Soalan Soalan Panas Ketika Di Immigration Dan Cara Untuk Jawab Soalan Immigration Korea Australia Dan Lain Lain
Hi semua!
Korang nak pergi bercuti ke Australia dan Korea tetapi takut sebab katanya immigration di sana semakin ketat kan? Ada orang ditahan untuk soal siasat, dan apabila tidak dapat menjawab soalan, ada yang dihantar pulang ke Malaysia semula. Ngeri kannnn. Yela sekarang ni pula macam-macam kes orang ambik kesempatan gunakan visa melancong untuk bekerja. Haihhh diorang ni punnnn.
Nila setitik rosak susu sebelanga. Gitchewwww
Tetapi jangan risau, in sha Allah kalau korang ikut tips-tips di bawah ini, korang tak perlu runsing lagiiii. I pun akan kongsikan soalan-soalan HOT yang sering di tanya oleh pegawai imigresen tidak kira di mana pun, Australia, Korea, USA, UK, in sha Allah jawapan dia lebih kurang je. Yang penting, yakin!
TIPS 1 : PRINT SEGALA DOKUMEN PERJALANAN
Pastikan korang menyediakan dokumen-dokumen perjalanan DENGAN LENGKAP! Kalau yang selalu travel dengan I, diorang memang tahulah I ni sangat detail orangnya, semua print outs ada. Dan I juga usually akan print kan sekali untuk kawan-kawan yang travel dengan I. So semua orang akan ada copy of its own.
Antara dokumen yang wajib ada ialah :
- Tiket penerbangan pergi dan balik- Print out VISA (sekiranya negara tersebut memerlukan visa)- Itinerari perjalanan secara terperinci- Print out hotel bookings- Print out voucher aktiviti yang korang buat (seperti KKday atau KLOOK)- Print out tiket bas / train - Print out segala dokumen yang diperlukan lah senang cerita haha
Letakkan semua di dalam satu file yang clear, so senang, bila ditanya je terus korang keluar kan file tu dan tunjuk!
Kenapa kena print out? Walaupun sekarang ni zaman moden dan save the trees so kurangkan paper and all, TETAPI, korang tetap kena print SEBAB :
1. Mungkin handphone takde battery ketika pegawai imigresen nak tengok dokumen-dokumen atas2. Mungkin tiada akses internet ketika nak tunjuk dokumen tersebut (phone anda belum roaming / tiada wifi disediakan di airport / signal wifi terlalu lemah)3. Time dah kalut-kalut tu probably website / phone anda hang / crash dan sebagainya
Jadi I memang nasihatkan untuk print je, just to be prepared. Kalau nak save the trees, lepas dah balik nanti recycle la paper tu :)
Ini contoh print out itinerari. Pastikan secara jelas di dalam itinerari bila anda akan pulang ke Malaysia (negara asal)
Ini contoh print out untuk hotel bookings. Kalau duduk 2 hotel, print untuk dua-dua booking, Kalau duduk 3 hotel, print ketiga-tiganya sekali. Baru lah pegawai tu nampak kesinambungan travel journey korang tu
TIPS 2 : KETAHUI SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA OLEH PEGAWAI IMIGRESEN
Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pegawai sebenarnya soalan umum. Dia cuma nak tahu je korang ni datang negara dorang untuk bercuti berjalan je ke atau nak bekerja. Tu je tujuan utama dia.
Ok jom kita tengok contoh-contoh soalan dan cara jawapan yang biasanya I gunakan untuk jawab. Yang mana I underline tu korang boleh tukar dengan jawapan korang okay! Wah macam jawab peperiksaan pulak hahaha
SOALAN 1 : WHY ARE YOU VISITING KOREA / AUSTRALIA?
JAWAPAN 1 : I am here for a holiday.JAWAPAN 2 : It's my first time here, so we are planning to go to see the kangaroos / Namsan Tour (atau apa-apalah yang korang berminat nak pergi kat sesebuah negara haha)
SOALAN 2 : HOW LONG WILL YOU BE IN KOREA / AUSTRALIA?
JAWAPAN 1 : I will be here for only 10 daysJAWAPAN 2 : I will be here for 5 days and will be back to Malaysia on 20th December.
SOALAN 3 : ARE YOU TRAVELLING ALONE?
JAWAPAN 1 : No, I am travelling with my family.
JAWAPAN 2 : Yes, I am travelling alone.
SOALAN 4 : WHERE WILL YOU BE STAYING?
JAWAPAN 1 : I will be staying at Itaewon Inn in Seoul.
JAWAPAN 2 : I will be staying at Itaewon Inn for 3 days before going to Busan and stay at Kimchee Guest House in Busan for another 4 days before going back to Malaysia.
SOALAN 5 : DO YOU HAVE ANY FAMILY MEMBERS IN KOREA?
JAWAPAN 1 : No, I don't.
JAWAPAN 2 : Yes, I have a sister who is studying at Ewha University.
SOALAN 6 : HOW MANY TIMES HAVE YOU BEEN TO KOREA?
JAWAPAN 1 : This is my first time.
JAWAPAN 2 : This is my third time to Korea.
SOALAN 7 : WHY ARE YOU BACK IN KOREA?
JAWAPAN 1 : Because I love Korea and I missed eating kimchee.*Jawapan ni usually akan buat dia happy dan tergelak. haha
JAWAPAN 2 : Because I love to explore Korea because there are many beautiful places to discover.
SOALAN 8 : DO YOU WANT TO WORK AT KOREA? / ARE YOU SURE YOU'RE NOT HERE TO WORK? (RARE CASE)
JAWAPAN 1 : No, I am only here for a holiday.JAWAPAN 2 : With proper working VISA, maybe one day I will work here in the future. But for now, I am just here for a holiday.
SOALAN 9 : CAN I SEE YOUR DOCUMENTS MISS / MAAM / SIR?
JAWAPAN 1 : Yes, definitely! This is my itinerary, this is my boarding tickets, etc. etc.
Okay, tu je soalan-soalan yang biasanya ditanya. Kalau dia nampak korang macam tergagap-gagap dan tak confident, dia akan pusingkan soalan tu untuk trap korang. Padahal soalan dia sama je, tapi dia twist sikit je untuk tengok jawapan korang sama tak dengan jawapan first yang diberikan.
So kalau korang tak buat salah, memang datang untuk bercuti dan bukannya bekerja, so kenapa nak takutkan? Jawab je dengan tenang. No worries! Happy flying everyone!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missdae.com/2019/09/soalan-soalan-panas-ketika-di.html