penindasan Zionis itu.
Jemaah di situ dibenarkan masuk ke perkarangan masjid seawal pukul 7.00 malam dan pintu pagar ditutup sejurus azan dilaungkan bagi mengehadkan jumlah kapasiti di dalam masjid.

DR Zulkifli menyampaikan tazkirah selepas mengimamkan solat hajat untuk kesejahteraan Palestin di Masjid Ibnu Khaldoon, Sungai Besi malam ini. FOTO Bernama Di Sarawak, sebahagian besar masjid dan surau di negeri itu termasuk Masjid Bandaraya Kuching melaksanakan solat hajat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, agar solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin dilakukan di seluruh negara.
Tinjauan di Masjid Bandaraya Kuching, mendapati bukan sahaja solat sunat hajat diadakan malah ahli jemaah yang hadir turut mendengar tazkirah ringkas berkenaan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.
Di Johor Bahru, kira-kira 200 anggota jemaah menunaikan solat sunat hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta bacaan surah Yasin di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, di sini, untuk mendoakan kesejahteraan masyarakat Islam di Palestin.
Di Pulau Pinang pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan pekeliling kepada 800 masjid dan surau di negeri itu melaksanakan ibadah sama.
Di Pahang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah antara 50 anggota jemaah yang menunaikan solat hajat dan doa selamat memohon Allah melindungi serta meringankan penderitaan rakyat Palestin di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.
Selain itu, Kerajaan negeri Pahang turut menyumbangkan RM250,000 kepada rakyat Palestin yang sedang berdepan serangan rejim Zionis Israel sehingga mengorbankan dan mencederakan ratusan individu tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sejak minggu lalu, berlaku siri keganasan Israel terhadap Palestin selepas pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin,
Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa pada 7 Mei diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza, dan sehingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, konflik itu bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran.

SOLAT sunat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu malam ini. FOTO Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/solat-hajat-doa-malaysia-iringi-jihad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 376 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri termasuk dalam suasana PKP namun ternyata rakyat Palestin berhadapan dengan ujian lebih besar iaitu perlu berhadapan serangan Israel Menerusi Twitter meskipun ma...
Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin Berjaya Mengubah Persepsi Dunia

Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin Berjaya Mengubah Persepsi Dunia

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 257 hits
Kita sering didedahkan dengan kesan kesan pengaruh media terhadap diri sendiri dan kelompok umum Penggunaan media sosial khususnya memberi impak yang besar Namun jika kita melihat dari sudut yang positif perkara ini sebenarnya adalah satu p...
Sumbangan Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa Gaza Palestin Fahami Penjelasan Beberapa Sumber

Sumbangan Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa Gaza Palestin Fahami Penjelasan Beberapa Sumber

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 315 hits
AssalamulaikumSangat mengejutkan apabila Duta Palestin memberitahu duit sumbangan tidak sampai Al Aqsa Palestin Maka tanpa kita selidik terlebih dahulu cepat cepat kita menghukum bahawa mereka seleweng dana tersebut Jangan cepat melatah Jan...
Jakim Adakan Solat Hajat Khusus Buat Palestin Selepas Maghrib Esok

Jakim Adakan Solat Hajat Khusus Buat Palestin Selepas Maghrib Esok

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 234 hits
Jabatan Agama Islam Negeri seluruh negara diajak sahut saranan solat hajat BANGI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan solat hajat khusus buat Palestin melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara Masjid Putra dan Masjid Tua...
Panjatkan Doa Qunut Nazilah Ini Untuk Keselamatan Rakyat Palestin

Panjatkan Doa Qunut Nazilah Ini Untuk Keselamatan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 532 hits
Dunia digemparkan lagi dengan berita yang memeritkan hati kesemua umat Islam di dunia iaitu isu penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel Ia bukan perkara baru tetapi apa yang membuatkan hati kita lebih meledak marah adalah apabila ia ...
Sumbangan Rakyat Malaysia Disalur Terus Ke Palestin Tegas Aman Palestin

Sumbangan Rakyat Malaysia Disalur Terus Ke Palestin Tegas Aman Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 339 hits
Tidak guna duta sebagai orang tengah ada cawangan rasmi di Gaza BANGI Aman Palestin Berhad sekali lagi menegaskan sumbangan untuk rakyat Palestin disalurkan secara terus tanpa melalui pihak kedutaan mereka Pengurus Aman Palestin Mohd Hanif ...
Vivy Tak Boleh Tidur Teringat Penderitaan Rakyat Palestin

Vivy Tak Boleh Tidur Teringat Penderitaan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 213 hits
Vivy Yusuf KUALA LUMPUR Pengasas Bersama The dUCk Group Vivy Yusof mengakui tidak dapat tidur setiap kali teringat nasib menimpa penduduk Palestin Hati saya hancur ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di Palestin Saya tidak dapat ...
Rakyat Dunia Takkan Lupakan Kelakuan Tentera Zionis Terhadap Palestin

Rakyat Dunia Takkan Lupakan Kelakuan Tentera Zionis Terhadap Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 329 hits
Masjid Qalibo di utara Gaza hancur musnah selepas dibedil oleh pesawat tentera Zionis May 15 2021Gaza mengucapkan selamat jalan kepada ahli keluarga Abu Hatab dan Al Hadidi yang mati syahid Jenazah mereka baru selesai disolatkan dan kini me...
In Putrajaya Instagram Celebrity Fined Rm1 500 For Not Wearing Face Mask In Raya Video

In Putrajaya Instagram Celebrity Fined Rm1 500 For Not Wearing Face Mask In Raya Video

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 507 hits
Putrajaya district police chief ACP Mohd Fadzil Ali said the fine was issued for violating SOPs set by the National Security Council after the man turned up to give a statement at the Putrajaya district police headquarters yesterday Picture...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia