Sokongan Bagi Dap Pkr Mungkin Merosot Jika Lesen Lynas Diperbaharui Kata Penganalisis


Vinodh Pillai Kerajaan akan membuat keputusan selewat-lewatnya 15 Ogos ini sama ada ia akan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng, Kuantan, yang akan tamat pada 2 September ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik memberi amaran sokongan terhadap PKR dan DAP akan merosot jika Putrajaya memutuskan untuk memperbaharui lesen operasi Lynas di kilang memproses nadir buminya di Pahang.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia memberitahu FMT, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan itu lantang mengkritik isu itu sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

“Malah, ahli Parlimen Bentong dan Kuantan sinonim dengan isu ini dan mungkin dipilih berdasarkan isu ini juga,” katanya merujuk wakil rakyat DAP, Wong Tack dan Fuziah Salleh daripada PKR.

Beliau berkata, walaupun DAP mempunyai kerusi majoriti di Parlimen dan menterinya memegang jawatan penting dalam Kabinet, parti itu kelihatan kurang kuasa membuat keputusan sebenar.

“Ia akan menerima kesan terburuk dari segi kemerosotan undi di seluruh negara.”

Bagaimanapun, felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata walaupun penyokong PH akan kecewa jika lesen Lynas diperbaharui, terlalu awal untuk mengatakan jika pangkalan pengundi gabungan itu akan terjejas.

“Paling tidak, mereka mungkin tidak keluar mengundi,” katanya sambil menambah mereka tidak mungkin mengundi Barisan Nasional.

Kilang Lynas di Gebeng, Pahang menjadi punca pertikaian disebabkan pelupusan sisa radioaktif tahap rendah.

Kerajaan akan membuat keputusan selewat-lewatnya 15 Ogos ini sama ada ia akan memperbaharui lesen operasi Lynas yang akan tamat pada 2 September ini.

Isnin lalu, Reuters memetik 2 sumber sebagai berkata, Putrajaya bercadang memperbaharui lesen Lynas, tetapi mungkin tempoh dipendekkan berbanding kebiasaannya 3 tahun.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika mengadakan lawatan ke Tokyo berkata, Lynas akan dibenarkan terus beroperasi di Malaysia kerana kerajaan tidak mahu kehilangan pelaburan besar dari Australia dan permintaan dunia terhadap nadir bumi.

Azmi berkata, tidak mengejutkan jika kerajaan memperbaharui lesen Lynas disebabkan faktor geopolitik global seperti perang perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Katanya, PPBM mungkin tidak akan dikritik walaupun Mahathir ialah pengerusi parti itu.

“Dalam isu ini, saya tak nampak PPBM berada di sisi negatif walaupun ia sebahagian daripada kerajaan.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/sokongan-bagi-dap-pkr-mungkin-merosot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadaan Lebih Tegang Jika Pkr Hukum Farhash Kata Penganalisis

Keadaan Lebih Tegang Jika Pkr Hukum Farhash Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 282 hits
Semalam biro politik PKR memutuskan untuk merujuk Farhash dan MB Selangor kepada lembaga disiplin parti itu PETALING JAYA Penganalisis politik percaya tiadanya keperluan untuk mengenakan tindakan ke atas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Sal...
Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 480 hits
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat menyokong Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak mendakwa pengerusi negeri parti itu Baru Bian membuat kenyataan menyokong kedua dua Preside...
Selepas Khat Dap Panggil Pemimpin Bincang Isu Lynas Pula

Selepas Khat Dap Panggil Pemimpin Bincang Isu Lynas Pula

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 365 hits
PETALING JAYA Seminggu selepas mengadakan pertemuan untuk membincangkan kontroversi berhubung pengenalan tulisan khat di sekolah vernakular pemimpin DAP sekali lagi dipanggil menghadiri pertemuan Selasa ini bagi membincangkan satu lagi isu ...
Dap Youth Wants Cabinet To Reveal Each Minister S Stand On Lynas

Dap Youth Wants Cabinet To Reveal Each Minister S Stand On Lynas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 273 hits
DAP Youth has called on the cabinet to make public its minutes on the discussion regarding Lynas s license renewal as well as reveal where each minister stood on the issue Its deputy chief Chiong Yoke Kong said this was in line with the pri...
Kit Siang Sahaja Tak Cukup Mana Pemimpin Dap Lain Soal Penganalisis

Kit Siang Sahaja Tak Cukup Mana Pemimpin Dap Lain Soal Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Kenyataan Lim Kit Siang tentang Jawi susulan kontroversi pengenalan kepada khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 tidak memadai untuk meleraikan isu berbangkit kerana tiada susulan daripada pimpinan DAP dan NGO Cina k...
Kerajaan Ph Dap Mengaut Keuntungan Dan Pkr Paling Rugi

Kerajaan Ph Dap Mengaut Keuntungan Dan Pkr Paling Rugi

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 360 hits
DAP sedang mengaut segala keuntungan dalam semua segi sejak menjadi kerajaan baik jawatan mahupun peruntukan Mereka sedang menguasai Kementerian Kewangan sepenuhnya Malah dalam semua ISU DAP ke hadapan dan menang dalam semua perundingan Sas...
Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 419 hits
Isu khat Lynas Pertimbangan politik perlu diutamakan PenganalisisOleh August 14 2019Kontroversi sisa radioaktif buangan kilang nadir bumi Lynas dan pengajaran khat Jawi di sekolah vernakular wajib dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan deng...
Sasar Mb S Gor Boleh Makan Diri Kata Penganalisis

Sasar Mb S Gor Boleh Makan Diri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 248 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari belum benar benar selamat kata penganalisis politik Perbezaan kem dalam PKR dilihat akan terus menghantui Amirudin dari pihak timbalan presiden Azmin Ali Dan jika tersalah langkah DAP yang kini tidak me...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thomas Arya Kau Perulah Perasaanku Chord

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

The Simple Ways Of Healthy Living

Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu