Sumbangan Rakyat Malaysia Disalur Terus Ke Palestin Tegas Aman Palestin


 Siti Hafidah
Tidak guna duta sebagai orang tengah, ada cawangan rasmi di Gaza BANGI – Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sekali lagi menegaskan sumbangan untuk rakyat Palestin disalurkan secara terus tanpa melalui pihak kedutaan mereka.
Pengurus Aman Palestin, Mohd Hanif Mohd Shaidi berkata, sememangnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini tidak menyalurkan dana kepada Duta Palestin di Malaysia untuk Masjid al-Aqsa kerana tanggungjawab penyelenggaraan adalah di bawah Kementerian Wakaf Kerajaan Jordan.
“Aman Palestin mempunyai cawangan rasmi di Gaza dan penyaluran dana dari kami adalah ‘direct’ melalui akaun cawangan rasmi di sana yang dihulurkan terus kepada rakyat Palestin yang memerlukan tanpa mengira ideologi politik dan lain-lain selagi ianya layak.
“Pihak kami tidak menggunakan khidmat Duta Palestin tersebut sebagai orang tengah untuk penyaluran dana,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab isu lama yang kembali bangkit di media sosial bahawa sumbangan orang ramai tidak sampai ke Palestin.
Menepis dakwaan itu, Mohd Hanif berkongsikan pautan video YouTube berhubung kejayaan projek yang telah dilaksanakan Aman Palestin dengan dana daripada amanah penyumbang.
Antaranya pembinaan masjid terbesar di Gaza, Masjid as-Syafie; pembinaan sekolah Quran (Tahfiz) di Gaza; pembinaan semula sekolah anak yatim Dar el-Fadeelah; pembinaan telaga dan tangki air Syria serta penyaluran Ramadan bersama Palestin.


Pada Februari tahun lalu, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali memaklumkan sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada pihak pengurusan di negara itu.
Beliau dilaporkan berkata, sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir oleh Kementerian Wakaf Jordan.
Susulan itu, 10 NGO yang terbabit dalam kerja kebajikan rakyat Palestin dilaporkan menuntut duta negara berkenaan memohon maaf berikutan kenyataannya itu.
Ini kerana kenyataan Walid itu hanya memberi kesan buruk kepada NGO seperti mereka dan dibimbangi akan memberi impak kepada kerja kebajikan di Palestin selain menggugat keyakinan penderma.
Mereka juga mendesak Walid menarik balik kenyataan itu jika tidak dapat memberikan bukti.
Sementara itu, Wisma Putra mengambil maklum kenyataan NGO yang antara lain menyatakan dana kutipan rakyat Malaysia dan bantuan kepada rakyat Palestin disalurkan terus melalui rakan-rakan NGO masing-masing di Palestin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/sumbangan-rakyat-malaysia-disalur-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa Gaza Palestin Fahami Penjelasan Beberapa Sumber

Sumbangan Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa Gaza Palestin Fahami Penjelasan Beberapa Sumber

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 352 hits
AssalamulaikumSangat mengejutkan apabila Duta Palestin memberitahu duit sumbangan tidak sampai Al Aqsa Palestin Maka tanpa kita selidik terlebih dahulu cepat cepat kita menghukum bahawa mereka seleweng dana tersebut Jangan cepat melatah Jan...
7 Senarai Badan Ngo Malaysia Palestin Untuk Hulurkan Sumbangan

7 Senarai Badan Ngo Malaysia Palestin Untuk Hulurkan Sumbangan

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 957 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kekejaman Israel terhadap Palestin terus terusan mendapat tentangan dari seluruh dunia khususnya umat Islam Terbaru serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin...
Aman Palestin Perumahan Perubatan Dan Hospital Jadi Fokus Kutipan Sumbangan

Aman Palestin Perumahan Perubatan Dan Hospital Jadi Fokus Kutipan Sumbangan

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 266 hits
unable to retrieve full text content KUALA LUMPUR Aman Palestin menggariskan tiga fokus bantuan melalui tabung Bantuan Kecemasan Al Aqsa berikutan konflik Israel Palestin yang dijangka terus memuncak Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Be...
Coretan Berkenaan Amalan Rasuah Yang Wajib Rakyat Malaysia Jauhi Artikel Sumbangan Azad Jasmi

Coretan Berkenaan Amalan Rasuah Yang Wajib Rakyat Malaysia Jauhi Artikel Sumbangan Azad Jasmi

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 208 hits
Amalan rasuah sudah jadi budaya kerja di negara kita Budaya bermaksud amalan yang sering diulang ulang sehingga menjadi kebiasaan dan selamber rock Perkara ini semua orang tahu berlaku dengan amat berleluasa Tapi disebabkan dah terlalu lama...
Solat Hajat Doa Malaysia Iringi Jihad Rakyat Palestin

Solat Hajat Doa Malaysia Iringi Jihad Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 293 hits
YANG di Pertuan Agong berkenan menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Istana Negara malam ini FOTO Bernama Kuala Lumpur Rata rata umat Islam di Malaysia hari ini bersolidariti memohon ihsan daripada Allah...
Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin Berjaya Mengubah Persepsi Dunia

Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin Berjaya Mengubah Persepsi Dunia

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 298 hits
Kita sering didedahkan dengan kesan kesan pengaruh media terhadap diri sendiri dan kelompok umum Penggunaan media sosial khususnya memberi impak yang besar Namun jika kita melihat dari sudut yang positif perkara ini sebenarnya adalah satu p...
Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

Malam Syawal Palestin Berdarah Rakyat Malaysia Titip Doa

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 418 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri termasuk dalam suasana PKP namun ternyata rakyat Palestin berhadapan dengan ujian lebih besar iaitu perlu berhadapan serangan Israel Menerusi Twitter meskipun ma...
Malaysia Terus Hulur Bantuan Kepada Palestin

Malaysia Terus Hulur Bantuan Kepada Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 332 hits
Ulangi pendirian konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan mereka KUALA LUMPUR Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan badan antarabangsa bagi membantu raky...
Tiada Kerjasama Aman Palestin Dan Palestine Finance Untuk Kutip Sumbangan

Tiada Kerjasama Aman Palestin Dan Palestine Finance Untuk Kutip Sumbangan

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 257 hits
Tindakan perundangan akan diambil jika Palestine Finance gagal ikut arahan BANGI Aman Palestin menafikan bahawa terdapat sebarang kerjasama di antara pihaknya dengan Palestine Finance seperti di pautan Ketua Pengarah Media dan Korporat Aman...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah