Panjatkan Doa Qunut Nazilah Ini Untuk Keselamatan Rakyat Palestin


Dunia digemparkan lagi dengan berita yang memeritkan hati kesemua umat Islam di dunia, iaitu isu penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel. Ia bukan perkara baru, tetapi apa yang membuatkan hati kita lebih meledak marah adalah apabila ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia, di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah.
Di saat kita kehilangan kata dan hanya mampu menatal melihat gambar-gambar yang menyayat hati di ruang media sosial, sebenarnya kita juga masih boleh melakukan beberapa perkara.
Pertama, terus menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada pihak-pihak NGO yang dapat menyalurkan secara terus dan telus kepada pihak Palestin di sana. Kedua, mengamalkan doa Qunut Nazilah khusus buat keselamatan dan kemenangan rakyat Palestin.
Ingatlah bahawa doa untuk saudara dan sahabat yang lain tanpa diketahui, adalah doa yang akan diterima dan diaminkan oleh para malaikat.
Apa itu qunut nazilah?
Ayuh kita fahami dahulu apa sebenarnya makna doa qunut nazilah. Qunut adalah satu bentuk doa dan nazilah pula bermakna ‘kejadian tertentu yang berlaku’. Maka qunut nazilah adalah satu bentuk doa yang diucapkan apabila berlaku sesuatu musibah dan bencana kepada umat Islam tidak kira dalam bentuk peperangan,penyakit, wabak, mahupun bentuk-bentuk bahaya dan bencana yang lain.
Dan qunut nazilah yang ingin difokuskan pada kali ini adalah qunut nazilah buat rakyat Palestin yang sedang ditindas, diserang, dan dicederakan oleh Israel.
Jika disorot sedikit sejarah Islam, qunut nazilah ini juga pernah diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW sewaktu utusan penghafaz Al-Quran daripada golongan Ansar seramai 70 orang telah dibunuh ketika menyampaikan dakwah. Hal ini sangat mendukacitakan Nabi SAW sehingga baginda membaca qunut Nazilah dalam solat Subuh selama 30 hari.
Peristiwa ini ada direkodkan oleh Anas bin Malik R.A sebagaimana berikut:
Maksudnya : “Kabilah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan meminta bantuan Rasulullah SAW untuk menentang musuh. Lalu Baginda memberikan bantuan dengan mengutuskan 70 orang sahabat dari kalangan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai Qurra’ (para qari) di zaman mereka. Mereka mengutip kayu api pada waktu siang hari dan sentiasa menunaikan solat pada waktu malam.
Sehinggalah mereka tiba di telaga Ma’unah, kabilah-kabilah tersebut membunuh dan melakukan pengkhianatan terhadap mereka. Berita tersebut sampai kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW melakukan qunut (doa) selama sebulan di mana Baginda berdoa kehancuran ke atas sebahagian kabilah arab di dalam solat subuh. Mereka itu ialah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” – Riwayat Al-Bukhari (4090)
Bila boleh melakukan qunut nazilah?
Qunut nazilah ini disyariatkan dalam solat-solat fardu sahaja dan bukan dalam solat-solat sunat. Bermakna, qunut nazilah boleh dilakukan dalam mana-mana solat fardu dan bukannya dalam solat subuh sahaja, tidak kira ketika solat berjemaah atau secara bersendirian.
Ia dibaca sewaktu iktidal iaitu selepas rukuk dan sebelum turun melakukan sujud. Selain itu, disunatkan juga mengangkat tangan berdoa ketika membaca qunut nazilah dan tidak perlu meraup ke muka sebelum sujud.
Apakah bentuk doa dalam qunut nazilah?
Sebenarnya tidak ada lafaz yang khusus yang perlu dibaca dalam qunut nazilah. Cukup ia disesuaikan dengan musibah dan bencana yang sedang terjadi. Namun ada contoh bentuk qunut nazilah yang dibaca oleh Rasulullah SAW. Lafaznya adalah seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :
بَيْنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي الْعِشَاءَ إِذْ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏ ثُمَّ قَالَ قَبْلَ أَنْ يَسْجُدَ اللَّهُمَّ نَجِّ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ، اللَّهُمَّ نَجِّ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، اللَّهُمَّ نَجِّ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ، اللَّهُمَّ نَجِّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ، اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ
(Allahumma najji ‘Ayyash bin ABi Rabi’ah, Allahumma najji Salamah bin Hisyam, Allahumma najji Al-walid bin al-walid, Allahumma najjil mustadh’afiin minal mukminin, Allahummasyhdud watt ‘ataka ‘ala Mudhor, Allahummaj ‘alha siniina kasinii Yusuf)
Maksudnya : Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan) – Riwayat Al-Bukhari (122)
Jadi, doa qunut nazilah ini boleh disesuaikan dengan tujuan dan keadaan pihak yang ingin didoakan. Seperti kali ini, kita sebutkanlah masyarakat Palestin sebagai yang didoakan keselamatan manakala Israel laknatullah sebagai pihak yang ditimpa hukuman dan bencana dari Allah.
Anda juga boleh membaca doa qunut nazilah yang sesuai seperti yang dipetik daripada laman web SyafiQolbu ini seperti:
Akhir sekali, ingin diingatkan bahawa doa dalam solat termasuklah doa qunut nazilah hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab. Justeru sebaiknya amalkanlah doa yang mudah untuk diingat. Jika di luar solat pula, doa-doa buat rakyat Palestin masih boleh dipanjatkan seperti biasa. Cuma qunut nazilah ini dilakukan sebagai mengikuti sunah dan cara Rasulullah SAW yang bersungguh berdoa dalam solat saat saat kaum muslimin para huffaz dizalimi dan terbunuh.
Semoga Allah terus menguatkan umat Islam, melemahkan kaum kafir yang menzalimi umat Islam. Semoga Allah melindungi dan memenangkan rakyat Palestin.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Panjatkan Doa Qunut Nazilah Ini Untuk Keselamatan Rakyat Palestin appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/panjatkan-doa-qunut-nazilah-ini-untuk-keselamatan-rakyat-palestin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 372 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri termasuk dalam suasana PKP namun ternyata rakyat Palestin berhadapan dengan ujian lebih besar iaitu perlu berhadapan serangan Israel Menerusi Twitter meskipun ma...
Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 1063 hits
Allahumma inna naj a lukaFinuhuri a dainaWanna u zubika minshururihimAllahumma badid shamlahumWafariq jama humWashatit kalimatahumWazalzil aqdamahumWasalit a laihim kalbamin kilabikYa qahhar ya jabbar ya muntaqimuYa Allah Ya Allah Ya AllahA...
Solat Hajat Doa Malaysia Iringi Jihad Rakyat Palestin

