Keadaan Lebih Tegang Jika Pkr Hukum Farhash Kata Penganalisis


Nur Hasliza Mohd Salleh Semalam biro politik PKR memutuskan untuk merujuk Farhash dan MB Selangor kepada lembaga disiplin parti itu. (Gambar fail) PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya tiadanya keperluan untuk mengenakan tindakan ke atas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana mengeluarkan tuduhan terbuka terhadap timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Pensyarah Univerisiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata, jika lembaga disiplin PKR mengukum Farhash, maka situasi dalaman parti itu akan menjadi semakin tegang.

Jelasnya, terdapat ramai penyokong Farhash yang akan bersimpati kepadanya dan memprotes keputusan lembaga itu yang menghukum beliau.

“Ini kerana dikatakan 146 ketua bahagian PKR daripada 222 yang ada di seluruh negara menyokong dan memihak kepada kem Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Ini bersamaan sokongan 2/3 daripada bahagian yang ada,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kassim perlu mengambil tindakan terhadap pemimpin negeri itu seperti yang didesak beberapa pihak.

FMT sebelum ini melaporkan Ahmad mengajak semua ahli PKR supaya berdamai dan tidak mengambil tindakan yang boleh memecah belahkan parti itu.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata sekiranya berlaku sebarang tindakan terhadap Farhash, sudah pasti perpecahan dalaman PR tidak boleh dielakkan lagi.

Justeru katanya, langkah terbaik adalah genjatan senjata politik dan memberikan tempoh bertenang di antara kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, sekumpulan ahli PKR Selangor membuat laporan terhadap Farhash kerana laungan “Azmin semburit” yang dilaungkannya di hadapan IPD Dang Wangi selepas dibebaskan daripada reman 8 hari dalam siasatan berkaitan video seks sejenis mirip menteri.

Farhash sebelum itu meminta polis menahan Azmin bagi mengesahkan kredibiliti siasatan yang dilakukan, selain mempersoalkan keperluan pihak berkuasa menahan remannya selama 8 hari.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusof berkata, setakat ini alasan untuk mengambil tindakan ke atas Farhash tidak kukuh, berbanding tindakan ke atas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Azmin sendiri.

Katanya, ini kerana tindakan sama boleh dikenakan ke atas Azmin dan pengerusi PKR Selangor, Amiruddin kerana dilihat membuat tuduhan terhadap Anwar sebagai dalang (penyebaran video seks sejenis).

“Ambil tindakan dalam konteks sekarang akan memerlukan lebih banyak tindakan diambil. Ini akan menjejaskan kedudukan PKR, terutamanya jika ia melibatkan ahli yang berjawatan seperti ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), apatah lagi jika mereka berjawatan menteri atau menteri besar.

“Jika menteri besar diambil tindakan seperti pecat, ini boleh mengakibatkan menteri besar ditukar.
Risikonya ialah jika Sultan tak bersetuju, maka akan berlaku krisis lebih besar,” katanya.Semalam Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan keputusan mesyuarat Biro Politik parti itu bahawa Farhash dan Amirudin diminta meghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataan terbaru mereka berkait isu klip video seks yang tular sebelum ini.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa ahli lain juga akan diminta memberi penjelasan kepada lembaga berkenaan, yang baru-baru ini memutuskan pemecatan keahlian Haziq Aziz, lelaki di sebalik dakwaan video seks sejenis terhadap Azmin.

Haziq dipecat kerana membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/keadaan-lebih-tegang-jika-pkr-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganalisis Ramal Lebih Ramai Pemimpin Pkr Jauhi Azmin

Penganalisis Ramal Lebih Ramai Pemimpin Pkr Jauhi Azmin

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 342 hits
Nur Hasliza Mohd Salleh PETALING JAYA Penganalisis politik menjangka lebih ramai pemimpin dan ahli akar umbi PKR akan menjauhkan diri daripada timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali selepas video seks gay yang menyasarkan pemimpin itu terse...
Farhash Selangor Mb To Face Pkr Disciplinary Board

Farhash Selangor Mb To Face Pkr Disciplinary Board

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 276 hits
PKR Perak chief Farhash Wafa Salvador Rizal PETALING JAYA Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal will be summoned by the party s disciplinary board in relation to recent statements made including his speech in front of the Dang Wangi p...
Panggil Azmin Semburit Ahli Pkr Gesa Tindakan Ke Atas Farhash

Panggil Azmin Semburit Ahli Pkr Gesa Tindakan Ke Atas Farhash

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 445 hits
Sekumpulan anggota PKR yang tidak berpuas hati dengan laungan Azmin semburit telah meminta Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan disiplin ke atas setiausaha politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Mubarak Menurut bekas Timbalan Ketu...
Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita Apa Kata Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita Apa Kata Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 646 hits
UNTUK maklumat lanjut mengenai hukum wanita bergusti dalam Islam sila lihat ini Hukum Bersukan Dalam Islamoleh Syeikh Atiyyah SaqrKetua Lujnah Fatwa Universiti Al Azhar Mesir Pertamanya kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa ap...
Gaji Konstabel Lebih Tinggi Berbanding Penjawat Awam Gred 19 Kata Jpa

Gaji Konstabel Lebih Tinggi Berbanding Penjawat Awam Gred 19 Kata Jpa

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 312 hits
SEMPORNA Gaji seorang konstabel polis RM300 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Borhan Dolah Katanya kelebihan gaji polis mengambil kira faktor keselamatan Gaji maksimum polis RM4 152 ...
Farhash Dan Mb Selangor Dirujuk Ke Lembaga Disiplin Pkr

Farhash Dan Mb Selangor Dirujuk Ke Lembaga Disiplin Pkr

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 261 hits
July 24 2019 11 12 PMPETALING JAYA Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan menghadap lembaga disiplin PKR berhubung kenyataan yang menyasarkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Ketua PKR Perak itu anta...
Polis Beritahu Rakaman Cctv Hotel Sandakan Dipadam Kata Farhash

Polis Beritahu Rakaman Cctv Hotel Sandakan Dipadam Kata Farhash

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 352 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini mempertahankan dakwaannya wujud konspirasi atas penahanannya berhubung video seks sejenis yang menyasarkan Azmin Ali kerana penyiasat memberitahunya ra...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn