Soal Hidup Dan Mati Pun Umno Johor Jadikan Modal Politik
Riaknya Pengerusi Perhubungan UMNO Johor ni.. apa dia ingat kubur itu hanya untuk golongan yang berusia saja ke? Soal hidup dan mati pun boleh dia jadikan modal politik..
Mengulas mengenai usia calon Bersatu bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai, Pengerusi Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammed berkata.
"Calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun saya harap kita tiada PRK lagi. Penat PRK ni,"
Tidakkah dia sedar mantan Ahli Parlimen Tg. Piai yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik, meninggal dunia ketika berusia 43 tahun?
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang ada disebelahnya ketika dia berucap itu juga berumur 66 tahun? Dan akan menjadi 67 tahun, tahun depan?
Kita boleh saja berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan pihak tertentu, namun semasa menguruskannya, fakta mesti diutamakan semasa berhujah.
Laporan berkaitan..
Pengerusi Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammed mengulas usia calon Bersatu bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai. "Calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun saya harap kita tiada PRK lagi. Penat PRK ni," katanya. Beliau bercakap pada majlis pelancaran jentera BN untuk pilihan raya kecil itu hari ini.
Kerusi parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia.
BN dijadualkan mengumumkan calonnya pada hari ini. Bagaimanapun, Hasni berkata pengumuman itu tidak akan dibuat pada hari ini (semalam) "Sepatutnya, kita juga namakan calon, sebelah sana tertipu dengan kita. Dia nak umumkan 30 hari bulan (Okt) tetapi bila dia kata nak dia umum dulu pukul 2 petang (tadi). "Jadi dia tertewas kita takkan umum hari ini," kata Hasni.
Laporan penuh sila baca di SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/soal-hidup-dan-mati-pun-umno-johor.html