Solat Hajat Doa Malaysia Iringi Jihad Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 250 hits
YANG di Pertuan Agong berkenan menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Istana Negara malam ini FOTO Bernama Kuala Lumpur Rata rata umat Islam di Malaysia hari ini bersolidariti memohon ihsan daripada Allah...
Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddi Yassin hari ini meminta umat Islam mendoakan agar Allah memelihara dan melindungi rakyat Paslestin yang berhadapan dengan serangan jet dan roket rejim Israel Katanya sungguh besar ujian ujian yang terpa...
Pahang Laksana Doa Qunut Nazilah Dalam Setiap Solat Fardhu

Pahang Laksana Doa Qunut Nazilah Dalam Setiap Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 294 hits
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu Tuanku bertitah bacaan ...
Sumbangan Rakyat Malaysia Disalur Terus Ke Palestin Tegas Aman Palestin

Sumbangan Rakyat Malaysia Disalur Terus Ke Palestin Tegas Aman Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 334 hits
Tidak guna duta sebagai orang tengah ada cawangan rasmi di Gaza BANGI Aman Palestin Berhad sekali lagi menegaskan sumbangan untuk rakyat Palestin disalurkan secara terus tanpa melalui pihak kedutaan mereka Pengurus Aman Palestin Mohd Hanif ...
Penindasan Rakyat Palestin Akan Berlaku Sehingga Turun Al Mahdi

Penindasan Rakyat Palestin Akan Berlaku Sehingga Turun Al Mahdi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 290 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Serangan rejim zionis ke atas umat Islam di Palestin bukan kejadian yang baharu berlaku kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bahkan ujar beliau isu serangan itu sudah berlarutan s...
Syukur Ramai Support Produk Mua Bellaz Hulur Rm20 000 Untuk Rakyat Palestin

Syukur Ramai Support Produk Mua Bellaz Hulur Rm20 000 Untuk Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 354 hits
Demi membantu perjuangan umat Islam yang ditindas ramai pihak termasuk artis pereka fesyen dan selebriti media sosial berganding bahu dalam menghulurkan sumbangan kepada Palestin Tidak terkecuali bagi jurusolek terkenal Nabilah Zulyadaini a...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened